Wednesday, April 4, 2012

Salam Dari Osaka

Assalamualaikum semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT.

Moshi-Moshi. Koniciwa....
Saya selamat tiba di Osaka jam 8.30 pagi waktu tempatan atau 7.30 pagi waktu di Malaysia. Perbezaan waktu hanya 1 jam sahaja namun suasana nya amat berbeza. Matahari lebih cepat terang jika dibandingkan di tempat kita. Subuh disini pada jam 4 15 pagi.

Melepasi Imigresen disini agak lama. terpaksa beratur hampir 30 minit. Kapat terbang penuh dengan penumpang. Ramai juga pelancung dan pengunjung yang datang ke negara matahari terbit ini meskipun peraturan mendapatkan visa nya sangat ketat. Alhamdulillah saya melepasi imigresen dengan mudah dan pantas setelah semua dokumen mendarat yang diperlukan diisi dengan sempurna lebih awal semasa belum mendarat lagi di dalam pesawat.

Menunggu bagasi juga tidak lambat lantaran proses melepasi imigresen sudah mengambil masa yang agak lama. Melepasi kastam juga agak mendebarkan kerana banyak juga membawa bahan makanan yang sebahagian besar nya tidak dibenarkan dibawa masuk kenegara eropah dan Australia seperti serunding daging. Dengan konfident saya lalui lorong kastam menyerahkan boran deklarasi barangan yang dibawa. Pegawai kastam bertanyakan beberapa soalan seperti mengapa datang ke Jepun sambil memeriksa passport. Saya katakan untuk menghadiri seminar dan dia bertanyakan tempat seminar diadakan. Saya menjawab dengan sempurna dan dia melepaskan saya berlalu dengan ucapan selamat terima kasih berulang kali.

Keluar dari airprt Kansai Osaka saorang pelajar Malaysia Fahmi Hamid sudah menunggu. Begitu juga beberapa rakan dari Melbourne juga telah selamat sampai lebih awal dari kami. Fahmi Hamid menjadi pemandu pelancung kepada kami semua. Nasib baik ada beliau .Kehadiran nya banyak membantu kami terutama mendapatkan transport dan arah yang betul ke Hotel penginapan kami.
Disini bahasa menjadi masalah untuk kita berkomunikasi memandangkan mereka hanya berbahasa Jepun. Tulisan papan tanda serta arah juga lebih banyak tulisan Kanji nya dari rumi atau bahasa Inggeris. Ksmi menaiki bas dari airport ke Namba dengan bayaran Y 1000. Ia mengambil masa hampir 1 jam. Dari situ kami meneruskan perjalanan dengan menaiki tren underground ke Nakatsu kawasan dimana hotel kami menginap.

Setakat ini makan tidak lah menjadi masalah utama kepada kami memandangkan kami telah membawa makanan segera yang biasa. Nasi  puteh juga dapat diperolehi dengan mudah. Restoran Pakistan juga tidak jauh dari hotel kami menginap hanya diseberang jalan sahaja.

Cuaca disini memang masih sejuk. Kami disambut dengan cuaca berangin yang sejuk nya mencengkan tulang. Dari bacaan di airport cuaca berada sekitar 8 celcius dan semakin menurun menjelang malam. Bibir saya sudah ada tanda tanda kering dan merekah. Harap-harap ia tidak membawa masalah kepada saya. Kebanyakkan pohon-pohon masih gondol. Tiada daun dan pucuk muda. Kabar nya bunga sakura juga masih berputik dan belum berkembang sepenuh nya. Saya masih belum menjumpai nya lagi.

Petang tadi sempat bersiar-siar disekitar namba yang merupakan pusat bandar Osaka. Secara keseluruhan nya bandar Osaka dan lain-lain bandar di Jepun ini memang sangat bersih. Tiada kelihatan sampah sarap yang dibuang dikakilima serta tepi-tepi jalan. Tiada haiwan yang berkeliaran dan tiada motorsikal seperti ditempat kita. Rata-rata mereka berjalan kaki dan menaiki basikal. Mereka berjalan dengan sangat pantas......Orang lelaki rata rata memakai kot dan bertali leher serta membawa beg seperi brief case. Sangat menarik walaupun mereka sudah pencen dan tua. Desiplin mereka sangat terserlah.....
 Apa pun segala nya di jepun sangat mahal...saya tak pasti jika saya dapat membawa ole-ole dari sini dengan bajet yang ada....
Tel langsung tiada line disini. Ia tidak berfungsi walaupun kita mempunyai rooming. Dalam erti kata lain tel yang kita bawa sim card nya tidak berguna disini. Elok juga boleh jimat bajet.
Esok cadangan hendak ke Kyoto....
jumpa lagi...

2 comments:

kts said...

jangan lupe pegi tengok kastel putih kat sana.

suria said...

Assalamualaikum dan semoga diberkati Allah..
Pepatah Melayu ada mengatakan jauh perjalanan luas pandangan.. Beruntungkan kerana terpilih sebagai hamba-Nya yang dapat mengembara dan melihat bumi-Nya yang luas dan umat manusia dari bangsa-bangsa yang lain. Bukan semua orang mendapat peluang itu...

Cerita dan gambar-gambar cukup untuk jadi ole-ole buat kami di tanah air..Kami? Belum tentu ada peluang untuk ke sana...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification