Wednesday, April 5, 2017

Pengembaraan Bermula

9 February 2017

Keretapi yang kami naiki dari Kansai Airport berhenti di Tenoji dan kami bertukar train ke laluan Osaka loop untuk meneruskan perjalanan ke Tsuruhashi stesyen. Hari ini kemudahan perjalanan semakin mudah walupun untuk ke Luar negara yang tidak pernah kita kunjungi segala gala nya ada dihujung jari..Google Map banyak membantu..malah direction on line map pun sudah ada ..kita hanya perlu mengikut sahaja direction yang diberi...setakat ini segala nya berjalan lancar ..type sahaja alamat yang hendak di tuju..

kami tiba di Stesyen Tsuruhashi hampir jam 10.00 pagi. Sebaik sahaja keluar dari stesyen Mr Google telah membawa kami ke alamat rumah yang telah ditempah. Jika mengikut maklumat dari Airbnb ia terletak tidak jauh dari dari stesyen kira kira 5 minit berjalan kaki.. Afiq bertindak sebagai juru pandu arah yang mengikut petunjuk yang diberikan oleh Google...Dengan masing masing mengheret beg beroda melalui laluan kaki lima kedai tidak smpai 5 minit kami sampai dipintu masuk appartment yang disewa. Ahhh..lega sampai juga akhir nya.

Sesampai sahaja kami di entrant appartment kami tercari cari kunci rumah. Arahan nya ambil kunci didalam mangga besar bernombor 602 yang tergantung di pagar. Memang ada mangga besar tetapi didalam nya tidak mengandungi kunci..ia kosong. Saya membaca arahan dengan lebih terperinci OO kami hanya boleh memasuki apartment selepas jam 2.00 petang. Lama lagi kemana arah nak dituju dan takkan nak membawa semua beg yang kami bawa untuk diusung kehulu kehilir sementara menunggu jam 2.00 petang. Kami bercadang untuk meninggalkan sahaja beg yang kami dibawah apartment tersebut.

Sambil mencari idea yang terbaik kelihatan seperti ada wanita yang bertugas mengemas apartment tersebut diruang dalam yang dipisahkan oleh pintu kaca gelongsor. Pintu itu terbuka dan saya masuk memberitahu wanita itu untuk meninggalkan beg kami didalam sementara menunggu jam 2.00 petang. Dengan ramah dan bahasa jepun nya yang kami tak faham ia mempersilakan kami masuk dan meninggalkan beg tersebut ditepi lift. Ahh kali ini baru kami rasa lega dan bebas untuk merayau.Kami memulakan langkah dengan menaiki train semula menuju Namba Stesyen untuk bertemu dengan saorang kenalan baru ..Shino San pemilik restorant halal di kawasan Dotonbori.

Secawan Kopi berharga 500Y..huhu 100Y bersamaan Rm 4.00  Baryani sepinggan 1500Y..






                                             Sinsaibashi..Dotonbori dan stesyen keretapi....

Sekitar jam 4.00 petang kami bertolak balik ke appartment di Tsuruhashi semula. Sesampai sahaja di Appartment terus mengambil mangga kunci dan sebaik sahaja ia dibuka memang sudah ada anak kunci diletakkan didalam mangga besar tersebut..Akhir nya kami berjaya memasuki apartment di tingkat enam ....apa lagi air condition di dinding mempunyai dua fungsi sebagai pemanas dan penyejuk udara...kami pun memilih untuk mood heater bagi memanaskan ruang tamu .......
Hemmm hendak sangat merasa musim sejuk.....


1 comments:

emre said...

https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
SXM0O

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification