Thursday, April 20, 2017

Arashiyama part 2

Arashiyama (嵐山) merupakan kawasan pelancongan yang agak terkenal terletak di sebelah barat luar bandar Kyoto. Ia menjadi tarikan pelancung semenjak zaman Heian Period (794-1185) apabila golongan bangsawan jepun pada masa itu menjadikan kawasan percutian dengan alam semulajadi nya yang sangat cantik. Arashiyama lebih ramai dikunjungi pelancung semasa musim sakura berkembang dan semasa musim luruh apabila daun pokok bertukar menjadi warna warni seperti kuning merah dan sebagai nya.....

Jambatan yang diberi nama "Togetsukyo Bridge" merupakan land mark yang sangat terkenal yang merentasi sungai Hazu dan Katsura dengan berlatarbelakang bukit bukau. Banjaran bukit bukit ini lah yang diberi nama Arashiyama...



Togetsukyo Bridge berlatar belakang sungai  Hazu dan banjaran bukit Arashiyama yang diselaputi salji..

Banyak kedai dan restorant serta tempat tempat yang menarik terdapat di kawasan ini termasuk Tenryuji Temple dan satu satu nya kawasan yang menjadi tarikan pelancung ialah hutan buluh (Arashiyama's Bamboo Grove). Kawasan ini ditumbuhi oleh pohon buluh yang tumbuh sebatang sebatang, tidak seperti di tempat kita buluh tumbuh secara berumpun. Ia merupakan spesis buluh yang besar lurus dan tumbuh secara meninggi ..pemandangan nya sangat menarik.
Arashiyama's Bamboo Grove



Puas kami berjalan disekitar kawasan pelancongan ini dengan menggigil kesejukan melayan salji yang turun  dan angin bertiup agak kencang kami pun berehat dikawasan sekitar stesyen keretapi dan deretan kedai kedai menjual cenderahati sambil memanaskan badan..... banyak kedai menjual cenderamata namun harga nya boleh tahan juga mahal nya....Kami berehat sambil membeli kopi panas dan menjamah bekalan yang kami bawa iaitu roti sandwich....serta biskut kering......hemmmm sedap betul rasa nya meskipun hanya biskut kering.....hahahah...






Jam 2.00 ptg kami pun bertolak balik ke Kyoto  dengan menaiki bas menuju ke stesyen Deyachiyanagi untuk kembali ke Tsuruhashi dengan tiket pergi balik......

jumpa lagi






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification