Friday, April 6, 2012

OSAKA

Hari ini bermula nya Conference saya di Hotel Ramada Osaka. Sebelah pagi hingga tengahari kami menghadiri sesi pembentangan para peserta yang ada kaitan dengan bidang kami. Yang lain-lain tak berapa sesuai dengan desiplin kami. Maka sebelah petang kami Explore tempat tempat menarik di bandaraya Osaka ini.

Cuaca hari ini sangat sejuk.. Bibir saya dah mula kering dah pecah.Tidak bawa lipstik atau Vaselin. Sebenar nya banyak jual kat sini tetapi sayang duit nak beli. Sebelah tengahari cuaca berangin diselang seli dengan gerimis menambahkan lagi kesejukan nya. Tangan dan telinga mula kebas dan gatal..petanda sejuk yang mula meresap kedalam badan.

Kami menaiki train underground. Sudah mulai serasi dengan sistem train dan tiket disini. Sudah mulai memahami bacaan peta underground dan railway sistem yang sangat canggih dan efficient. Dengan kata lain kami dah mula faham dan tidak sesat mencari line dan stesyen yang hendak di tuju. Apa yang menarik segala nya seperti jalan anai-anai didalam tanah. Dan semua shopping complex juga terletak dibawah tanah terutama yang menempatkan stesyen-stesyen besar.

Jika dilihat keadaan dipermukaan jalanraya tidak ramai manusia yang lalu lalang. Ia kelihatan lengang hanya keenderaan sahaja yang kelihatan dan tidak sesebok KL. Tetapi dibawah tanah umat manusia seperti semut...penuh lorong dan ruang..semua bergerak dengan pantas menuju kedestinasi masing.masing. Semua menaiki train samaada train biasa, train subway, dan train sangat laju yang dipanggil Shinkansen kelajuan boleh mencecah 360 km sejam.

Mereka sangat membantu jika kita bertanya atau teragak-agak seperti salah lorong keluar dan lain-lain.
Syarat nya perlu berbahasa jepun. Rakan saya En Razak sangat sangat membantu. Dia boleh berbahasa jepun dan ada pengalaman tinggal di Osaka walaupun sudah hampir 30 tahun berlalu. Segala nya menjadi mudah. Lebih lebih lagi wajah nya dan gaya serta saiz nya seperti saling tak tumpah orang jepun.

Hari ini kami sempat melawat ke Osaka Castle seperti yang disebut oleh KTS. Jangan lupa melawat istana putih di OSaka. Beliau pernah melawat istana maharaja ini pada tahun 1985 dahulu semasa beliau melawat ke jepun. Ketika itu saya masih menuntut di itm. Saya adalah waris kedua Keluarga Sakijan yang pernah menjejaki kaki di bumi Osaka dan melawat istana yang dimaksudkan.

Ia memang sebuah istana lama yang dibena untuk maharaja Jepun pada tahun 1600 tahun..Bangunan berwarna putih 5 tingkat. Di lihat dengan teliti ia memang sebuah binaan yang gah dan anggun. Apa yang menarik ia kekal dipelihara dengan baik dan menjadi tarikan pelancung. Suasana sekitar nya merupakan taman yang dipenuhi dengan pohon-pohon sakura. Kebanyakan sudah mula berkembang. Kelihatan sangat indah dan mengujakan mata memandang dengan suasana yang masih sejuk dan redup. Cukup romantik.

Hanya gambar-gambar sahaja nampak nya menjadi tatapan kita semua.
Jumpa lagi.





5 comments:

suria said...

Salam dan semoga dirahmati Allah..
Subhanallah cantiknya Jepun...bagaimana dengan bangsanya? Kalau ikut kajian, bangsanya bangsa yang rajin dan berdisiplin...tetapi kenapa dalam Perang Dunia Kedua Jepun juga merupakan antara bangsa yang ganas dan kejam?

Ini Iqbal Nasir said...

yappari sakura wa kirei na...

DANURI SAKIJAN said...

Hait mada kiri des..

DANURI SAKIJAN said...

Mereka tersedar dari melakukan keganasan selepas negara mereka di bom dengan bom atom... selepas itu keadaan bangsa mereka mula berubah dan mengikut pengamatan saya mereka menjadi suatu bangsa yang sangat rajin dan berdisiplin dalam semua segi. Mengamalkan semangat alam semulajadi seperti api air dan tanah...sebab itu mereka amat menyayangi alam semulajadi dan persekitaran supaya sentiasa terpelihara..
satu lagi mereka meletakkan seluruh jiwa dan raga mereka kepada perkara yang dilakukan.....

kts said...

castelnya masih spt yg ana pernah lihat 27 th yg lalu. tetap teguh menahan pukulan jaman. ada nostalgia pada taman dan dindingnya. kalu ade carikan topi jepun yg ada tedengnya di sebelah belakang. macam tentera jepun masaperang dunia ke-2.itupon kalau sesuai dgn kosnya. jepun memang ganas dlm masa perang dulu. etika perang memang begitu. hanya Islam saja yg mengubah etika tersebut.tapi kini ianya telah digambarkan secara salah supaya Islam juga kelihatan ganas dan zalim. walahualam

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification