Saturday, October 17, 2009

Assalamualaikum
Kepada semua ahli persatuan keluarga Saamah_Sakijan
Nampak nya blog kita dah mula ada follower dan menjadi meduim berinteraksi sesama kita. Tahniah dan perlu diaktifkan lagi partisipasi nya kalau boleh oleh semua ahli tak kira yang Senior dan junior.
Aku baru balik dari Alor Setar petang semalam dan berada disana selama 2 hari atas undangan Balai Seni Lukis Kedah untuk membuat demonstrasi membatik sempena majlis Pembukaan Pameran Lukisan Tahunan Negeri kedah.
Hari ini ada kesempatan di rumah untuk membuka Blog keluarga kita. Wah nampak nya Amat dah boleh menyumbangkan komennya separing dengan Iqbal. Ada gambar Makan Besar nampak nya kat rumah Emi. Bagus-bagus. Ini lah yang kita harapkan kalau tak dapat bersama dan merasai keenakan nya dapat tengok gambar pun jadilah.

Apa khabar Haji Miskiran Bin Tukimin dan Hajjah Siti KhabsahBt Hj Sakijan di Cini Pahang. Kabare untuk Kakang Misbahkhulmunir bin Hj Sakijan dan Kak Ngasrimah Bt apa yek.............kalau tak silap Yunus ha ni lah dia penyakit kita akan datang bila nama kita tak diketahui sepenuh nya. Cuma tau sekerat-sekerat je dengan panggilan short cut.....
Danuri jadi Paman NOK Mohamad Nasir jadi Amat je Halimi jadi emmi gembeng hehehe dan anak cucu kita pun tak tau nama penuh bapak sedara dan semua nya. Elok lah pendapat Mohamad Iqbal Bin Mohamad Nasir Bin Sakijan tu mengenai cadangan diujudkan kita punya Salahsilah secara Complete supaya kita tidak salah salah membuat panggilan pengenalan diri. Buat lah FAMILY TREE keluarga Sakijan. Rasa nya dulu-dulu M Nasir adabuat penyelidikan pasal hal ini secara manual. Itu lepas bertahun-tahun dulu. Ada simpan ke lagi ke tak tak tau lah pulak kalau boleh elok diteruskan dan lepas tu buat directory ahli-ahli keluarga termasuk sikit sebanyak perihal latarbelakang kita semua.

Syabas kepada yang beri komen dan respon, yang muda muda tulislah apa sahaja luahan perasaan ke idea ke, dan yang senior-senior boleh mewakilkan yang junior untuk menuliskan dalam blog apa yang tersirat dan terdetik perasaan dan hati sebagai golongan senior yang terlebih dahulu meredah guruh dan petir untuk meniti pelangi. meskipun pelangi tu mungkin hanya dapat ditatap hanya seketika keindahan nya namun kepuasan meredah guruh dan petir adalah sesuatu yang perlu di kongsi dan diketahui untuk semua anak cucu kita.
Jumpa lagi....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification