Thursday, October 22, 2009

Salah Siapa

Lewat beberapa tahun lalu kedengaran kempen rumahku syurgaku, semakin hari semakin sayang.. Motifnya ingin membina generasi terbilang yang asuhannya bermula dari rumah. Sejauhmana aspirasi ini dapat dicapai? Andai cogan kata hanya agenda yang tidak selari dengan fenomena semasa, tercapaikah matlamat ini?
Zaman sudah berubah, kemajuan semakin menggamit, pembangungan melingkar segenap bidang, tuntutan kerja semakin ketara...semua itu ialah cabaran yang maha hebat untuk membentuk generasi yang diaspirasi. Jika dilihat dan diselidik, setiap pembangunan menuntut pengorbanan, setuju atau tidak? Buktinya, untuk mewujudkan sebuah bandar, kita mengorbankan hutan, untuk menikmati teknologi, kita mengorbankan semula jadi.Memenuhi tuntutan ini ibu bapa semakin sibuk mengejar kerjaya. Kalaupun terdapat individu yang tidak bercita-cita berada di puncak, tanggungjawab terhadap majikan membataskan ruang bersama keluarga. Hasilnya di mana anak-anak? Cukupkah mereka menerima bekalan untuk masa hadapan? Bukan sekadar kocek dipenuhi material tetapi pengisian rohani menghadapi hari muka.
Mungkin tulisan ini pesimis bunyinya, tetapi ingin mengingatkan ibu bapa bahawa cabaran mendidik anak-anak kini berbeza dari dekad-dekad terdahulu. Mungkin tidak sukar melahirkan anak yang berkelulusan tinggi lantaran lambakan institusi pengajian tetapi bagaimana dengan pengisian rohani?
Kenapa banyak gejala sosial melanda daerah kita? Di mana puncanya? Salah siapa?

2 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Mungkin(x semestinya) kebanyakan ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah agama sudah mencukupi, tapi guru2 kena handle banyak murid, pndekatan yg digunakan juga kalau sama x boleh. Disini peranan ibu bapa sgt pnting krn mereka perlu rapat dgn anak mereka. Melentur buluh biar dari rebungnya, anak2 ibarat kain putih, ibu bapalah yg mencoraknya menjadi muslim, nasrani, yahudi mahupun majusi. bukannya terletak di bahu guru semata. wujudkan satu kebiasaan yg baik kpdnya. Contohnya takutkan Allah dan bukannya takutkannya dgn berbagai hantu dan jin krn biar anak itu biasa dan aware dgn kebesaran Allah. Ilmu agama yg dipelajari di sekolah dihayati di rumah. kasi dia buat amali. nanti, bila dah terlewat, susah nak tegur, especially bila dah remaja. Diorang lagi suka dgr kwn drpd org yg berilmu. Just bagi pendapat, klu salah pun x pe, sbb ebal x de anak lagi...

Ini Iqbal Nasir said...

Islam dah bagi garis panduan dah cara2 nak mendidik anak, cuma kita perlu belajar dan memahami dengan baik ajaran2nya...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification