dengan nama Allah, tuhan seru sekelian alam.
kepada Nya kita mengharap dan memanjatkan segala doa.
pagi semalam cuti. dering telepon menunjukkan masage masuk. tentu bukan hal pejabat. emy , 'ada ziarah roskang tak isnin lepas.' ngapa? ... dah meninggal dah... ana terduduk, biar betul.... ia sakit jantung mlm isnin jam 1....
Al-fatihah
roskang, seorang pelukis. semasa meninggalnya bergelar dr. roskang, seorang pensyarah di upsi.
kami membesar bersama, tetapi berlainan usia. kami menjadi ruket apabila ia masuk uitm seiring dgn nuri. tapi lewat sedikit. kerana kami sekampung, hubungan kami sekeluarga seperti adek beradek. kami pernah berkelah bersama di PD dan ana sering mendapatkan perkembangan seninya dari nuri. semasa beliau menjadi instruktur di balai seni depan stesyen keretapi lama @ hotel majestic ana ada datang bersama nuri. begitu juga semasa di galeri seni tepi tasik sah alam. kemudian apabila beliau balik kampung mengajar di sekincan; hubungan kami makin akrab kerana ana sekeluarga sering balik menziarah ibubapa. disana kami selalu berjumpa. semasa ana bertugas di kkb, beliau mula menjadi pensyarah di upsi. kemudian setelah ana bertukar ke shah alam dan tk.intan, kami jarang bertemu. seakan terpisah.
selain adek-adek, dua org yg turut membesar dalam hidup ana dan ana anggap seperti adek-adek ana adalah amin minhad dan roskang. kami berkongsi kekurangan hidup dan cabaran dgn penuh semangat. kesusahan keluarga kami jadikan motivasi utk berubah. kami ketawa dan ceria. kami melalui segalanya dgn tabah dan sabar. ana merasakan mereka menjadikan ana mentor, kerana itu hubungan bathin kami kuat. walaupun kami tidak berhubungan.
semalam ana hanya sebak, tapi hari ini ana mengalirkan air mata. beberapa minggu lepas, ana terima panggilan dari beliau. menyangka ianya pangilan yg salah, ana tidak melayannya. rupanya itulah panggilan terakhir beliau... masih terdengar suaranya yg nakal dan ceria.. kang mat ya..kang mat ya.. aduhai, hari ini terasa betapa pilunya pemergian seorang sahabat yg kita sayangi..
Al-fatihah buat beliau, semuga rohnya dicucuri rahmat Allah swt.
blasungkawa buat beliau.
Al-fatihah..
4 comments:
Saya sebak membaca entry ini. Semenjak 2 hari lepas memang saya ingin menulis sesuatu mengenai pemergian beliau tetapi emosi saya terganggu setiapkali mengingati nya.Kesedihan itu sangat mendalam. Kali terakhir saya bercakap dengan aruah beberapa hari sebelum saya berlepas ke Osaka Japan. Suara nya ceria seperti biasa. Saya menyatakan hasrat untuk mengunjungi beliau sebaik saya pulang dari forum tersebut.
Dalam perbualan itu beliau bertanya mengenai KTS. Kata nya beberapa minggu lepas dia ada menelefon KTS-saja nak usik..kata nya kts tak kenal dia sambil ketawa...
Hari ini ketawa beliau hanya tinggal kenangan.Pemergian beliau amat sukar untuk diterima sebab itu saya tidak tegar untuk memberitahu KTS ketika saya menelefon nya hari selasa lalu...
Apa pun begitulah ketentuan Allah SWT semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..Alfatehah Amin.
ada beberapa kenangan yg tak terdaya utk dituliskan apabila mengenangkan arwah.
itulah ketentuan takdir. segalanya telah tertulis di laouhmahfuz.
marilah kita doakan agar keluarganya tabah menghadapi pemergian beliau.
sesungguhnya, merekalah yg lebih terkesan. lebih sedih, lebih merasakan kehilangan.
semuga mereka kuat menghadapi hari-hari mendatang.
insyallah.
Ya itu lah takdir Allah ia tidak cepat atau lambat...ia termaktub dalam rukun iman. Kita wajib menyakini nya. Insyaallah.
Paman, tak sangka perjumpaan kita dekat rumah Wak awal tahun ni merupakan perjumpaan terakhir dengan beliau. Kita masih ingat lagi Pmn Roskang datang ke rumah dengan Pmn Nok, bersembang siap melukis guna pen dengan air liur dia aje. Memang artistik. Semuga rohnya senantiasa dirahmati. Takziah dari kita di US.
Post a Comment