Wednesday, October 21, 2009

welcome everybody

tajuk entry ini sangat "warm". sangat mengalu-alukan dengan spirit motivasi. batasan kepada idea, ilmu dan penyampaian sebenarnya sangat nipis. seperti sutera halus[ kalau ada pun] yg dapat memperlihatkan susuk tubuh pemakainya. aku pikir segmentasi jangan ada. suria walaupun datang dalam keluarga ini setelah aku melalui sebahagian dari hidup aku; tak ku rasakan sebagai entiti asing dari planet lain. malah seperti seorang adek sendiri ! kerana aku tak punya adek perempuan. sikapnya juga serasi kerana ia berani, lepas laku dan suka debat! kadangkala aku suka menduga. satu sikap yg menjengkelkan pada diri aku kpd. org. lain.

oleh itu hasratnya untuk menjadi pemerhati sahaja sangat tidak dialu-alukan. anda punya idea yg baik dan boleh mendidik adek/kakak kita. mengapa dipendam!
salah satu punca sakit jiwa adalah kegagalan kita melepaskan sesuatu yg terpendam dalam jiwa. anggur yg diperam bertahun menjadi arak semakin lama semakin matang, arak itu semaakin meningkat kelasnya. kalau diminum ingatan akan hilang lebeh cepat lantas berupaya menghasilkan perkara-perkara buruk. perasaan juga begitu; semakin diperam-semakin memabukkan dan berupaya menghasilkan tindakan yg tidak terpuji.

kebolehan berbahasa adalah satu anugrah. bukan semua org berupaya menyampaikan pendapat melalui tulisan.jika kita mempunyainya, gunakan lah dgn cara yg murni. dgn jujur dan ikhlas. usah manipulate fakta dan emosi. barulah dapat pahala. ramai dari kita merasakan diri kita tidak berkemampuan utk menulis, mulai dari saat ini mari kita buangkan sikap itu jauh-jauh.
kembali kepada tajuk entry ini, marilah kita berexperimen melalui blog ini. semua keluarga sakijan/saamah apa peringkat dan status menyumbanglah!
nyatakan apa sahaja dgn sofan dan berhemah, dgn lunak atau terusterang, without fear & favour utk dijadikan tatapan,panduan dan maklumat bersama.

aku suka dgn cara cikin, org muda yg sedang dikeraskan oleh debuan kota! kalau terasa telah melakukan kesilapan lantas segera memohon kemaafan. tapi kemaafan bukan pasport utk melakukan kesalahan lagi. kehati-hatian adalah keyword kepada tindakan lepas kita.
tetapi ini bukan amaran; amaran adalah pasung yg akan menakutkan kita dalam bertindakbalas.ini hanya nasihat org senior kepada junior. tetapi mana yg lain anak-anak.
anda pandai dan berpengetahuan, pelajaran anda tinggi, dunia ini anda pusingkan sesukanya, london, NY, orlando dan paris! sesaat telah berada didepan mata. itu sebab kak ita heran bagaimana ebal boleh menulis cerpen berlatarbelakangkan stesyen keretapi london. jawap ebal tepat dan jitu! "melalui google la kak ita".

org muda sepatutnya berkongsi maklimat. org tua hanya dapat berkongsi cerita. itupun kalau ada anak cucu yg masih 'nukruk' dan sabar menghadap mereka.

inilah spirit entry kali ini.

org muda akan menyumbang utk generasi mereka.
yg tua akan bercerita kepada anak cucu seumpama mereka 'nukruk' dihadapn kami. marilah kita sama-sama menjayakannya, merealisasikannya.

wassalam.

6 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Setuju dengan pendapat ini, itulah hikmahnya lecturer suruh buat blog sebagai assignment, sbb mmg ebal suka menulis. Lagipun di dunia luar, ebal x gemar berbual2 kosong. Bila org tnya knapa snyap je, ebal jawab x ada apa yg nak dikatakan. jadi mujurlah ada blog, bolehlah ebal meluahkan apa yg terbuku di hati. klu nk borak ngan member pasal hal berat2 skit, member ramai x layan. adalah juga, tapi x ramai. ramai crita pasal perempuan dan kerja. sbb tu baik ebal senyap je atau dgr mp3, tengok org, kumpul maklumat, buat analisa di blog sahaja.

suria said...

Assalamualaikum w.b.t dan salam pelayaran...
Benar kata ahli-ahli persatuan ini, ada keseronokan di sebalik penyampaian dalam blog ini. Kadang-kadang cetusan orang lain memberi ilham, memberi insprasi, membangkitkan ghairah menulis dan tidak kurang juga sebagai hiburan. Abang Nasir dan abang Danuri, syabas kalian merupakan elemen penggalak. Iqbal, anda pula pemangkin dan penyerinya Kak Oya (Ckin)serta tak lupa pemulanya En. Halimi.
Perasan atau tidak? Melalui pembacaan penulisan seseorang adakalanya memberi kita peluang mengenalinya dari sudut yang kita kitak boleh fahami dari pandangan zahir.
Abang Nasir, sejak akhir-akhir ini saya menjadi peminat tulisan abang, walaupun bukan semua perkara yang abang tulis itu saya persetujuinya. Namun ada sesuatu yang menarik untuk difikirkan. Melalui pengalaman Abang yang tentunya lebih dulu makan garam, ada falsafah yang cuba diterapkan. Yelah kalau kita mahu memahami seseorang, adakalanya kita kena memakai kasutnya....mungkin kasut abang terlalu besar untuk saya atau kurang trendy untuk anak-anak buah yang lain.
Dalam keluarga ini saya ada angkatan saya tersendiri walaupun kami tidak sealiran...Niah, Ijam dan Huda...We are School Teachers. Mungkin di sini kami berpeluang menyatakan sesuatu yang boleh direnungi...Akhir kalam, syabas kepada yang menyumbang. Abang Nasir, sesekali berilah inspirasi kepada kak Sinah,Abang Danuri... ajaklah kak Idah. Kami (geng biras) boleh meluah rasa..he..he...wassalam

Ini Iqbal Nasir said...

mak tkut nak bkk internet...hahaha...

mamatnasir said...

lawak lah korang nih...
kini baru tau sapa abg ko ni kan!
kasut aku memang korang x leh pakai
kalau buleh pun korang tak akan lalu berbuat begitu, kerana aku suka pakai kasut tak guna setokin.
pada diri seseorang ada bayang-bayangnya,
kadangkala bayang-bayang tidak serupa dengan rupa paras fisikal yg kelihatan.
hanya renungan tajam dan mata bersih dapat mengenali bayang dan diri seseorang.
wadahnya berbagai; antaranya tulisannya.
fahamilah...

SaudagarKelapa said...

somehow, i got inspired everytime i read ur entry. it's inspiring, motivating and encouraging. ayat tersirat, itu latihan utk kita lebih memahami maksud dan kata2 org2 yg lbh b'pengalaman. lagipun sekarang ni byk sgt terhidang kata2 yg tersurat. tak ada adventure utk menilai tinggi atau rendah, dalam atau cetek nya maksud seseorang bile menympaikan kata2..terlalu straight to the point. tak bermakna salah, cume cabaran tu kurang. kadang2 lenggok irama dlm berbahasa pun penting mcm dgr lagu jugak. lbh byk genre lagu yg kita dgr, lbh byk pilihan yg kita ada utk pelbagai situasi.
seriously pmn, i do admire the way u write. never expect u have this talent. pls dun stop writing. it's a huge gift u have. keep it on.. =)

suria said...

Hai, salam pelayaran..
Saya sudah lama tahu siapa abang Nasir ni cuma nak bagi abang kenal siapa diri abang melalui perspektif orang lain. Adakalanya kita kita kena dengar kata orang lain untuk kenal siapa kita. Kalau abang tahu kasut abang busuk, kenapa tak pakai stokin... ada kalanya dalam masa-masa terdesak ada orang perlu pakai dan pinjam kasut abang tu...renung-renungkan...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification