Friday, April 6, 2012

Melihat Kaabah Kali Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w
Assalamualaikum dan semoga dirahmati Allah..

Pernah menjadi salah satu topik perbualan antara saya dan rakan-rakan, malah saya pernah bertanya kepada Abang Danuri dan Abang Nasir, apa perasaan pertama kali melihat kaabah di depan mata? Pelbagai jawapan dan persepsi diberi. Ada yang berkata, tidak semena-mena air mata berlinangan, ada yang sebak, ada yang berasa kekaguman yang amat sangat kepada Maha Pencipta, tapi jawapan Abang Nasir sedikit berbeza, katanya..kosong...blank...., saya tidak hairan dengan jawapan itu..kerana saya memahaminya....nak dengar kisah saya?

Perjalanan dari Madinah ke Makkah menaiki bas agak lama lebih kurang 8@9 jam. Saya merasa sedih meninggalkan Madinah tetapi pada masa yang sama saya sangat teruja ingin ke kota suci Makkah. Jadi perasaan bercampur baur ini menjadikan saya seperti...susah nak diterangkan. Sebab itu juga saya tak tidur @ berehat sebelum bertolak ke Makkah. Saya berlama-lamaan di masjid Nabawi...tanpa menyedari saya bakal menempuh satu perjalanan yang agak memenatkan.

Sepanjang perjananan, bas hanya berhenti 2 kali...kali pertama di Bir Ali, di sana kami miqat (niat ihram), dan kali kedua di Restauran Zain..(agak besar). Kami menikmati makan malam nasi mandi dengan daging kambing. Makan dalam talam. Satu talam 5 orang...sedap sangat!!!(Alhamdulilllah..saya memang peminat nasi mandi)lepas tu solat jama' Maghrid dan Isyak di suraunya...

Dalam bas kami bertalbiyah...terasa sungguh syahdu...Ya Allah kami datang...terimalah kedatangan kami...Sampai di Makkah jam menunjukkan lebih kurang 11 malam. Hotel kami Wardah Ajyad. Selesai urusan beg, kami check in bilik masing-masing. Mutawif memberi kami tempoh lebih kurang 1 jam untuk bersiap. Kami harus berkumpul di lobi hotel jam 12.30 malam bagi melaksanakan umrah wajib bersama ahli jemaah. Saya terpisah daripada Kakak, Kak Ton, Nora dan Suha..mereka dapat sebilik. Saya ditempatkan dengan orang tidak dikenali. Sedikit perasaan tidak gembira di hati. Namun saya terima andai ini ketentuan-Nya. Memang betul..ini ketentuan Allah, Allah maha mendengar dan maha pemurah..saya pernah merancang untuk sebilik dengan Emi semasa di tanah air dulu, Allah telah menunaikan hasrat saya itu. Rakan sebilik saya rupanya anak-anak remaja (2 orang) yang datang bersama ibu dan adik mereka. Jadi ibu mereka minta untuk sebilik (memandangkan dalam bilik saya ada 4 katil.) Saya diminta ke bilik yang satu lagi.. lebih kecil, (ada 3 katil) maknanya saya tiada teman sebilik...apa lagi saya cepat-cepat telefon Emi...bang, turun bilik 304, kita sebilik...Subhanallah saya bersyukur sangat-sangat. Semangat saya semakin membuak-buak.

Berjalan kaki dari hotel ke Masjidil Haram lebih kurang 10-15 minit dengan jarak sekitar 400-430 meter. Sebelum masuk Masjidil Haram melalui pintu King Abdul Aziz, Mutawif memberi beberapa tips supaya tidak sesat iaitu petanda-petanda yang perlu diingati. Saya sebenarnya tidak berapa fokus lagi dengan mutawif kerana mata saya tercari-cari di mana kaabah..di mana rumah Allah..di mana.... Saat kaki melangkah menuruni anak tangga demi anak tangga hati saya tak keruan... itu dia..kaabah, bangunan petak diselimuti kain hitam, ribuan manusia sedang bertawaf mengelilinginya..bagaimana perasaan saya..saya melopong (mulut tidak adalah ternganga)terdiam, terkedu tanpa sebarang kata selama beberapa saat. Bak kata orang putih speachless. Selang beberapa saat barulah saya mengucapkan kesyukuran, memuji-muji tuhan..mungkin begitulah perasaan Abang Nasir apabila dia kata blank..dan kosong. Saya tidak mengalirkan air mata ketika pertama kali melihat kaabah.. adakah kerana hati saya keras? atau iman saya saya yang masih cetek. Saya muhasabah diri...saya takut juga kalau-kalau ini adalah petanda yang saya bukan dalam kalangan orang yang diterima Allah sebagai tetamu-Nya.

Rukun tawaf.. saya, Emi, Kakak, Kak Ton, Nora dan jemaah lain dapat lakukannya dengan baik dengan dibimbing oleh Mutawif. Selepas itu kami solat sunat, masih belum pandai mencari tempat strategik. Sembahyang di mana ada ruang. Selepas itu, mutawif membawa kami ke tempat saie (bukit safa dan marwa). Ibadat saie bermula. Di sinilah ujian bermula. Badan yang tidak rehat dari semalam, jam pula mununjukkan jam 2.30 pagi, saya mula terasa sangat letih. Saya bertanya kepada Emi, sudah berapa kali kita saie...dia kata 4 kali...perasaan saya mengatakan..bukankah sudah 6 kali dan ini adalah saie yang ketujuh...itulah bahana badan terlalu letih...tetapi saya gagahi juga, apalah sangat bersaie dengan suasana dingin (beraircond) berbanding Siti Hajar yang berlari ke sana sini di bawah terik matahari dan memijak kerikil-kerikil tajam...akhirnya tamat juga..pada masa inilah barulah air matanya bercucuran, deras mengalir walau tanpa dipinta....saya merangkul Kakak, Kak Ton dan Nora. Kami berpelukan..."kita berjaya menyelesaikan umrah pertama,"...telekong kami basah dengan air mata....Pada saat itu saya mengerti kenapa Allah mewajibkan haji ke atas hamba-Nya...falsafahnya cukup dalam..Allah itu maha pemurah kerana Dia mahu hamba-Nya merasai nikmatnya mengakui kebesaran dan keagungan-Nya. Subhanallah...SMS buat Abang Nasir lagi..entah kenapa pada waktu itu dia adalah orang di Malaysia yang saya ingati..mungkin sebagai pencungkil semangat saat-saat berjuang untuk beribadah di sini...

Selepas umrah, dan dan Emi tidak balik ke hotel, kami bercadang untuk terus menunggu subuh di sini. Inilah subuh kami yang pertama di Masjidil Haram...semoga Allah menerima ibadah kami...

3 comments:

DANURI SAKIJAN said...

Seronok membaca pengalaman pertama kali melihat kaabah...setiap orang melalui pengalaman yang berbeza-beza...pengalaman saya seperti yang pernah saya catatkan dahulu..(boleh rujuk semula archive 2009-2010)..teruskan menulis.

kts said...

memang kita ada chemistry dlm hal melihat kaabah. satu perkara yg x dapat ana buat semasa dimekah adalah bermalam di masjidilharam. merasai malam penuh barakah ditempat yg sangat suci. kalian memperolehi. syukur. mungkin ini waktu tangguh. ada beberapa perkara yg orang x buat kpd kaabah yg ana buat. ini juga satu kepuasan yg tak tergambarkan. sangat sukar menuliskan sehingga kini trevelog perjalanan ke 5 ana belum berganjak dari dalam plane semasa perjalanan pergi.

azlanlin said...

Saya berasa kagum dengan catatan yg ringkas, jelas, penuh ketelitian dan penuh dengan emosi sebagai manusia. Alhamdulillah. Timbul keterujaan yg tidak dapat dibendung agar menjadi tetamuNya...InsyaAllah.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification