Sunday, April 23, 2017

NARA -BANDAR WARISAN DUNIA

Hari ketiga
Sabtu keadaan di stesyen keretapi Tsuruhashi tidak lah sebok seperti hari bekerja. Kami melihat peta laluan untuk mengetahui tambang keretapi ke Nara..450Y sehala saorang...membeli tiket melalui mesen tiket tidak lah sukar. Kita boleh memasukkan wang yang besar nilai nya dan dikembalikan baki nya dengan mudah. Setiap destinasi yang kita akan tuju sudah tertera  harga tiket untuk saorang dari stesyen keretapi yang kita akan naik. Kalau untuk 2 atau 3 orang pilih lah gandaan tiket untuk 2 atau 3 orang, tiket akan keluar apabila wang yang dimasukkan mencukupi.

Hari ini kami ke NARA..bandar ini pernah dijadikan Ibu kota  pemerentahan negara jepun suatu masa dahulu dizaman Heijo 710. Sehingga lah agama Budha berkembang pesat dan menjadi ancaman kepada pemerentah jepun pada tahun 784 pusat pemerentahan kerajaan jepun berpindah ke Nagaoka dan seterus nya berpindah ke Kyoto dan akhir sekali kekal hingga sekarang di Tokyo.

Perjalanan dari Tsuruhashi ke Nara mengambil masa lebih kurang 40 minit. Stesyen keretapi Nara merupakan stesyen yang paling akhir sekali dalam laluan tersebut. penumpang tidak lah ramai..kami dapat duduk dengan selesa sambil menikmati pemandangan bandaraya Osaka dan perlahan lahan bertukar melalui kawasan perumahan serta sawah yang sudah selesai dituai.....kemudian melalui bukit bukit yang cantik pemandangan nya dengan sesekali kelihatan tompok tompok ais memutih diatas permukaan tanah ....



Butiran ais diatas platform stesyen keretapi ke Nara








kami tiba di Nara sekitar jam 10.00 pagi.. Stesyen keretapi nya agak besar dan cantik.





Tempat yang menarik di Nara ialah NARA PARK . Ia sangat terkenal dan menjadi tarikan pelancung kerana disitu terdapat banyak rusa liar yang jinak berkeliaran meminta makanan dari pengunjung yang datang. Banyak penjual kaki lima yang menjual biskut khusus untuk makanan rusa rusa ini dengan harga 100Y sebungkus. Di taman ini juga terdapat banyak kuil kuil budha dan kuil shinto termasuk bangunan pagoda yang masih tersergam indah diperbuat daripada kayu berumur ratusan tahun. Sebab itulah ia diberinama bandar warisan dunia ileh Unesco.













Puas bermain dengan rusa rusa di taman nara cuaca kembali sejuk dan sekstika salji mulai turun..kami mencari tempat berehat dan akhir nya memasuki kafe untuk menikmati kopi panas ...secawan 500Y...huhu kopak juga duit ......meneruskan perjalanan sekitar bandar nara dan akhir nya terjumpa sebuah kedai Turki yang menjual Kebab ayam dan aiskrim Turki....boleh lah buat mengalas perut tengahari itu....






Menikmati ais krim Turki dimusim sejuk...


Puas berjalan dan menikmati musim sejuk di Nara kami kembali ke Tsuruhashi......
Jumpa lagi...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification