8 Feb 2017
Kami tiba di KLIA jam 9.00 mlm . Penerbangan kami dijadualkan pada jam 11.30 malam . Emi dan Dr Hanif rakan sekerja telah menghantar kami ke airport.Kami telah pun membuat pendaftaran masuk lebih awal secara online. Hanya ke kaunter pendaftaran masuk untuk barang dan beg yang kamu bawa sahaja. Urusan nya agak ringkas dan mudah. Setelah menunaikan solat isyak di surau KLIA kami menunggu masa berlepas di Restoran Mc D..
Oh ya kami telah menyewa peranti internet Wifi untuk kegunaan sepanjang kami di Jepun nanti dengan kadar sewa 250.00 Ia akan berfungsi sebaik sahaja kami tiba di sana.Peranti itu perlu dipulangkan semula sebaik tiba dari Jepun.
Jam 10.30 kami melepasi kaunter imigresen dan menaiki train ke terminal Satelit bagi pelepasan ke luar negara. Jam 12.10 kami berlepas dari KLIA menuju ke Osaka yang mengambil masa selama 6 jam penerbangan dengan jadual tiba di Kansai Air port Osaka pada jam 7.00 pagi waktu tempatan.
Wajah anak -anak dan menantu kelihatan sangat teruja ..bagi mereka inilah pertama kali menaiki pesawat yang mengambil masa agak lama dan pertama kali ke luar negara kecuali Arif yang pernah sampai ke Cina dan Bali Indonesia.....Saya pula ini merupakan kunjungan saya yang ketiga ke Negara matahari terbit...Cuma kali ini lebih bermakna kerana telah ditemani semua ahli keluarga saya termasuk isteri yang tercinta.....
Setelah hampir dua jam penerbangan hidangan makan malam disediakan kepada semua penumpang..
apalagi makan lah kami diwaktu tengah malam bagi mengalas perut....penerbangan diteruskan dengan gelap malam dan menunggu waktu pagi untuk tiba ke distinasi...sesekali melayan video dihadapan bangku masing masing dan melihat kedudukan peta bagi mengetahui dimana kami berada...ZZZzzzzz.....
|
Layan... |
Kami selamat mendarat Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Osaka jam 7.00 pagi waktu tempatan dengan selamat. Kelihatan cuaca diluar hujan renyai renyai dengan suhu dilaporkan oleh juruterbang ialah 02 C dengan snow shower....
Mendengar snow shower masing masing semakin teruja....Sebaik sahaja melangkah kaki keluar pesawat memasuki airport bridge ..angin yang dingin menyapa wajah kami....Woww dingin nya tiba tiba menusuk tulang ..kami seperti memasuki peti ais yang besar....
Sekali lagi kami menaiki train menuju ke terminal utama...melepasi imigresen tidak lah lama walaupun beratur agak panjang...Jangan lupa untuk mengisi borang pendaratan Arrival Kad bagi yang bukan warganegara yang diberi oleh pramugari semasa didalam kapalterbang...
|
Selamat tiba di Kansai Inter Airport Osaka. |
|
Sejuk menusuk Tulang dan berasap mulut... |
Sudah banyak kali saya keluar negara tetapi pada hari ini saya telah didatangi oleh 2 orang pegawai dari bahagian perisikan jepun yang menemu ramah dan bertanya kan beberapa soalan sebaik sahaja saya keluar dari pintu kastam..Mereka memaklumkan ia hanya prosedur biasa..bertanyakan saya datang dari mana tujuan ke jepun..pekerjaan saya dan berapa lama saya akan tinggal di sana...setelah berpuashati dengan jawapan saya mereka bertanyakan kalau ada apa apa yang boleh dibantu..saya bertanyakan dimana terminal keretapi untuk saya ke Tsuruhashi..mereka menunjukkan arah terminal keretapi di tingkat 2 ..saya mengucapkan arigato dan sambil tunduk dia membalas nya ucapan saya...
Di luar terminal cuaca sangat sejuk...masing- masing teruja menikmati suhu sejuk yang tak pernah dirasai sebelum ini...dengan sedikit gerimis dan angin menambahkan lagi kesejukan nya..Puas menikmati suhu dingin buat pertama kali nya kami bergerak ke tingkat 2 terminal keretapi untuk menuju ke Tsuruhasi...Daripada Google map yang telah diprint lebih awal kami perlu ke Tenoji dahulu dan menukar train ke tsuruhasi...
Sambil membaca peta rangkaian keretapi di stesyen kami melihat berapa harga tiket untuk ke destinasi yang hendak dituju..900 Y seorang...untuk ke Tsuruhashi...sambil mengingat kembali macamana nak beli tiket melalui mesin tiket yang pernah saya buat beberapa tahun lalu...
Sesuatu yang bagus dan menyenangkan di jepun ialah kalau kita beli tiket dengan duit besar tak ada masalah dengan duit baki....Begitu juga jika kita membeli di kedai biasa walaupun harga nya hanya 300Y dan kita beri 10000Y baki nya tetap dipulangkan dengan senyuman dan dikira didepan kita berulangkali bagi memastikan baki nya cukup...Ia tidak berlaku di tempat kita....
Akhir nya dengan bertanyakan beberapa orang disitu kami berjaya menaiki train yang betul...maka bermula lah pengembaraan kami sekeluarga di bumi Nipon ini.......
Pengembaraan bermula......