Thursday, April 5, 2012

IKUT NASIHAT KTS

Bismillahirrahmanirahim
Assalamulaikum w.b.t,
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah masih memberi kesempatan untuk saya menyambung tulisan saya...

Pada pagi kedua di Madinah, Mutawif membawa kami melawat Masjid Quba', Jabal Uhud, dan Ladang kurma. Masjid Quba' merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w sebelum baginda sampai ke Madinah. Bersembahyang di sana mendapat pahala bersamaan 1 umrah. Jabal Uhud pula merupakan tempat peristiwa perang uhud berlaku. Tentera Islam hampir menang ketika perang berlaku, akan tetapi kerana dek tak sabar nak mengaut harta rampasan perang sebagian besar tentera telah meninggalkan posisi masing-masing menyebabkan tertera Islam hampir kalah. Di sana juga tersemadi Saidina Hamzah.Saya dan Emi tidak melepaskan meluang mendaki bukit kecil Uhud yang terdapat di sana.

Di Ladang Kurma, terdapat kedai yang menjual pelbagai jenis kurma akan tetapi mutawif menasihati kami agar tidak membeli kurma di situ kerana harganya lebih mahal dari yang terdapat di pasar kurma. Kamipun membeli ala kadar sahaja...

Memandangkan masa sudah hampir masuk waktu zohor, kami tak dapat pergi ke pasar kurma. Mutawif mencadangkan agar kami naik teksi sahaja ke sana.

Sebelum itu saya ada menyimpan hasrat ingin meninjau-ninjau kawasan Masjid Nabawi. Saya masih teringat nasihat Abang Nasir..dalam usia yang masih muda, tentu ada kudrat untuk explore satu-satu tempat, jadi ambillah peluang itu. Selepas sembahyang Asar saya mengajak Emi dan Nora ke pasar Kurma. Kami menaiki teksi..mak oi tambang boleh tahan..25 rial...padahal bukanlah jauh sangat..cuma pusing-pusing je..sampai di Pasar Kurma kami membeli beberapa jenis kurma, kismis dan coklat. Balik dari situ, kami nampak Masjid Nabawi, bermakna bukanlah jauh sangat. Kami mengambil keputusan untuk balik dengan berjalan kaki.

Ada hikmah rupanya...kami dapat meninjau Masjid Nabawi dari arah belakang (arah kubur baqi')Apa lagi kami pun pusing habis masjid Nabawi. Ketika berada betul-betul di hadapan kubah hijau, saya sms Abang Nasir..Bang..saya ikut nasihat abang, saya explore masjid Nabawi...Saya betul-betul puas..alhamdulillah.

Esok adalah hari terakhir di Madinah, selepas zohor kami akan ke Mekah..Jadi malam itu saya berhasrat untuk berlama-lamaan di masjid Nabawi....pasti saya akan merindui Madinah, bandar tenang yang penuh barakah ini....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification