Monday, April 3, 2017

OSAKA CITY PERCUTIAN YANG DIRANCANG (PART 3)

Awal January 2017 (Fasa keTiga)

Saya sudah memohon kebenaran keluar negara kepada ketua jabatan. Ia merupakan prosedur wajib bagi kakitangan awam yang ingin keluar negara samaada atas urusan rasmi atau persendirian seperti pergi bercuti dan termaktub didalam peraturan perentah Am atau General Order (GO).

Selain itu dokumen yang sangat penting  pasti nya Passport. Tanpa passport antarabangsa kita tidak boleh melakukan perjalanan keluar negara dan memasuki mana -mana negara di dunia ini dengan sah. Maka sekeluarga lah berkunjung ke Pejabat Imigresen di Kompleks PKNS Shah Alam setelah mengisi borang yang dimuat turun secara dalam talian.

Seawal jam 8.00 pagi mereka sudah ke pejabat imigresen..mendapat no giliran melebihi angka 50..ini menunjukkan setiap hari ramai orang yang berurusan di sini. Hampir kesemua ahli berjaya memperolehi passport masing - masing kecuali Muhammad Arif...

Dari pengkalan data imigresen beliau telah disenarai hitamkan untuk tidak dibenarkan keluar negara atas sebab tidak membuat pembayaran pinjaman PTPTN.  Beliau perlu berurusan dan mendapat kebenaran dari PTPTN bagi menarik balik sekatan perjalanan ke luar negara. Berurusan di PTPTN membuka suatu chapter yang baru dalam kesah ini.......
Ia tidak selesai pada hari itu malah disuruh datang lagi minggu hadapan untuk urusan penjadualan pembayaran semula pinjaman dan membuat perjanjian yang baru. kata nya urusan untuk awal tahun 2017 telah ditutup dan akan dibuka semula pada minggu hadapan..

Seminggu berlalu berurusan semula di PTPTN ..kata nya urusan penjadualan semula belum dibuka..perlu tunggu dengan tarikh baru yang tidak dapat dipastikan bila ...kata pegawai dikaunter PTPTN tersebut...waktu semakin suntuk hanya tinggal 2 minggu untuk berlepas..Aduh..tak kan nak tinggal kan arif.sorang..tiket dah beli ....pikiran semakin buntu..

Keesokan hari nya timbul satu idea untuk melayari portal PTPTN...kebetulan terdapat talian aduan jika menghadapi sebarang pertanyaan...lantas saya menelefon no tersebut..Saorang pegawai wanita menjawab dihujung talian..saya memperkenalkan diri dan menyuarakan masalah yang dihadapi..setelah memberitahu maklumat yang diminta termasuk tarikh berlepas ..beliau dengan mesra sudi membantu iaitu peminjam perlu membayar sekurang kurang nya 25% dari tunggakan pinjaman. Bayaran boleh dibuat secara online dan wassap kan resit bayaran kepada nya sahaja dan penjadualan bayaran  semula serta perjanjian boleh diuruskan setelah kembali dari luar negara.

Pembayaran 25 % langsung dilakukan secara online melalui Maybank2u...dan diwassapkan kepada nya. Keesokan hari nya sekatan keluar negara diportal Imigresen telah ditarik balik. Akhir nya Muhammad Arif berjaya memperbaharui passport beliau .....sehingga kini bayaran bulanan pinjaman seperti yang diberitahu terus dibuat melalui online dan tidak melakukan penstrukturan semula pembayaran balik pinjaman dan perjanjian seperti yang dicadangkan . Sehinga kini apabila disemak larangan sekatan keluar negara masih dimansuhkan......

Nota..
Semak dan selesaikan dahulu pinjaman PTPTN jika ingin keluar negara seawal mungkin supaya tidak menjejaskan perancangan dan urusan yang lain ...

Berakhir satu episod ...masuk fasa ke 4..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification