Saturday, October 10, 2009

Wah bukan main bergaya Kak Oya dengan kereta baru dia.Tahniah dah Syabas.Cuma jangan pandu laju sampai tak ingat dunia sudah lah. Ingat keenderaan hanya sebuah alat untuk bergerak dari satu point ke satu point yang lain. Tak kesah lah kalau kita nak naik keta kuda ke Unta ke gajah ke yang penting kita sampai ke tempat yang kita nak tuju. Cuma jangan kenderaan tu menyusahkan kita ok.

Tahniah juga untuk Azlan yang dah selamat bertunang. bertunang jugak dia akhir nya. Semoga jodoh nya kekal kejinjang pelamin dan keakhir hayat. Jangan lama-lama sangat bertunang. Kalau dah setel semua nikah je cepat-cepat. Selamat.

Juga tahniah untuk Sahari yang telah menimang cahaya mata lelaki. Dah jadi bapak lah dia sekarang. Makna nya tanggungjawab dah semakin besar. Rancang lah kehidupan dengan baik. Kita kena rancang sebab esok tak siapa tahu apa kita akan lalui. Mungkin kita jadi kaya mungkin kita jatuh miskin, mungkin masih sehat atau tiba-tiba kita sakit. Apa yang pasti Kakang dah jadi KAKIK hahahaha tahniah. Bukan senang nak jadi KAKIK
tunggu kena dapat cucu dulu.

Blog ini satu medium yang baik untuk kita sekeluarga. Ia boleh dijadikan alat perhubungan, mencurahkan idea, mencurahkan rasa, mengeluarkan pendapat dan juga boleh untuk bergurau senda. Mana-mana ahli keluarga tak kira tua dan muda gunakan lah medium ini. Zaman dah berubah. Dunia tanpa sepadan. Ada kaedah yang percuma untuk kita menafaatkan sebagai alat perhubungan. Semalam aku ajar Amat untuk buat Calling PC to PC. dan buat Web cam. So boleh berbual dengan dia free dan nampak muka dia kat lap top. kan senang dan pantas tu yang penting FREE pulak tu. Kita boleh guna kaedah yang sama dengan sanak sedara kita di merata dunia.......yang penting kita kena guna dan belajor. Tak apa waris waris sakijan yang junior JR JR ni semua dah hebat-hebat belako kata orang kelantan. Cuma sekarang semua ahli keluarga anak cucu cicit semua mesti di link kan dengan teknologi ini. Kumpul semua e. mail- e mail diaorang. Insyaallah kita boleh bersatu semula dalam dunia siber dan reality.

Sekarang ni kena tugas EMI lah yang kena pro aktif sebab blog ni pun dia yang buat. Insyaallah Paman Nok boleh sumbangkan idea. Masukkan gambar-gambar aktiviti keluarga dalam ni. Kalau kita kreatif blog ini pun boleh menjana pendapatan lumayan. So sapa-sapa yang ada idea kreatif, ada ilmu cari duit tu sumbangkan lah idea koranag tu. tahniah semua semoga semua kita access kat blog ni. sebarang pertanyaan boleh tanya Paman Emi atau Paman Nok sendiri hehehehe.

Jangan lupa Raya Haji ni Kita Kompol kat Rumah Kak ti dan Wak Miskiran Di Felda Cini 5 Pahang. Insyaalah kita buat meeting keluarga. Paman Amat setuju jadi Imam.Kita buat Tahlil sekali. ok sampai di sini dahulu.
jumpa lagi

1 comments:

halimi sakijan said...

wah.. macam yb la kau tulis tu, skrip sebijik cam cut paste la.... tahniah.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification