Friday, April 13, 2012

Majlis Muzakarah dan Doa Selamat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kepada ahli-ahli keluarga yang dikasihi,

Anda semua dijemput untuk menghadiri majlis tersebut:

Tarikh : 14 April 2012
Masa : 7-11 malam
Tempat : Rumah Encik Halimi Sakijan
(Bandar Saujana Putra)

Aturcara majlis:

7.30 malam : Solat Maghrib berjemaah
7.45 malam : Tahlil dan Doa Selamat
8.30 malam : Sembahyang Isya' berjemaah
8.45 malam : Makan malam
9.00 malam : Majlis muzakarah usrah

Sumbangan juadah adalah sangat dialu-alukan....

Thursday, April 12, 2012

ingatan yg sangat dalam.

dengan nama Allah, tuhan seru sekelian alam.
kepada Nya kita mengharap dan memanjatkan segala doa.

pagi semalam cuti. dering telepon menunjukkan masage masuk. tentu bukan hal pejabat. emy , 'ada ziarah roskang tak isnin lepas.' ngapa? ... dah meninggal dah... ana terduduk, biar betul.... ia sakit jantung mlm isnin jam 1....
Al-fatihah
roskang, seorang pelukis. semasa meninggalnya bergelar dr. roskang, seorang pensyarah di upsi.
kami membesar bersama, tetapi berlainan usia. kami menjadi ruket apabila ia masuk uitm seiring dgn nuri. tapi lewat sedikit. kerana kami sekampung, hubungan kami sekeluarga seperti adek beradek. kami pernah berkelah bersama di PD dan ana sering mendapatkan perkembangan seninya dari nuri. semasa beliau menjadi instruktur di balai seni depan stesyen keretapi lama @ hotel majestic ana ada datang bersama nuri. begitu juga semasa di galeri seni tepi tasik sah alam. kemudian apabila beliau balik kampung mengajar di sekincan; hubungan kami makin akrab kerana ana sekeluarga sering balik menziarah ibubapa. disana kami selalu berjumpa. semasa ana bertugas di kkb, beliau mula menjadi pensyarah di upsi. kemudian setelah ana bertukar ke shah alam dan tk.intan, kami jarang bertemu. seakan terpisah.
selain adek-adek, dua org yg turut membesar dalam hidup ana dan ana anggap seperti adek-adek ana adalah amin minhad dan roskang. kami berkongsi kekurangan hidup dan cabaran dgn penuh semangat. kesusahan keluarga kami jadikan motivasi utk berubah. kami ketawa dan ceria. kami melalui segalanya dgn tabah dan sabar. ana merasakan mereka menjadikan ana mentor, kerana itu hubungan bathin kami kuat. walaupun kami tidak berhubungan.
semalam ana hanya sebak, tapi hari ini ana mengalirkan air mata. beberapa minggu lepas, ana terima panggilan dari beliau. menyangka ianya pangilan yg salah, ana tidak melayannya. rupanya itulah panggilan terakhir beliau... masih terdengar suaranya yg nakal dan ceria.. kang mat ya..kang mat ya.. aduhai, hari ini terasa betapa pilunya pemergian seorang sahabat yg kita sayangi..
Al-fatihah buat beliau, semuga rohnya dicucuri rahmat Allah swt.
blasungkawa buat beliau.
Al-fatihah..

Monday, April 9, 2012

Malam Terakhir Di Osaka

Malam ini adalah malam terakhir saya di Osaka.
Pagi tadi giliran saya membentangkan kertas kerja dan dilantik sebagai Chair person. Lantikan itu tidak diumumkan tetapi saya melihat ia telah tercatat didalam buku aturcara persidangan. Alhamdulillah saya telah berjaya melakasanakan tugas yang diamanahkan kepada saya dengan sempurna. Pembentangan saya juga berjalan lancar seperti yang diharapkan sekali lagi ssaya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT yang memudahkan urusan saya sepanjang saya berada di bumi matahari terbit ini.

Petang tadi saya berkesempatan mengisi masa dengan menaiki train subway ke Studio Universal Osaka.
Di sini perjalanan sebenar nya sangat mudah. Stesyen subway ada dibawah tanah hotel penginapan kami. Ia hanya perlu turun tangga dari dalam hotel terus ke stesyen bawah tanah tersebut yang dihubungkan dengan stesyen Umeda yang menjadi Central kepada laluan -laluan yang lain. Selepas itu kita hamya perlu maencari laluan seterusnya kedestinasi yang hendak di tuju. Hanya yang agak memenatkan ialah kita tidak tahu pintu mana yang betul untuk kedestinasi yang sepatutnya kita pergi. maka ia akan mengambil masa yang lama mencari dan kadangkala tersesat jauh dibawah tanah tersebut.

Universal studio merupakan Amusement park seperti mana yang terdapat di Singapura. Masuk adalah percuma tetapi untuk memasuk taman thema untuk menaiki roller coster dan lain-lain akan dikenakan bayaran. Meskipun sudah lewat petang kami tiba manusia masih ramai yang mengunjungi taman tema tersebut. Saya hanya menikmati pemandangan dan bergambar dihadapan ikon-ikon yang terkenal sahaja seperti Hard rock cafe dan Globe Universal Studio yang sentiasa berputar.

Cuaca hari ini tidak sesejuk semalam. Hanya sekitar 14 celcius. Selepas mengunjungi Universal Studio kami menekmati suasana malam di Odonthori iaitu kawasan perniagaan yang sangat terkenal umpama jalan petaling street di KL. Walau pun hari sudah malam sekitar jam 8.00 manusia terlalu ramai disepanjang jalan tersebut. Tidak diketahui tujuan mereka tetapi yang pasti mereka semua berjalan kaki memenuhi seluruh ruang pejalan kaki sepanjang hampir 2 km itu.

Sepanjang kami berada di osaka ini tidak pernah kami melihat motorsikal ditunggang dijalanraya. Kebanyakkan mereka menaiki basikal dan berjalan kaki sahaja. Sebab itulah barangkali wanita jepun ini mempunyai tubuh badan yang langsing walaupun usia sudah tua. Malah kami tidak pernah jumpa saorang pun wanita jepun yang berbadan gemuk.

Kami juga buat malam terakhir di osaka ini mengunjungi restoran pakistan yang terletak hanya diseberang hotel penginapan kami. Malam ini kami order roti nan dan ayam tandoori sebagai menu makan malam kami. Esok awal pagi 2 orang rakan kami akan pulang ke Melbourne. Dan kami akan bertolak dari sini jam 4 55 petang dan dijangka tiba diLCCT jam 11 malam.

Waktu beredar terlalu pantas. Sejuk Osaka masih belum hilang lagi. Berat juga hati ini untuk meninggalkan bumi osaka  yang telah memberikan kami pengalaman baru mengenai budaya dan tatacara kehidupan masyarakat jepun yang sangat terkenal dengan layanan mesra dan budi bahasa yang tinggi. Walaubagaimanapun Hujan emas di negeri orang hujan batu dinegeri sendiri. Saya masih tetap memilih negeri sendiri meskipun ia dihujani oleh hujan batu.....nekmat kehidupan yang Allah berikan kepada kita di negara sendiri jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara orang meskipun negeri kita idak dihujani dengan hujan emas...

Secara peribadi  keindahan sakura akan sentiasa saya kenang. Suasana nya sangat romantik dengan suasana dingin yang menyegarkan namun sayang nya saya tidak dapat menikmati keindahan tersebut bersama orang yang tersayang.  insyaallah jika ada rezeki saya masih sudi untuk berkunjung kesini lagi-  kali ini biar lah bersama orang yang saya sayangi...Benarlah kata orang berbaloi untuk mengunjung Negara Jepun semasa Sakura sedang berkembang.....ia sangat indah umpama taman syurga didunia ini....

Sekian Arigato guzaimas..Sayonara...








Sunday, April 8, 2012

Sakura OH Sakura

Sakura telah ditanam hampir dikesemua jalan di disini. Lebih-lebih lagi di taman-taman awam dan sekeliling bangunan seperti sekolah malah di tepi sungai serta pagar. Penjagaan nya sangat rapi. pokok yang hampir roboh diberi kayu sokongan. Dikuil-kuil mereka, pohon sakura yang sangat besar dan kelihatan tua masih gagah dan ampuh melawan zaman sama usia dengan bangunan yang dibena. Masih mengeluarkan bunga yang sangat cantik sekaligus menjadi tarikan pelancung dalam dan luar negara.

Petang semalam sempat melawat ke Nara sebuah bandar yang agak jauh diluar bandar Osaka. Disini cuaca masih lagi sejuk dan berangin. Bandar ini terletak diatas tanah yang agak tinggi. Banyak kuil-kuil lama masih tersergam berdiri megah seperti sediakala. Ramai pelancung yang mengunjungi kawasan ini untuk bersiar dan melawat taman yang sedang dihiasai bunga-bunga sakura sedang berkembang indah.

Disini juga terdapat taman awam terbuka uang dihuni oleh rusa-rusa jinak yang banyak. Rusa-rusa ini bersepah di merata tempat ditaman ini bebas meminta makanan yang diberikan oleh para pengunjung. Di khabarkan masyarakat disini mengangap rusa tersebut adalah haiwan suci. Oleh itu ia dijaga dengan baik dan tidak dibunuh untuk dimakan. I merupakan tarikan pelancung utama di tempat ini.

Jumpa lagi..





Friday, April 6, 2012

OSAKA

Hari ini bermula nya Conference saya di Hotel Ramada Osaka. Sebelah pagi hingga tengahari kami menghadiri sesi pembentangan para peserta yang ada kaitan dengan bidang kami. Yang lain-lain tak berapa sesuai dengan desiplin kami. Maka sebelah petang kami Explore tempat tempat menarik di bandaraya Osaka ini.

Cuaca hari ini sangat sejuk.. Bibir saya dah mula kering dah pecah.Tidak bawa lipstik atau Vaselin. Sebenar nya banyak jual kat sini tetapi sayang duit nak beli. Sebelah tengahari cuaca berangin diselang seli dengan gerimis menambahkan lagi kesejukan nya. Tangan dan telinga mula kebas dan gatal..petanda sejuk yang mula meresap kedalam badan.

Kami menaiki train underground. Sudah mulai serasi dengan sistem train dan tiket disini. Sudah mulai memahami bacaan peta underground dan railway sistem yang sangat canggih dan efficient. Dengan kata lain kami dah mula faham dan tidak sesat mencari line dan stesyen yang hendak di tuju. Apa yang menarik segala nya seperti jalan anai-anai didalam tanah. Dan semua shopping complex juga terletak dibawah tanah terutama yang menempatkan stesyen-stesyen besar.

Jika dilihat keadaan dipermukaan jalanraya tidak ramai manusia yang lalu lalang. Ia kelihatan lengang hanya keenderaan sahaja yang kelihatan dan tidak sesebok KL. Tetapi dibawah tanah umat manusia seperti semut...penuh lorong dan ruang..semua bergerak dengan pantas menuju kedestinasi masing.masing. Semua menaiki train samaada train biasa, train subway, dan train sangat laju yang dipanggil Shinkansen kelajuan boleh mencecah 360 km sejam.

Mereka sangat membantu jika kita bertanya atau teragak-agak seperti salah lorong keluar dan lain-lain.
Syarat nya perlu berbahasa jepun. Rakan saya En Razak sangat sangat membantu. Dia boleh berbahasa jepun dan ada pengalaman tinggal di Osaka walaupun sudah hampir 30 tahun berlalu. Segala nya menjadi mudah. Lebih lebih lagi wajah nya dan gaya serta saiz nya seperti saling tak tumpah orang jepun.

Hari ini kami sempat melawat ke Osaka Castle seperti yang disebut oleh KTS. Jangan lupa melawat istana putih di OSaka. Beliau pernah melawat istana maharaja ini pada tahun 1985 dahulu semasa beliau melawat ke jepun. Ketika itu saya masih menuntut di itm. Saya adalah waris kedua Keluarga Sakijan yang pernah menjejaki kaki di bumi Osaka dan melawat istana yang dimaksudkan.

Ia memang sebuah istana lama yang dibena untuk maharaja Jepun pada tahun 1600 tahun..Bangunan berwarna putih 5 tingkat. Di lihat dengan teliti ia memang sebuah binaan yang gah dan anggun. Apa yang menarik ia kekal dipelihara dengan baik dan menjadi tarikan pelancung. Suasana sekitar nya merupakan taman yang dipenuhi dengan pohon-pohon sakura. Kebanyakan sudah mula berkembang. Kelihatan sangat indah dan mengujakan mata memandang dengan suasana yang masih sejuk dan redup. Cukup romantik.

Hanya gambar-gambar sahaja nampak nya menjadi tatapan kita semua.
Jumpa lagi.




Melihat Kaabah Kali Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w
Assalamualaikum dan semoga dirahmati Allah..

Pernah menjadi salah satu topik perbualan antara saya dan rakan-rakan, malah saya pernah bertanya kepada Abang Danuri dan Abang Nasir, apa perasaan pertama kali melihat kaabah di depan mata? Pelbagai jawapan dan persepsi diberi. Ada yang berkata, tidak semena-mena air mata berlinangan, ada yang sebak, ada yang berasa kekaguman yang amat sangat kepada Maha Pencipta, tapi jawapan Abang Nasir sedikit berbeza, katanya..kosong...blank...., saya tidak hairan dengan jawapan itu..kerana saya memahaminya....nak dengar kisah saya?

Perjalanan dari Madinah ke Makkah menaiki bas agak lama lebih kurang 8@9 jam. Saya merasa sedih meninggalkan Madinah tetapi pada masa yang sama saya sangat teruja ingin ke kota suci Makkah. Jadi perasaan bercampur baur ini menjadikan saya seperti...susah nak diterangkan. Sebab itu juga saya tak tidur @ berehat sebelum bertolak ke Makkah. Saya berlama-lamaan di masjid Nabawi...tanpa menyedari saya bakal menempuh satu perjalanan yang agak memenatkan.

Sepanjang perjananan, bas hanya berhenti 2 kali...kali pertama di Bir Ali, di sana kami miqat (niat ihram), dan kali kedua di Restauran Zain..(agak besar). Kami menikmati makan malam nasi mandi dengan daging kambing. Makan dalam talam. Satu talam 5 orang...sedap sangat!!!(Alhamdulilllah..saya memang peminat nasi mandi)lepas tu solat jama' Maghrid dan Isyak di suraunya...

Dalam bas kami bertalbiyah...terasa sungguh syahdu...Ya Allah kami datang...terimalah kedatangan kami...Sampai di Makkah jam menunjukkan lebih kurang 11 malam. Hotel kami Wardah Ajyad. Selesai urusan beg, kami check in bilik masing-masing. Mutawif memberi kami tempoh lebih kurang 1 jam untuk bersiap. Kami harus berkumpul di lobi hotel jam 12.30 malam bagi melaksanakan umrah wajib bersama ahli jemaah. Saya terpisah daripada Kakak, Kak Ton, Nora dan Suha..mereka dapat sebilik. Saya ditempatkan dengan orang tidak dikenali. Sedikit perasaan tidak gembira di hati. Namun saya terima andai ini ketentuan-Nya. Memang betul..ini ketentuan Allah, Allah maha mendengar dan maha pemurah..saya pernah merancang untuk sebilik dengan Emi semasa di tanah air dulu, Allah telah menunaikan hasrat saya itu. Rakan sebilik saya rupanya anak-anak remaja (2 orang) yang datang bersama ibu dan adik mereka. Jadi ibu mereka minta untuk sebilik (memandangkan dalam bilik saya ada 4 katil.) Saya diminta ke bilik yang satu lagi.. lebih kecil, (ada 3 katil) maknanya saya tiada teman sebilik...apa lagi saya cepat-cepat telefon Emi...bang, turun bilik 304, kita sebilik...Subhanallah saya bersyukur sangat-sangat. Semangat saya semakin membuak-buak.

Berjalan kaki dari hotel ke Masjidil Haram lebih kurang 10-15 minit dengan jarak sekitar 400-430 meter. Sebelum masuk Masjidil Haram melalui pintu King Abdul Aziz, Mutawif memberi beberapa tips supaya tidak sesat iaitu petanda-petanda yang perlu diingati. Saya sebenarnya tidak berapa fokus lagi dengan mutawif kerana mata saya tercari-cari di mana kaabah..di mana rumah Allah..di mana.... Saat kaki melangkah menuruni anak tangga demi anak tangga hati saya tak keruan... itu dia..kaabah, bangunan petak diselimuti kain hitam, ribuan manusia sedang bertawaf mengelilinginya..bagaimana perasaan saya..saya melopong (mulut tidak adalah ternganga)terdiam, terkedu tanpa sebarang kata selama beberapa saat. Bak kata orang putih speachless. Selang beberapa saat barulah saya mengucapkan kesyukuran, memuji-muji tuhan..mungkin begitulah perasaan Abang Nasir apabila dia kata blank..dan kosong. Saya tidak mengalirkan air mata ketika pertama kali melihat kaabah.. adakah kerana hati saya keras? atau iman saya saya yang masih cetek. Saya muhasabah diri...saya takut juga kalau-kalau ini adalah petanda yang saya bukan dalam kalangan orang yang diterima Allah sebagai tetamu-Nya.

Rukun tawaf.. saya, Emi, Kakak, Kak Ton, Nora dan jemaah lain dapat lakukannya dengan baik dengan dibimbing oleh Mutawif. Selepas itu kami solat sunat, masih belum pandai mencari tempat strategik. Sembahyang di mana ada ruang. Selepas itu, mutawif membawa kami ke tempat saie (bukit safa dan marwa). Ibadat saie bermula. Di sinilah ujian bermula. Badan yang tidak rehat dari semalam, jam pula mununjukkan jam 2.30 pagi, saya mula terasa sangat letih. Saya bertanya kepada Emi, sudah berapa kali kita saie...dia kata 4 kali...perasaan saya mengatakan..bukankah sudah 6 kali dan ini adalah saie yang ketujuh...itulah bahana badan terlalu letih...tetapi saya gagahi juga, apalah sangat bersaie dengan suasana dingin (beraircond) berbanding Siti Hajar yang berlari ke sana sini di bawah terik matahari dan memijak kerikil-kerikil tajam...akhirnya tamat juga..pada masa inilah barulah air matanya bercucuran, deras mengalir walau tanpa dipinta....saya merangkul Kakak, Kak Ton dan Nora. Kami berpelukan..."kita berjaya menyelesaikan umrah pertama,"...telekong kami basah dengan air mata....Pada saat itu saya mengerti kenapa Allah mewajibkan haji ke atas hamba-Nya...falsafahnya cukup dalam..Allah itu maha pemurah kerana Dia mahu hamba-Nya merasai nikmatnya mengakui kebesaran dan keagungan-Nya. Subhanallah...SMS buat Abang Nasir lagi..entah kenapa pada waktu itu dia adalah orang di Malaysia yang saya ingati..mungkin sebagai pencungkil semangat saat-saat berjuang untuk beribadah di sini...

Selepas umrah, dan dan Emi tidak balik ke hotel, kami bercadang untuk terus menunggu subuh di sini. Inilah subuh kami yang pertama di Masjidil Haram...semoga Allah menerima ibadah kami...

Thursday, April 5, 2012

Kiriman dari Kyoto

Alhamdulillah hari ini hajat hendak melawat ke Kyoto tercapai.
Ia sebuah bandar yang mempunyai tempat-tempat bersejarah dan masih dijaga dengan rapi seperti Sherene dan Castle zaman dulu.

Taman taman nya juga dijaga sangat rapi dan cantik.   Sakura sudah mula berkembang dan ia mengindahkan panorama di jepun ketika ini..Allah memberi peluang kepada saya untuk melihat dan memahami setiap perkara yang dijadikan di bumi ini yang berada di tempat lain selain dari negara kita. Saya perlu mensyukuri nya segala nikmat yang Allah berikan kepada saya...Masyaallah Alhamdulillah..dan hanya gambar ini yang dapat saya kongsikan bersama.

IKUT NASIHAT KTS

Bismillahirrahmanirahim
Assalamulaikum w.b.t,
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah masih memberi kesempatan untuk saya menyambung tulisan saya...

Pada pagi kedua di Madinah, Mutawif membawa kami melawat Masjid Quba', Jabal Uhud, dan Ladang kurma. Masjid Quba' merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w sebelum baginda sampai ke Madinah. Bersembahyang di sana mendapat pahala bersamaan 1 umrah. Jabal Uhud pula merupakan tempat peristiwa perang uhud berlaku. Tentera Islam hampir menang ketika perang berlaku, akan tetapi kerana dek tak sabar nak mengaut harta rampasan perang sebagian besar tentera telah meninggalkan posisi masing-masing menyebabkan tertera Islam hampir kalah. Di sana juga tersemadi Saidina Hamzah.Saya dan Emi tidak melepaskan meluang mendaki bukit kecil Uhud yang terdapat di sana.

Di Ladang Kurma, terdapat kedai yang menjual pelbagai jenis kurma akan tetapi mutawif menasihati kami agar tidak membeli kurma di situ kerana harganya lebih mahal dari yang terdapat di pasar kurma. Kamipun membeli ala kadar sahaja...

Memandangkan masa sudah hampir masuk waktu zohor, kami tak dapat pergi ke pasar kurma. Mutawif mencadangkan agar kami naik teksi sahaja ke sana.

Sebelum itu saya ada menyimpan hasrat ingin meninjau-ninjau kawasan Masjid Nabawi. Saya masih teringat nasihat Abang Nasir..dalam usia yang masih muda, tentu ada kudrat untuk explore satu-satu tempat, jadi ambillah peluang itu. Selepas sembahyang Asar saya mengajak Emi dan Nora ke pasar Kurma. Kami menaiki teksi..mak oi tambang boleh tahan..25 rial...padahal bukanlah jauh sangat..cuma pusing-pusing je..sampai di Pasar Kurma kami membeli beberapa jenis kurma, kismis dan coklat. Balik dari situ, kami nampak Masjid Nabawi, bermakna bukanlah jauh sangat. Kami mengambil keputusan untuk balik dengan berjalan kaki.

Ada hikmah rupanya...kami dapat meninjau Masjid Nabawi dari arah belakang (arah kubur baqi')Apa lagi kami pun pusing habis masjid Nabawi. Ketika berada betul-betul di hadapan kubah hijau, saya sms Abang Nasir..Bang..saya ikut nasihat abang, saya explore masjid Nabawi...Saya betul-betul puas..alhamdulillah.

Esok adalah hari terakhir di Madinah, selepas zohor kami akan ke Mekah..Jadi malam itu saya berhasrat untuk berlama-lamaan di masjid Nabawi....pasti saya akan merindui Madinah, bandar tenang yang penuh barakah ini....

Wednesday, April 4, 2012

Salam Dari Osaka

Assalamualaikum semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT.

Moshi-Moshi. Koniciwa....
Saya selamat tiba di Osaka jam 8.30 pagi waktu tempatan atau 7.30 pagi waktu di Malaysia. Perbezaan waktu hanya 1 jam sahaja namun suasana nya amat berbeza. Matahari lebih cepat terang jika dibandingkan di tempat kita. Subuh disini pada jam 4 15 pagi.

Melepasi Imigresen disini agak lama. terpaksa beratur hampir 30 minit. Kapat terbang penuh dengan penumpang. Ramai juga pelancung dan pengunjung yang datang ke negara matahari terbit ini meskipun peraturan mendapatkan visa nya sangat ketat. Alhamdulillah saya melepasi imigresen dengan mudah dan pantas setelah semua dokumen mendarat yang diperlukan diisi dengan sempurna lebih awal semasa belum mendarat lagi di dalam pesawat.

Menunggu bagasi juga tidak lambat lantaran proses melepasi imigresen sudah mengambil masa yang agak lama. Melepasi kastam juga agak mendebarkan kerana banyak juga membawa bahan makanan yang sebahagian besar nya tidak dibenarkan dibawa masuk kenegara eropah dan Australia seperti serunding daging. Dengan konfident saya lalui lorong kastam menyerahkan boran deklarasi barangan yang dibawa. Pegawai kastam bertanyakan beberapa soalan seperti mengapa datang ke Jepun sambil memeriksa passport. Saya katakan untuk menghadiri seminar dan dia bertanyakan tempat seminar diadakan. Saya menjawab dengan sempurna dan dia melepaskan saya berlalu dengan ucapan selamat terima kasih berulang kali.

Keluar dari airprt Kansai Osaka saorang pelajar Malaysia Fahmi Hamid sudah menunggu. Begitu juga beberapa rakan dari Melbourne juga telah selamat sampai lebih awal dari kami. Fahmi Hamid menjadi pemandu pelancung kepada kami semua. Nasib baik ada beliau .Kehadiran nya banyak membantu kami terutama mendapatkan transport dan arah yang betul ke Hotel penginapan kami.
Disini bahasa menjadi masalah untuk kita berkomunikasi memandangkan mereka hanya berbahasa Jepun. Tulisan papan tanda serta arah juga lebih banyak tulisan Kanji nya dari rumi atau bahasa Inggeris. Ksmi menaiki bas dari airport ke Namba dengan bayaran Y 1000. Ia mengambil masa hampir 1 jam. Dari situ kami meneruskan perjalanan dengan menaiki tren underground ke Nakatsu kawasan dimana hotel kami menginap.

Setakat ini makan tidak lah menjadi masalah utama kepada kami memandangkan kami telah membawa makanan segera yang biasa. Nasi  puteh juga dapat diperolehi dengan mudah. Restoran Pakistan juga tidak jauh dari hotel kami menginap hanya diseberang jalan sahaja.

Cuaca disini memang masih sejuk. Kami disambut dengan cuaca berangin yang sejuk nya mencengkan tulang. Dari bacaan di airport cuaca berada sekitar 8 celcius dan semakin menurun menjelang malam. Bibir saya sudah ada tanda tanda kering dan merekah. Harap-harap ia tidak membawa masalah kepada saya. Kebanyakkan pohon-pohon masih gondol. Tiada daun dan pucuk muda. Kabar nya bunga sakura juga masih berputik dan belum berkembang sepenuh nya. Saya masih belum menjumpai nya lagi.

Petang tadi sempat bersiar-siar disekitar namba yang merupakan pusat bandar Osaka. Secara keseluruhan nya bandar Osaka dan lain-lain bandar di Jepun ini memang sangat bersih. Tiada kelihatan sampah sarap yang dibuang dikakilima serta tepi-tepi jalan. Tiada haiwan yang berkeliaran dan tiada motorsikal seperti ditempat kita. Rata-rata mereka berjalan kaki dan menaiki basikal. Mereka berjalan dengan sangat pantas......Orang lelaki rata rata memakai kot dan bertali leher serta membawa beg seperi brief case. Sangat menarik walaupun mereka sudah pencen dan tua. Desiplin mereka sangat terserlah.....
 Apa pun segala nya di jepun sangat mahal...saya tak pasti jika saya dapat membawa ole-ole dari sini dengan bajet yang ada....
Tel langsung tiada line disini. Ia tidak berfungsi walaupun kita mempunyai rooming. Dalam erti kata lain tel yang kita bawa sim card nya tidak berguna disini. Elok juga boleh jimat bajet.
Esok cadangan hendak ke Kyoto....
jumpa lagi...

Monday, April 2, 2012

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum.
Semoga kita semua  dibawah lindungan nya dan dirahmati Allah SWT.
Semalam 1 April adalah hari kelahiran isteri saya yang dicintai.  Tiada sambutan istimewa bagi meraikan nya. Tiada juga juadah istimewa untuk disajikan kepada nya. Hanya sekadar ucapan selamat ulangtahun diucapkan kepada nya. Rasa nya ia lebih berbekas dihati. Dan ia menerima nya seadanya dengan hati yang terbuka luas.
Saya memetik tulisan dari blog Prof Kamil Ibrahim beberapa hari yang lalu.  Ia baik untuk kita renung dan amalkan..

Kisah hubungan suami-isteri yang akrab menjadi sebahagian daripada kisah kehidupan yang diidamkan.
Malah saya sangat teruja membaca satu hadis direkodkan oleh Abu Daud yang menjadikan amalan bangun malam seolah-olah sebagai pengikat kasih-sayang di antara suami-isteri.
Allahu Akbar, mudah-mudahan kita dan pasangan kita akan bertemu kembali di syurga Firdaus sebagai balasan atas  ikatan kasih-sayang dan saling cinta-mencintai di dunia dalam konteks beramal ibadat kepada Allah SWT. Baginda Rasululllah SAW menyatakan,
Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.
Di sana, cintanya tiada lagi penghujung. Ia kekal buat selama-lamanya.

Selamat Hari lahir Pn Faridah..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification