Malam ini adalah malam terakhir saya di Osaka.
Pagi tadi giliran saya membentangkan kertas kerja dan dilantik sebagai Chair person. Lantikan itu tidak diumumkan tetapi saya melihat ia telah tercatat didalam buku aturcara persidangan. Alhamdulillah saya telah berjaya melakasanakan tugas yang diamanahkan kepada saya dengan sempurna. Pembentangan saya juga berjalan lancar seperti yang diharapkan sekali lagi ssaya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT yang memudahkan urusan saya sepanjang saya berada di bumi matahari terbit ini.
Petang tadi saya berkesempatan mengisi masa dengan menaiki train subway ke Studio Universal Osaka.
Di sini perjalanan sebenar nya sangat mudah. Stesyen subway ada dibawah tanah hotel penginapan kami. Ia hanya perlu turun tangga dari dalam hotel terus ke stesyen bawah tanah tersebut yang dihubungkan dengan stesyen Umeda yang menjadi Central kepada laluan -laluan yang lain. Selepas itu kita hamya perlu maencari laluan seterusnya kedestinasi yang hendak di tuju. Hanya yang agak memenatkan ialah kita tidak tahu pintu mana yang betul untuk kedestinasi yang sepatutnya kita pergi. maka ia akan mengambil masa yang lama mencari dan kadangkala tersesat jauh dibawah tanah tersebut.
Universal studio merupakan Amusement park seperti mana yang terdapat di Singapura. Masuk adalah percuma tetapi untuk memasuk taman thema untuk menaiki roller coster dan lain-lain akan dikenakan bayaran. Meskipun sudah lewat petang kami tiba manusia masih ramai yang mengunjungi taman tema tersebut. Saya hanya menikmati pemandangan dan bergambar dihadapan ikon-ikon yang terkenal sahaja seperti Hard rock cafe dan Globe Universal Studio yang sentiasa berputar.
Cuaca hari ini tidak sesejuk semalam. Hanya sekitar 14 celcius. Selepas mengunjungi Universal Studio kami menekmati suasana malam di Odonthori iaitu kawasan perniagaan yang sangat terkenal umpama jalan petaling street di KL. Walau pun hari sudah malam sekitar jam 8.00 manusia terlalu ramai disepanjang jalan tersebut. Tidak diketahui tujuan mereka tetapi yang pasti mereka semua berjalan kaki memenuhi seluruh ruang pejalan kaki sepanjang hampir 2 km itu.
Sepanjang kami berada di osaka ini tidak pernah kami melihat motorsikal ditunggang dijalanraya. Kebanyakkan mereka menaiki basikal dan berjalan kaki sahaja. Sebab itulah barangkali wanita jepun ini mempunyai tubuh badan yang langsing walaupun usia sudah tua. Malah kami tidak pernah jumpa saorang pun wanita jepun yang berbadan gemuk.
Kami juga buat malam terakhir di osaka ini mengunjungi restoran pakistan yang terletak hanya diseberang hotel penginapan kami. Malam ini kami order roti nan dan ayam tandoori sebagai menu makan malam kami. Esok awal pagi 2 orang rakan kami akan pulang ke Melbourne. Dan kami akan bertolak dari sini jam 4 55 petang dan dijangka tiba diLCCT jam 11 malam.
Waktu beredar terlalu pantas. Sejuk Osaka masih belum hilang lagi. Berat juga hati ini untuk meninggalkan bumi osaka yang telah memberikan kami pengalaman baru mengenai budaya dan tatacara kehidupan masyarakat jepun yang sangat terkenal dengan layanan mesra dan budi bahasa yang tinggi. Walaubagaimanapun Hujan emas di negeri orang hujan batu dinegeri sendiri. Saya masih tetap memilih negeri sendiri meskipun ia dihujani oleh hujan batu.....nekmat kehidupan yang Allah berikan kepada kita di negara sendiri jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara orang meskipun negeri kita idak dihujani dengan hujan emas...
Secara peribadi keindahan sakura akan sentiasa saya kenang. Suasana nya sangat romantik dengan suasana dingin yang menyegarkan namun sayang nya saya tidak dapat menikmati keindahan tersebut bersama orang yang tersayang. insyaallah jika ada rezeki saya masih sudi untuk berkunjung kesini lagi- kali ini biar lah bersama orang yang saya sayangi...Benarlah kata orang berbaloi untuk mengunjung Negara Jepun semasa Sakura sedang berkembang.....ia sangat indah umpama taman syurga didunia ini....
Sekian Arigato guzaimas..Sayonara...
Monday, April 9, 2012
Malam Terakhir Di Osaka
12:15 AM
DANURI SAKIJAN
1 comment
1 comments:
Selamt kembli dgn penlamn baru utk d kongsi bersama. Bertmbh lagi bhn rujukan utk d jdikan panduan kpd siapa yg akan musafir k luar negara. Umpmanya bgaimna nk dptkn mknan hlal. Komunasi dn mencari tempat. Tapi kena ringan mulut bertnya.
Post a Comment