Saturday, October 17, 2009

AKHIR RAYA 1430H





Inilah suasana verandah rumah aku pada malam raya tahun ini. tak pernah aku terfikir untuk menghias sebegitu rupa. inipun idea nahar dgn adek-adek nya. aku tukang tengok je. pada masa-masa mendatang aku akan menjadi pemerhati tegar lak. setuju sahaja dgn apa pun hiasan yg di buat oleh penghuni lain.


kita semakin tua sebenarnya. seorang penceramah minggu sudah memberitahu semakin tua seseorang, semakin dia tidak memerlukan meterial. apa yg lebih diingininya adalah ingatan dan kasihsayang. budak-budak tahun ini yg dapat duit raya kerana puasa "penuh" pun dah berkurang sorang. pada tahun-tahun mendatang akan semakin berkurang lagi. akhirnya akan beraleh kepada generasi baru dalam keluarga.

cadangan ebal supaya blog keluarga ini menyediakan sejarah keluarga sakijan-saamah amat baik sebagai rujukan. mungkin ada anak-anak kita yg telah lupa akar keluarga ini bertumbuh dari kampung Pt. baru , sabak bernam. mereka ingat mulanya keluarga ini dari kg. pasir panjang, sekinchan. tetapi siapa yg berkeupayaan memikul tangungjawab tersebut. ebal mencadangkan supaya wak-wak yg senior menulisnya kerana mereka yg melalui sjarah berkenaan dan mempunyai acess kepada sejarah tersebut. ini satu assighment yg baik kepada senior dan junior keluarga ini. kalau tak ada yg berkuat utk merealisasikan; aku percaya satu dekad lagi pun ianya tidak akan dapat kita tatapi.

meneliti entri terbaru nuri, memang telah lama aku merancang mengumpulkan salasilah keluarga ini. pengetahuan dan maklumat tentang keluarga kita sebenarnya tidak lengkap. anak kang mis p.p dan kak ti pun kadangkala kita tersasul berapa, rasanya macam sikit rupanya ramai jugak. ini baru bilangan! nama penuh lagilah. paling sukar aku nak ingat anak emi/sham. bukan main panjang. menyusahkan urusan pejabat kerana borang tak cukup ruang. tapi nama pendek mereka mudah nak inat- 'adam' 'balkis' .

dah panjang ke bebelan aku ni. org tua memang macam tu!

sebelum berpisah aku nak minta ahli keluarga ini memberikan alamat e-mail masing sebagai rujukan. samaada alamat gmail, live, yahoo atau frenster, nuri kata pro dan org dewasa pun guna frendster. aku ingat hanya budak remaja sahaja pakai. alamat ini seperti alamat surat yg dapat digunakan utk berinteraksi.

sebagai permulaan inilah alamat e-mail aku.

.nasirsakijan@yahoo.com.my [alamat ym juga sama]

.nasirsakijan@gmail.com

alamat ahli keluarga aku:

muhamad_nahar@yahoo.com [ada underscore]

sally_bie08@yahoo.com [nursalbiah]

iqbalnasir@live.com / iniqbqlnasir@gmail.com.

nurfarhanahmohdnsir@yahoo.com

sekian, buat kali ini dan salam kepada semua.

4 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

ada beberapa kesalahan typing error yg dah abah buat di situ, abah sering salah type, tkut nnt klu ada org nak emel x smpai,
emel iqbal yg gmail ialah: iniqbalnasir@gmail.com
klu ym plak: kelbros_ebal89@yahoo.com
farah punya plak 'a' nya tertinggal.
Farah pnya: nurfarhanahmohdnasir@yahoo.com
Sila diberi perhatian...

halimi sakijan said...

ASALAMUALAIKUM,...
RENUNGAN...
BELAJAR DARIPADA KESILAPAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BELAJAR TETAPI.. TIDAK MAHU MENERIMA KESILAPAN.

Ini Iqbal Nasir said...

betul tu paman emi, setuju sgt. kita x akan berenti belajar smpai la nafas terakhir kita...td nk buat penambahan skit, typing error ni lain drpd spelling error, (pndai2 je wat istilah sndiri...) mksud typing error mcm kita nak taip 'a', tapi tertaip 'q'. Sbb kedudukan 'a' dgn 'q' dkat iaitu atas bawah. Itulah kes alamat emel gmail ebal...
Renungan satu lagi...
Salah satu drpad 3 prkara yg tidak terputus hubungan sbgai bekalan di dunia ini setelah kita meninggal ialah ilmu yg brmanfaat. Sesikit mana pun ilmu yg kita beri kpd org lain, klu dia amal, insyaAllah itulah bekalan kita dr dunia ini. Tapi jgn kita riak pula dgn ilmu yg kita ada. Ingatlah kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Lagi dua, sedekah jariah dan doa anak yg soleh...Doa anak yg soleh tu ebal tak ada lagi, tapi lagi 2 tu, bolehlah ebal usahakan...marilah kita berlumba2 mncapai kualiti ibadah yg terbaik disisi Allah...

suria said...

Assalamualaikum...
Hai Abang Nasir dan semua pembaca blog ini..
Saya terpanggil untuk menulis di sini...Mungkin sebagai salah seorang menantu keluarga ini keahlian saya dalam blog ini tidak begitu penting, sesekali saya terpanggil untuk melayarinya, mungkin juga untuk menyatakan pendapat dan maklum balas.
Sebenarnya tidak semua keluarga mempunyai hubungan yang begitu akrab dalam kalangan ahlinya. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhinya,mungkin didikan semasa kecil oleh ibu bapa, kurangnya pengetahuan dan pelbagai lagi. Jadi bersyukurlah.. ahli-ahli dalam keluarga ini mempunyai pertalian yang erat.
Usaha untuk mencari dan menulis salahsilah keluarga adalah sesuatu yang baik dan boleh memberi manfaat. Dulu semasa arwah bapak mertua saya (Hj. Sakijan) masih hidup, masa itu saya baru berkahwin dengan En. Halimi, beliau sering bercerita dan menerangkan salahsilah keluarganya dan beliau sendiri yang membina rangkaian pokok. kalau tidak silap saya ada dalam catatan buku hariannya. Namun saya tidak pasti di mana buku itu sekarang.
Saya cadangkan, kita boleh mula dari asas iaitu dari arwah emak dan bapak, kemudian anak-anaknya dan cucu-cucunya malah sekarang cicit-cicitnya. Setiap ahli dalam salahsilah tersebut bolehlah letak biodata, pengalaman, cerita masing-masing. Cerita/pengalaman tersebut boleh menjadi tauladan atau perangsang kepada generasi yang lebih muda. Contohnya, abang Nasir pernah menceritakan kegigihan dalam alam pekerjaan sehingga berjaya ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan rakan sejawat yang bergree. Begitu juga dengan abang Danuri yang boleh dijadikan ikon kepada keluarga asas ini kerana semangatnya menyambung pelajaran. Atau para menantu seperti saya boleh menceritakan pengalaman membesarkan anak-anak yang banyak kerenah seperti bapaknya..(he.he..)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification