Pagi ini kami bangun agak awal...Berikut adalah waktu solat di Osaka
03:36 AM Subuh 05:18 AM Matahari terbit11:52 AM Zohor 03:32 PM Asar 06:25 PM Maghrib 07:56 PM Isyak. Jam 5.18 pagi matahari sudah terbit di Osaka. namun begitu suasana masih lagi sunyi dan sejuk ..yang kedengaran hanyalah deruan keretapi yang silih berganti tidak jauh dari tempat kediaman kami...seolah olah ia berkhidmat selama 24 jam tanpa henti...
Rancangan hari kedua ini kami akan ke Kyoto. Ia merupakan bandar lama yang mengambil masa hampir satu jam menaiki keretapi dari tempat kami tinggal. Pada tahun 2012 saya pernah ke sana bersama rakan rakan semasa berseminar dahulu. Ingat ingat lupa dan memberanikan diri kami berpandukan Mr Google Map untuk mengetahui laluan keretapi kesana.
Sekitar jam 7,30 pagi kami menuju stesyen Tsuruhasi..selepas membeli tiket pergi balik ke Kyoto kami pun naik ke Platform untuk menaiki keretapi yang sepatut nya...namun begitu sesampai nya kami di Platform yang berkenaan langkah kami terhenti seketika... MasyaAllah.......
Orang terlalu ramai dan terkejar kejar malah berlari lari mengejar keretapi yang sampai...ia merupakan suatu pemandangan yang baru bagi kami...Akhir nya kami pun mengambil keputusan untuk bersama dengan mereka beratur menunggu keretapi yang tiba....
Tidak sampai 5 minit menunggu keretapi pun sampai...sebaik sahaja pintu terbuka ..dengan pantas orang menaiki nya dan berhimpit himpit ....dalam 2 minit pintu tertutup dan keretapi pun mula
bergerak untuk menuju ke stesyen yang berikut nya.....Kami semua termasuk didalam kelompok orang orang jepun yang ramai untuk ke tempat kerja..Suasana didalam keretapi bukan seperti sadin lagi...malah sendat tidak dapat bergerak walau seinci pun...masing masing berhadap hadapan sesama sendiri.kami hanya dapat menolehkan kepala sahaja kekanan dan kekiri malahan kebanyakkakan orang jepun bersaiz tinggi belaka..Hampir 15 minit juga kami berdiri dan memegang satu sama lain...satu pengelaman baru bagi kami apabila menaiki train yang sangat sendat dengan manusia di bumi asing.....it was a real life of japan...Bagus dan terpuji orang jepun ini mereka sangat sporting....dan mungkin sudah hari hari seperti itu mereka pasrah dengan keadaan...kebanyakkan orang jepun menggunakan kemudahan awam untuk ke tempat kerja sebab itu lah jalan raya mereka lengang dan tidak kedapatan langsung trafic jam.......sebalik nya trafic jam berlaku dihampir setiap stesyen keretapi diawal pagi sebelum waktu pejabat. Untuk mengelakkan dari berebut dengan mereka sebaik nya kita menaiki keretapi sebelum jam 7.00 pagi atau selepas jam 9.00 pagi...
Osaka Train Map.. |
Sebaik sahaja kami keluar dari stesyen cuaca mendung dan sangat sejuk..kami tak tau kemana arah hendak dituju...dengan selamba dan penuh konfident kami melintas jalan menuju kearah deretan teksi yang sedang menunggu penumpang...Arif bertanyakan kepada driver teksi arah tempat kami ingin pergi iaitu Arashiyama..bambo forest...malang nya pemandu teksi itu tidak memahami bahasa inggeris sambil menunduk kan kepala memohon maaf...Kami pun menuju ke Bus stop yang terletak berhampiran dari situ..ada peta besar dibelakang nya kami cuba melihat peta dan mencari arah yang kami hendak tuju...Arip bertanya kan lagi beberapa orang yang kebetulan lalu disitu...mereka cuba sedaya upaya membantu dengan merujuk peta tersebut juga....namun ia berakhir dengan ucapan maaf tidak dapat membantu...Akhir nya saya mengambil keputusan untuk ke bandar Kyoto dengan menaiki bas......
0 comments:
Post a Comment