Sunday, October 25, 2009

SUARASA SEORANG IBU

Esok Adam akan menghadapi peperiksaan akhir tahun, darjah satu bagi tahun ini. Ini bukanlah kali pertama Adam menghadapi peperiksaan. Tapi, sebagai seorang ibu, debarannya lebih dirasai...mungkin ada pendapat mengatakan apalah sangat dengan peperiksaan budak sekolah rendah, darjah/tahun satu pula tu. Kalau SPM lainlah ataupun paling tidak UPSR. Persoalannya ialah sebagai seorang ibu, kita biasanya mengharapkan anak kita mendapat yang terbaik. Atas faktor itulah seseorang ibu sering menasihati anak-anaknya agar mengulang kaji pelajaran atau atau lebih tepat berleter. Situasiku juga begitu. Adam tidak istoqamah dalam mengulangkaji pelajarannya. Dia lebih leka main, menonton siri kartun kegemarannya atau bertengkar dengan adik-adiknya. Menjelang hari-hari peperiksaan baru ditunjukkan jadual peperiksaannya. Sudahlah begitu dia sedikitpun tiada perasaan risau sebaliknya mengharapkan kita yang menunjukkan setiap jawapan latihan ulangkajinya. Peperiksaan Akhir Tahun akan menentukan kelas yang akan didudukinya tahun depan. Takkan nak duduk di kelas 2 Dahlia ? Paling terukpun biarlah 2 Bakawali kalau tak dapat 2 Anggerik pun...Itu belum kira nombor berapa dalam kelas/darjah, berapa A nak dapat? Sebagai seorang ibu bukan sahaja prestasi anak yang difikirkan, prestasi diri sendiripun kena jaga, yelah kalau rakan sejawat tanya," anak kau macamna? Naik darjah 2 apa? Nombor berapa?" Itu belum jiran-jiran/saudara mara tanya, " hai anak cikgu pun tak boleh score ke?" Siapa nak menjawab tu.....tekanan ni....

Friday, October 23, 2009

mari kita doakan mereka

sewaktu aku menduduki PTK beberapa tahun lalu, aku telah menghubungi kak ti pada malam sebelum pereksa.'mimpi apa ni' mesra bunyi suaranya dari tengah hutan cini. kakti kepada aku suaranya sentiasa mesra. kalaupun dia tak puas hati atau mendongkol perasaannya, dia tak kan marah. marah kepada adeknya yang seorang ini, tak bererti langsung. ngetablek!
aku katakan aku nak ambik pereksa dan minta dia doakan supaya aku berjaya. aku percaya kak ti telah mendoakan aku kerana keputusan pereksa - aku lulus!

dalam hidup ini kita tidak bersendirian. hidup ini adalah satu rantai. keluarga sakijan-saamah adalah satu rantai. setiap orang adalah mata rantainya. semalam baru aku sedar ianya telah memanjang lagi. haikal bin sahri. selamat datang. semuga tangisanmu lebih kuat dari abahmu semasa bayi. anak sulong patut lebih kuat teriakannya, kerana kau akan menjaga adek-adek mu. kalau dapat lebih lagi dari paman adam mu dan kalau boleh kembangan idungmu lebeh besar darinya apabila kau marah atau tak puas hati.

setiap dari kita mempunyai hubungan telepatik yang tidak berjasad. kalau kita ada kembaran ianya lebih kuat daya sentuhnya. kerana itulah tatkala ebal dan pamannya sedang mengata aku dalam box-catting- aku boleh resah dan batuk-batuk. kalau martabat aku tinggi, aku malah dapat mendengarnya melalui bisikan kalbu!

memang seringkali kita kelelahan untuk ziarah atau tiada cerita untuk dikongsi, oleh itu kita tidak berhubung. lalu kita menyepi tanpa kabar. sesekali perayaan dan rumah terbuka, baru kutatap wajah mu dan ku renung mata mu. perhubungan selalu kita bataskan dengan hubungan fizikal semata. sedangkan kita boleh berhubung secara batin, secara dalaman!
aku mengingati mu ini pun satu bentuk hubungan dalaman- kalau telepatik mu cukip power; kau akan dapat merasainya. bukan ingatan sahaja hubungan dalaman; malah satu bentuk hubungan dalaman yang sangat kuat kuasanya adalah : doa.

kerana itulah aku minta doa kak ti kerana aku tahu betapa mapannya kuasa doa yang yang dipohonkan oleh orang yang menyayangi kita.

beberapa minggu lagi ku kira semester tahun ini akan tamat. beberapa orang dari ahli keluarga sakijan pula sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. salybie di uitm, begitu juga zana. ebal pula di uthm, naim di polyteknik uo, arif dan huda, paman kurang pasti dimana. maaf !
pastinya meraka sedang memerah otak dan bersengkang mata belajar bagi menghadapi pereksa akhir. minggu lalu salybie beritahu tidak tidur selama 43 jam kerana menyiapkan projek dan tesis. hanya aku saja yang boleh tidur lena kalau pereksa dah dekat. suria jenis strugle, tentu dia tidak sealiran dengan aku.

anak-anak kita ini adalah generasi baru keluarga sakijansaamah yang akan menjenamakan semula keluarga ini. bakal memberi image berlainan. merekalah yang bakal mengenalkan keluarga ini dengan enginear, lecture, pilot, doktor, arkitek atau artis.malah munkin jutawan!
oleh itu jangan biarkan mereka sendiri-sendiri dalam mengalas tangungjawab berat ini. kita adalah sebahagian dari mereka. marilah kita hubungi mereka bagi menyatakan sokongan kita. sekurang-kurangnya secara dalaman.

bukankah telah ku katakan, doa adalah kuasa ampuh buat seorang insan. dari itu marilah kita sama-sama munajat kehadirat Allah swt semuga mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang, terang hati, mudah mengingat apa yang dipelajari. doakan juga agar kesihatan mereka terpelihara, emosi mereka tenang dan hati mereka tenteram. Amin!

aku sangat yakin dan percaya tiada doa yang ditolak. lagi-lagi kalau doa yang baik. tetapi kita tidak tahu doa siapakah diantara kita yang di makbulkan Allah swt. kerana itulah aku berharap semua dari kita melaksana kannya sebanyak mungkin dengan harapan diterimanya salah seorang dari kita. aku juga beerharap supaya ada diantara kita yang mempunyai ketahanan diri bagi melaksanakan puasa sunat atau solat hajat kerana ini juga mempunyai kuasanya yang tersendiri.

sumbangan ini tidaklah seberapa, tetapi sangat bermakna kepada mereka dan penjenamaan keluarga ini.
sesunguhnya: hidup ini pendek, marilah kita panjankan dengan zikir dan doa.

wassalam.

arip join persatuan???

hai.. apa khabar kepada ahli keluarga sakijan saamah??
`Arip baru nak join persatuan ni sebagai ahli biasa je...
tak yah kena bayar yuran kot, sebab belum berkerjaya lagi...
tak de apa crita lg la.. crita raya dah habis...
apa- apa pun, keep contacting...

CADANGAN AKAUN

Assalamualaikum..

seperti yang telah kita semua sedia maklum.. persatuan kita memerlukan dana untuk bergerak & juga tabungan untuk sebarang perkara.
saya mencadangkan agar kutipan yang dulu pernah kita kutip digerakkan semula, apa yang saya ketahui dana yang ada pada akaun persatuan pada puan samsiah berjumlah rm100 lebih sahaja. apa kata kalau kita mulakan tabungan bermula dengan setiap ahli yang telah berkeluarga membuat bayaran rm 216.00 setahun bermakna 18.00 sebulan. bagi yang telah bekerjaya (bekerja) bayaran rm 10.00 sebulan @ 120.00 setahun akan dikenakan.
bayaran boleh dibayar sekali setahun @ 2x . bermakna kita boleh mengumpul rm2352.oo

mungkin ada sesiapa yang mempunyai idea yang lebih baik?.

banyak aktiviti-aktiviti yang boleh kita jalankan dengan duit kutipan ini seperti membuat perjumpaan (gathering) ataupun membantu sesama ahli keluarga yang memerlukan. kalau dana kita banyak mungkin boleh kita usulkan untuk sebarang pelaburan bagi menggandakan dana yang sediaada.

sekian..

KENANGAN LALU


Kadang-kadang kenangan lalu perlu juga kita ingati, cuma ini yang ada pada aku untuk dikongsikan bersama.



gambar dengan kaktie








Gambar dengan Nuri masa kecik





Gambar dgn lan









MADAH UNTUK PANDUAN HIDUP

ADAH UNTUK SEKADAR RENUNGAN DIPAGI JUMAAT

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...


Thursday, October 22, 2009

SEKADAR SUATU RENUNGAN

Sudah dua hari aku memandu ke beberapa kawasan di Kota Baru. Menyinggahi dari satu bengkel pembuatan batik ke satu bengkel yang lain. Tujuannya hanya untuk mengumpul maklumat. Aku sedang melaksanakan suatu kajian profiling batik dengan grant penyelidikan dari ECER. Di temani seorang rakan bekas kakitangan perbadanan kemajuan kraftangan yang dah pencen juga bertindak sebagai informer aku memasuki bengkel-bengkel tersebut satu persatu. Ada sebanyak 191 pengusaha yang berdaftar dengan Kraftangan di seluruh kelantan. Hari ini baru 8 bengkel yang aku pergi.
Selama 2 hari ini terlalu banyak yang aku pelajari. Erti Sebuah kehidupan. Erti sebuah kegigihan. Ketekunan dan kegilaan. Semua nya digabung dan diolah dipintal menjadi tali kehidupan.
Aku membaca entry dari suria. Anak-anak zaman sekarang umpama kain putih yang dicorakkan dan diwarnakan oleh ..........mungkin terlalu banyak yang terlibat. tidak seperti dahulu. Dah tentu oleh emak bapak sendiri. Aku masih teringat kecik-kecik dulu ruang lingkup kehidupan kita amat terbatas sekali. rakan sepermainan kita hanya adik beradik dan rakan jiran terdekat. Hiburan hanya lah radio. Itu pun sentiasa berebut stesen dengan kakti terutama apabila ada bangsawan diudara. nak tengok tv kena pergi ke kedai arsad atau kedai kopi pak kasim. Itu pun kena tengok ikut tingkap atau duduk depan kedai kopi pak kasim waktu petang. Hitam putih pulak tu. Sekarang macam-macam ada kat rumah sendiri. TV Astro vcd segala-gala nya ada. Game yang ada nak mencabar sikit main tembak-tembak itu pun buat senapang sendiri lepas tu kubang kat parit belakang sampai merah mata main Konda kondi atau main bola rounders dan baling seliper. Sekaraang segala macam game ada depan komputer. tak cukup boleh down load dari internet.
maghrib mesti dah berada di rumah. lepas maghrib mesti mengaji. Ngaji dengan emak ok. Dengan kakti kena piat telinga. dengan bapak kena jentik telinga sebab tu telinga aku jadi keras. Lepas subuh kena ngaji lagi.... Bagaimana kita sekarang......bagaimana anak-anak kita dan bagaimana kita pulak sebagai ibu bapa mendidik mereka......
Lepas subuh .....kena kejut lepas tu sambung tidor sampai tengahari kalau waktu cuti.
Dulu subuh kalau terlewat baru dengar motor bapak depan kedai hj mat nooor berlari turun loteng masuk bilik air.....takut. sekarang bilik air tepi katil......... pun kalau tak kejutkan subuh dinosor lah depa. lepas subuh cepat-cepat capai buku .....buat lah apa yang patut sebab dia akan cek kita.........
Waktu sarapan mesti bersama...itulah waktu nya bapak akan memberikan syarahannya dan kita tak boleh lari dari mendengar syarahan nya sebelum di sudahkan denganmeninggalkan wang saku sebanyak 20 sen. Sekarang anak-anak kita berapa duit jajan nya ke sekolah.....

Marilah kita renungkan. Keadaan memang dah berubah, persekitaran dah jauh berubah.
Mak bapak pun dah berubah. Mendidik anak pun dah berubah caranya. Zaman dah berubah.Kadang-kadang seronok juga mengingat kesah lama kalau zaman itu boleh muncul semula dan anak-anak dididik mengikut zaman kita dulu........

asal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain......

jumpa lagi.


Salah Siapa

Lewat beberapa tahun lalu kedengaran kempen rumahku syurgaku, semakin hari semakin sayang.. Motifnya ingin membina generasi terbilang yang asuhannya bermula dari rumah. Sejauhmana aspirasi ini dapat dicapai? Andai cogan kata hanya agenda yang tidak selari dengan fenomena semasa, tercapaikah matlamat ini?
Zaman sudah berubah, kemajuan semakin menggamit, pembangungan melingkar segenap bidang, tuntutan kerja semakin ketara...semua itu ialah cabaran yang maha hebat untuk membentuk generasi yang diaspirasi. Jika dilihat dan diselidik, setiap pembangunan menuntut pengorbanan, setuju atau tidak? Buktinya, untuk mewujudkan sebuah bandar, kita mengorbankan hutan, untuk menikmati teknologi, kita mengorbankan semula jadi.Memenuhi tuntutan ini ibu bapa semakin sibuk mengejar kerjaya. Kalaupun terdapat individu yang tidak bercita-cita berada di puncak, tanggungjawab terhadap majikan membataskan ruang bersama keluarga. Hasilnya di mana anak-anak? Cukupkah mereka menerima bekalan untuk masa hadapan? Bukan sekadar kocek dipenuhi material tetapi pengisian rohani menghadapi hari muka.
Mungkin tulisan ini pesimis bunyinya, tetapi ingin mengingatkan ibu bapa bahawa cabaran mendidik anak-anak kini berbeza dari dekad-dekad terdahulu. Mungkin tidak sukar melahirkan anak yang berkelulusan tinggi lantaran lambakan institusi pengajian tetapi bagaimana dengan pengisian rohani?
Kenapa banyak gejala sosial melanda daerah kita? Di mana puncanya? Salah siapa?

Ahli baru - FITRI HAIKAL


Minta Accept Our invitation

assalamualaikum..
diharap kepada semua yang namanyer tersenarai dibawah "mengecept" (memerima) jemputan dari kami.
en danuripunya memang dah ada dalam blog,m akan tetapi terdapat sedikit masalah. jadi diminta semua senarai dibawah dapatlah membuka e-mail masing-masing & memberikan respond secepat mungkin.


sekian

* untuk menambahkan lagi ahli serta pelayar-pelayar lain untuk melihat blog keluarga kita ini bolehlah meng invite sesiapa sahaja. (sekadar pandangan)






danuri_danuri@yahoo.com
syikin_3@yahoo.com
fbnoreply320@myfanbox.com
syikin@liam.org.my
kamsik_193@yahoo.com
s_nizam_79@yahoo.com.my

Wednesday, October 21, 2009

welcome everybody

tajuk entry ini sangat "warm". sangat mengalu-alukan dengan spirit motivasi. batasan kepada idea, ilmu dan penyampaian sebenarnya sangat nipis. seperti sutera halus[ kalau ada pun] yg dapat memperlihatkan susuk tubuh pemakainya. aku pikir segmentasi jangan ada. suria walaupun datang dalam keluarga ini setelah aku melalui sebahagian dari hidup aku; tak ku rasakan sebagai entiti asing dari planet lain. malah seperti seorang adek sendiri ! kerana aku tak punya adek perempuan. sikapnya juga serasi kerana ia berani, lepas laku dan suka debat! kadangkala aku suka menduga. satu sikap yg menjengkelkan pada diri aku kpd. org. lain.

oleh itu hasratnya untuk menjadi pemerhati sahaja sangat tidak dialu-alukan. anda punya idea yg baik dan boleh mendidik adek/kakak kita. mengapa dipendam!
salah satu punca sakit jiwa adalah kegagalan kita melepaskan sesuatu yg terpendam dalam jiwa. anggur yg diperam bertahun menjadi arak semakin lama semakin matang, arak itu semaakin meningkat kelasnya. kalau diminum ingatan akan hilang lebeh cepat lantas berupaya menghasilkan perkara-perkara buruk. perasaan juga begitu; semakin diperam-semakin memabukkan dan berupaya menghasilkan tindakan yg tidak terpuji.

kebolehan berbahasa adalah satu anugrah. bukan semua org berupaya menyampaikan pendapat melalui tulisan.jika kita mempunyainya, gunakan lah dgn cara yg murni. dgn jujur dan ikhlas. usah manipulate fakta dan emosi. barulah dapat pahala. ramai dari kita merasakan diri kita tidak berkemampuan utk menulis, mulai dari saat ini mari kita buangkan sikap itu jauh-jauh.
kembali kepada tajuk entry ini, marilah kita berexperimen melalui blog ini. semua keluarga sakijan/saamah apa peringkat dan status menyumbanglah!
nyatakan apa sahaja dgn sofan dan berhemah, dgn lunak atau terusterang, without fear & favour utk dijadikan tatapan,panduan dan maklumat bersama.

aku suka dgn cara cikin, org muda yg sedang dikeraskan oleh debuan kota! kalau terasa telah melakukan kesilapan lantas segera memohon kemaafan. tapi kemaafan bukan pasport utk melakukan kesalahan lagi. kehati-hatian adalah keyword kepada tindakan lepas kita.
tetapi ini bukan amaran; amaran adalah pasung yg akan menakutkan kita dalam bertindakbalas.ini hanya nasihat org senior kepada junior. tetapi mana yg lain anak-anak.
anda pandai dan berpengetahuan, pelajaran anda tinggi, dunia ini anda pusingkan sesukanya, london, NY, orlando dan paris! sesaat telah berada didepan mata. itu sebab kak ita heran bagaimana ebal boleh menulis cerpen berlatarbelakangkan stesyen keretapi london. jawap ebal tepat dan jitu! "melalui google la kak ita".

org muda sepatutnya berkongsi maklimat. org tua hanya dapat berkongsi cerita. itupun kalau ada anak cucu yg masih 'nukruk' dan sabar menghadap mereka.

inilah spirit entry kali ini.

org muda akan menyumbang utk generasi mereka.
yg tua akan bercerita kepada anak cucu seumpama mereka 'nukruk' dihadapn kami. marilah kita sama-sama menjayakannya, merealisasikannya.

wassalam.

Assalamualaikum
Wah dah mula meriah blog kita ni. bagus-bagus. Bila lagi orang jauh nak masukkan entry dia. Apakhabar Kak Niah kat Kunak Sabah- Cigu Saniah kitak Jauh Bah indak sampai kau punya internet barangkali..atau masih menyusun perkataan sabah untuk di masukkan ke blog ini. heheh he. Boleh jugak kau mengajar kami bahasa Sabah bah....

Kak Ita at Omaha Nebraska, How are U. Hoping that all are fine. Quite long time never heard any news since last Hari raya Celebrating. Please contribute some words to our Family Association Taken name from our Late Beloved Embah and Kakik. May Allah blessed them and lets sedekah AL FaTIHAH. We all miss U very Much. This blog is now being official medium of interaction among our family members. Adios....take care. nice to hear from U.

Syawal 1430H

Dlm blog ni kita tengok semua famili ada update cerita sambutan raya lepas. Cuma yg tertinggal keluarga En Misbah di Pasir Panjang dgn Hajah Siti Khabsah di Chini. Nape? Tak ada connection internet ye? Tapi anak2 nya ada internet connection kt tempat keje kan? Dah tu, tak reti2 nak update? Hehe..

Syawal dah berakhir isnin lepas, tp kita baru nak post entry hari nih. Alasan? Biasa la..Tak sempat, internet connection slow, tak ada idea, tak tau pasword..hihi.. ada yg terasa ke? Ampun dipinta ye.. =)

So, kat sini kita cerita la skit sambutan Syawal 1430H di Chini on behalf Hj Miskiran dan Hjh Siti. Sambutan mcm biasa la. Anak-anaknya semua balik kecuali yg sulung (Itah @ Yong satu family). Jauh sgt, seberang benua. Tp yg seronoknya dapat online dgn diorg sepanjang raya. Cuma connection tak laju. Kadang on, kadang off..Biasa la.. What do expect when it comes from the forest of palm oil? Huhu.. Terima je la speed yg ada. At least nmpk jugak muka org kt sana pakai baju raya.





Ni gambar keluarga 1 Syawal 1430H.




Ni lak biskut2 yg dihidangkan utk raya thn ni. Semua beli, cume buat kek batik je. =)


Allahu Akbar, Allah Maha Besar. Utk semua keluarga yg jauh
di mata, dekat di hati;
Salam Lebaran, Salam Kemaafan Buat Semua.

Location: Medan Tuanku

First entry kita.

Assalamualaikum semua.

Wah! Dah semakin byk entry dalam blog ni kita tengok. Masing2 ada idea ngan cadangan masing2. Bagus la tu. Tak la sepi terbiar. Biar penuh dengan entry, meriah dengan cerita, menarik dgn gmbr keluarga, bernas dgn idea, dan tak lupa selitan komen dan teguran yg menbina. Baru la berguna wadah ICT ni utk semua lapisan generasi. Ni first time kita menulis entry dlm blog ni. Kalau dlm blog n journal sndri dah selalu lah.

So first and foremost, I wish to congratulate Paman Emi and Bik Sham for their effort to set up this blog. Idea utk set up blog ni memang dah lama, but no action as everyone are quite busy with their life and work. But finally they made the step to make it. Hasilnya? Here it is http://persatuankeluargasakijansaamah.blogspot.com And the best part is sambutan utk blog ni sangat2 m’galakkan. The elder generations take part to write entry same goes with us- the youth generation. Good for everyone. Hope it will continue forever.

Keduanya, sori kalau2 ada yg tak berapa berkenan cara kita tulis entry nih. Habis semua bahasa ngan ayat kita mix up. Kalau nak ikut hukum nahu ngan tatabahasa, memang hancur berkecai. Hehe.. tapi harap2 semua boleh faham, sebab yg penting mesej kita sampai. Dah terbiasa la tulis camni. But I’ll improve it to better sentence in the future k. =)

Thirdly, harap2 tak terlambat lagi utk kita ucapkan tahniah pada Abg Lan dan juga Ari & Balqis. Utk Abg Lan, semoga pertalian pertunangan ni dapat dilalui dengan gembira, matang hingga ke jinjang pelamin. Org kata waktu bertunang, lagi byk cabaran & dugaan. Kita tak pernah alami lagi, so tak tahu betul atau tak. Tp kita percaya, apa2 hubungan sekalipun tetap ada pasang surutnya. Itu cabaran utk kita lebih memahami & menghargai setiap org yg wujud dlm hidup kita.

Utk Ari & Balqis lak, tahniah sebab skrg dah bergelar ibu dan ayah. =) Sapa nama puteranya tu? Yg kita ingt Fitri je.. Hihi.. Apa pun, semoga dgn kehadiran zuriat yg sulung ni akan dimurahkan rezeki, diberkati Allah dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin. Kita ada come across this sentence about a new born baby “When you feel you child truly love you back, it makes you wish you had kissed your parents more”. Is it?..




Ya Allah, kuatkan azamku, Kentalkan semangatku
Teguhkan pendirianku, Tabahkan hatiku
Kayakan jiwaku, Istiqamahkan aku
Agar diri ini tidak lelah dalam kembara menuju negeriMu nan abadi..



Loation: Medan Tuanku

MADAH Kehidupan

renungan untuk semua

Raya halimi sekeluarga

assalamualaikum...
terpanggil jugak saya untuk menulis pada pagi nie sementara tunggu appointment, lebih-lebih lagi bila tengok gambar raya keluarga yang lain, wah.. bukan main lagi dapat duit masing-masing. zaman tu dah kira tak zaman la dengan paman emi nie.. cuma.. sekarang nie menjadi pemerhati, kepada anak-anak dan juga anak-anak buah yang lain (seperti kata paman amat) yang masih seronok beraya & mendapat duit raya. hai rasanyer semakin cepat hari berlalu semakin kita dimamah usia. tapi.. itulah hakikat kehidupan. yang hilang akan berganti yang muda pastinya tua. seperti juga kain yang kita simpan dengan baik pasti pudar warnanya. ok la lain kali kita berceloteh lagi..

inilah gambar raya terbaru keluarga kami.

Saturday, October 17, 2009

AKHIR RAYA 1430H





Inilah suasana verandah rumah aku pada malam raya tahun ini. tak pernah aku terfikir untuk menghias sebegitu rupa. inipun idea nahar dgn adek-adek nya. aku tukang tengok je. pada masa-masa mendatang aku akan menjadi pemerhati tegar lak. setuju sahaja dgn apa pun hiasan yg di buat oleh penghuni lain.


kita semakin tua sebenarnya. seorang penceramah minggu sudah memberitahu semakin tua seseorang, semakin dia tidak memerlukan meterial. apa yg lebih diingininya adalah ingatan dan kasihsayang. budak-budak tahun ini yg dapat duit raya kerana puasa "penuh" pun dah berkurang sorang. pada tahun-tahun mendatang akan semakin berkurang lagi. akhirnya akan beraleh kepada generasi baru dalam keluarga.

cadangan ebal supaya blog keluarga ini menyediakan sejarah keluarga sakijan-saamah amat baik sebagai rujukan. mungkin ada anak-anak kita yg telah lupa akar keluarga ini bertumbuh dari kampung Pt. baru , sabak bernam. mereka ingat mulanya keluarga ini dari kg. pasir panjang, sekinchan. tetapi siapa yg berkeupayaan memikul tangungjawab tersebut. ebal mencadangkan supaya wak-wak yg senior menulisnya kerana mereka yg melalui sjarah berkenaan dan mempunyai acess kepada sejarah tersebut. ini satu assighment yg baik kepada senior dan junior keluarga ini. kalau tak ada yg berkuat utk merealisasikan; aku percaya satu dekad lagi pun ianya tidak akan dapat kita tatapi.

meneliti entri terbaru nuri, memang telah lama aku merancang mengumpulkan salasilah keluarga ini. pengetahuan dan maklumat tentang keluarga kita sebenarnya tidak lengkap. anak kang mis p.p dan kak ti pun kadangkala kita tersasul berapa, rasanya macam sikit rupanya ramai jugak. ini baru bilangan! nama penuh lagilah. paling sukar aku nak ingat anak emi/sham. bukan main panjang. menyusahkan urusan pejabat kerana borang tak cukup ruang. tapi nama pendek mereka mudah nak inat- 'adam' 'balkis' .

dah panjang ke bebelan aku ni. org tua memang macam tu!

sebelum berpisah aku nak minta ahli keluarga ini memberikan alamat e-mail masing sebagai rujukan. samaada alamat gmail, live, yahoo atau frenster, nuri kata pro dan org dewasa pun guna frendster. aku ingat hanya budak remaja sahaja pakai. alamat ini seperti alamat surat yg dapat digunakan utk berinteraksi.

sebagai permulaan inilah alamat e-mail aku.

.nasirsakijan@yahoo.com.my [alamat ym juga sama]

.nasirsakijan@gmail.com

alamat ahli keluarga aku:

muhamad_nahar@yahoo.com [ada underscore]

sally_bie08@yahoo.com [nursalbiah]

iqbalnasir@live.com / iniqbqlnasir@gmail.com.

nurfarhanahmohdnsir@yahoo.com

sekian, buat kali ini dan salam kepada semua.

Peristiwa di pagi raya 2009

Pagi raya 2009 di Jenjarum.
Keluarga Danuri Sakijan









Anak sapa ni?

Assalamualaikum
Kepada semua ahli persatuan keluarga Saamah_Sakijan
Nampak nya blog kita dah mula ada follower dan menjadi meduim berinteraksi sesama kita. Tahniah dan perlu diaktifkan lagi partisipasi nya kalau boleh oleh semua ahli tak kira yang Senior dan junior.
Aku baru balik dari Alor Setar petang semalam dan berada disana selama 2 hari atas undangan Balai Seni Lukis Kedah untuk membuat demonstrasi membatik sempena majlis Pembukaan Pameran Lukisan Tahunan Negeri kedah.
Hari ini ada kesempatan di rumah untuk membuka Blog keluarga kita. Wah nampak nya Amat dah boleh menyumbangkan komennya separing dengan Iqbal. Ada gambar Makan Besar nampak nya kat rumah Emi. Bagus-bagus. Ini lah yang kita harapkan kalau tak dapat bersama dan merasai keenakan nya dapat tengok gambar pun jadilah.

Apa khabar Haji Miskiran Bin Tukimin dan Hajjah Siti KhabsahBt Hj Sakijan di Cini Pahang. Kabare untuk Kakang Misbahkhulmunir bin Hj Sakijan dan Kak Ngasrimah Bt apa yek.............kalau tak silap Yunus ha ni lah dia penyakit kita akan datang bila nama kita tak diketahui sepenuh nya. Cuma tau sekerat-sekerat je dengan panggilan short cut.....
Danuri jadi Paman NOK Mohamad Nasir jadi Amat je Halimi jadi emmi gembeng hehehe dan anak cucu kita pun tak tau nama penuh bapak sedara dan semua nya. Elok lah pendapat Mohamad Iqbal Bin Mohamad Nasir Bin Sakijan tu mengenai cadangan diujudkan kita punya Salahsilah secara Complete supaya kita tidak salah salah membuat panggilan pengenalan diri. Buat lah FAMILY TREE keluarga Sakijan. Rasa nya dulu-dulu M Nasir adabuat penyelidikan pasal hal ini secara manual. Itu lepas bertahun-tahun dulu. Ada simpan ke lagi ke tak tak tau lah pulak kalau boleh elok diteruskan dan lepas tu buat directory ahli-ahli keluarga termasuk sikit sebanyak perihal latarbelakang kita semua.

Syabas kepada yang beri komen dan respon, yang muda muda tulislah apa sahaja luahan perasaan ke idea ke, dan yang senior-senior boleh mewakilkan yang junior untuk menuliskan dalam blog apa yang tersirat dan terdetik perasaan dan hati sebagai golongan senior yang terlebih dahulu meredah guruh dan petir untuk meniti pelangi. meskipun pelangi tu mungkin hanya dapat ditatap hanya seketika keindahan nya namun kepuasan meredah guruh dan petir adalah sesuatu yang perlu di kongsi dan diketahui untuk semua anak cucu kita.
Jumpa lagi....

Monday, October 12, 2009

DAH BOLEH HANTAR COMMENT

o.k assalamualaikum..

harinie isnin 23 syawal. setelah aku godek-godek blog nie, seperti yang amat (nasir) katakan tak boleh nak post comment. rerupanyer bAru ku tahu... aku kena enabalkan setting yang utk comment baru semua org boleh comment.
kalau sesapa tau camana nak buat ruangan chat bolehla bagi idea tu supaya kita blh chat.


sekian.

Sunday, October 11, 2009

blog muhd.iqbal-uthm

sorry,

terdapat kesilapan alamat blog dalam entry terdahulu,
kalau tak dibetulkan, 2 keadaan akan terjadi

i. blog tersebut tidak dapat dieksess
ii. kekecewaan akan mengembang dalam minda kita.

alamat blog yang sebenar:

http://infinitesane.blogspot.com

wassalam.

layarilah blog muhd. iqbal-UTHM

blog keluarga ini sangat baik dan berguna bagi menyambung jembatan kekeluargaan yang jauh dan dekat'
kata nuri_danuri yg duduk kat kelantan, blog ini akan mendekatkan setiap individu keluarga sakijan. aku juga sentiasa mengunakan surenama 'sakijan' dlm alamat blog aku. walaupun bunyinya agak keindonan tapi aku rasa akar generasi ini jangan diputuskan.
memotongnya akan menjadikan keberadaan kita lemah!
seperti akar pohon rendang yg diputuskan akan menjadikan pokok kehilangan kekuatannya.
kita jangan begitu.

berbalik kepada tajuk entry ini, ebal yg sedang belajar di uthm dalam bidang i-t sebenarnya
telah lebih dahulu membuat blog beliau sendiri. hasil dari ilmu yang dipelajarinya.
isinya berkisar kepada pengalaman dan pandangan nya sebagai org muda yg sedang mengembang idealismanya sebagai student.

sebagai ahli keluarga sakijansaamah, kita sepatutnya turut menyokong usha ini!
masir ramai keluarga kita dalam peringkat belia yg boleh mengunakan blog eqbal tersebut
selain blog keluarga ini. sebagai ahli senior, berilah panduan dan nasihat kpd ebal supaya
blog itu menjadi lebih matang dan dapat memberi menafaan kepada semua.
sekurang-kurangnya dapat juga kita membantu membina negara bangsa melalui
sumbangan kecil ini.

blog ebal itu adalah:-
www.infinitesane.blogspot.com

silalah layari,
sekurang-kurangnya dapat kita menyelami arusrasa anak muda dalam keluarga
sakijansaamah.

baru belajar


aku ini aku baru belajar macamana nak mengunakan blog keluarga ni
harini pun ada kat umah emy, ada makan-mamak
apa kabar kak ti
apa kabar org kelantan
semuga jumpa lagi kat cini next raya

Saturday, October 10, 2009

Wah bukan main bergaya Kak Oya dengan kereta baru dia.Tahniah dah Syabas.Cuma jangan pandu laju sampai tak ingat dunia sudah lah. Ingat keenderaan hanya sebuah alat untuk bergerak dari satu point ke satu point yang lain. Tak kesah lah kalau kita nak naik keta kuda ke Unta ke gajah ke yang penting kita sampai ke tempat yang kita nak tuju. Cuma jangan kenderaan tu menyusahkan kita ok.

Tahniah juga untuk Azlan yang dah selamat bertunang. bertunang jugak dia akhir nya. Semoga jodoh nya kekal kejinjang pelamin dan keakhir hayat. Jangan lama-lama sangat bertunang. Kalau dah setel semua nikah je cepat-cepat. Selamat.

Juga tahniah untuk Sahari yang telah menimang cahaya mata lelaki. Dah jadi bapak lah dia sekarang. Makna nya tanggungjawab dah semakin besar. Rancang lah kehidupan dengan baik. Kita kena rancang sebab esok tak siapa tahu apa kita akan lalui. Mungkin kita jadi kaya mungkin kita jatuh miskin, mungkin masih sehat atau tiba-tiba kita sakit. Apa yang pasti Kakang dah jadi KAKIK hahahaha tahniah. Bukan senang nak jadi KAKIK
tunggu kena dapat cucu dulu.

Blog ini satu medium yang baik untuk kita sekeluarga. Ia boleh dijadikan alat perhubungan, mencurahkan idea, mencurahkan rasa, mengeluarkan pendapat dan juga boleh untuk bergurau senda. Mana-mana ahli keluarga tak kira tua dan muda gunakan lah medium ini. Zaman dah berubah. Dunia tanpa sepadan. Ada kaedah yang percuma untuk kita menafaatkan sebagai alat perhubungan. Semalam aku ajar Amat untuk buat Calling PC to PC. dan buat Web cam. So boleh berbual dengan dia free dan nampak muka dia kat lap top. kan senang dan pantas tu yang penting FREE pulak tu. Kita boleh guna kaedah yang sama dengan sanak sedara kita di merata dunia.......yang penting kita kena guna dan belajor. Tak apa waris waris sakijan yang junior JR JR ni semua dah hebat-hebat belako kata orang kelantan. Cuma sekarang semua ahli keluarga anak cucu cicit semua mesti di link kan dengan teknologi ini. Kumpul semua e. mail- e mail diaorang. Insyaallah kita boleh bersatu semula dalam dunia siber dan reality.

Sekarang ni kena tugas EMI lah yang kena pro aktif sebab blog ni pun dia yang buat. Insyaallah Paman Nok boleh sumbangkan idea. Masukkan gambar-gambar aktiviti keluarga dalam ni. Kalau kita kreatif blog ini pun boleh menjana pendapatan lumayan. So sapa-sapa yang ada idea kreatif, ada ilmu cari duit tu sumbangkan lah idea koranag tu. tahniah semua semoga semua kita access kat blog ni. sebarang pertanyaan boleh tanya Paman Emi atau Paman Nok sendiri hehehehe.

Jangan lupa Raya Haji ni Kita Kompol kat Rumah Kak ti dan Wak Miskiran Di Felda Cini 5 Pahang. Insyaalah kita buat meeting keluarga. Paman Amat setuju jadi Imam.Kita buat Tahlil sekali. ok sampai di sini dahulu.
jumpa lagi

KAK OYA - Kereta Baru Raya















Pada hari raya ke-6 (jumaat) kak oya telah memperolehi buah hati barunya.
beginilah post paling mengancam buat tatapan semua di latari keindahan sawah padi

majlis pertunangan azlan


ini adalah gambar dayang-dayang pembawa barang hantaran sebelum majlis pertunangan mohd azlan di sabak bernam pada 7 syawal.











Gambar bersama keluarga kedua-dua belah pihak...

Thursday, October 8, 2009

a'kum..

selamat hari raya aidil fitri kepada semua ahli keluarga. tak lupa juga kepada mohd azlan yang telah melansungkan majlis pertunangan serta kepada en shahri & pasangannya balkis yang telah dikurniakan cahayamata lelaki sebagai penyeri hidup. tak lupa juga kepada Kakang "Mis" kampung dan kak mah yang telah bergelar kakik & embah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification