Saturday, April 8, 2017

Malam pertama di Osaka

Pertama kali memasuki Appartment yang kami sewa tidak ada ucapan yang lebih baik dari mengucapkan syukur dan Alhamdulillah kepada Allah SWT...apa tidak nya seharian kami berasa seperti bergerak dan melalui suatu kehidupan didalam ruang peti ais besar yang sangat sejuk Seharian berada diluar bangunan suatu pengalaman baru yang sangat asing dan mengujakan...Didalam rumah suasana nya agak selesa meskipun kesejukan nya masih menusuk tulang...

Apartment yang kami sewa memuatkan seramai 7 orang penghuni dewasa. Satu bilik tandas asing ..bilik mandi attach dengan ruang basuh pakaian serta menjemur kain. Satu ruang tamu sekali dengan dapor yang ringkas ..peti ais.. tv termasuk portable Wifi yang boleh dibawa kemana mana sahaja dan satu wifi permenant didalam rumah....serta mesen basuh..satu bilik tidur katil double...Agak selesa meskipun kecil.  Semua peralatan dalam keadaan baik dan boleh digunakan..Syarat nya kemaskan semula ..letak ditempat asal dan cukup bilangan nya apabila kita cek out...tidak ada siapa yang bertanya atau datang untuk memastikan semua peralatan dan keadaan kemas seperti sedia kala..segala nya hanya dengan kepercayaan dan tanggungjawab penyewa .....

Masing masing mahu menggunakan bilik air ..maklumlah hampir satu hari satu malam kami tidak berpeluang untuk menggunakan bilik air bagi menguruskan diri seperti mandi berus gigi dan sebagai nya....Sesuatu yang sangat mengagumkan dijepun ialah hampir segala gala nya menggunakan aplikasi digital..terutama tandas dan bilik air...Saya memberitahu anak anak untuk membiasakan dulu dengan butang-butang switch yang ada bersebelahan mangkuk tandas atau bath tub...Biasa nya tidak banyak paip manual yang dipasang didalam bilik air. Oleh itu kita mesti mengetahui butang mana yang hendak ditekan dipanel kawalan mengikut fungsi yang dikehendaki... Masalah nya semua bahasa ditulis dalam tulisan Nippon.....hahhahaha..try and era jer lah.....Tandas tidak berfungsi selagi kita tidak duduk diatas mangkuk nya.....

Secara ringkas boleh lah saya terangkan seperti berikut:
Shower untuk pancutan air ke punggung dan tekanan pancutan air boleh dikawal dengan melaraskan Spray Strength. Untuk menghentikan pancutan tekan Stop. Tandas kami juga mempunyai penderia dimana sekiranya anda tidak duduk diatas nya  mangkuk panel kawalan tidak berfungsi. Jadi jangan risau kerana pancuran air tidak akan berlaku ketika anda memakai seluar semula...
Bidet digunakan khas untuk kaum wanita...
Terdapat juga butang untuk pancuran air berirama..kawalan suhu air dan sebagai nya. Apa yang menarik terdapat hembusan angin suam dari bawah untuk mengeringkan punggung selepas pancuran...Hahahaha ini memang Win.....Di setengah tempat tandas awam terdapat penutup tandas automatik, dimana sekiranya pengguna datang ia terbuka dengan sendiri dan tertutup dengan sendiri sekiranya pengguna meninggalkan nya..Ada juga semburan pewangi automatik selepas penggunaa dan sebagai nya.....

Terdapat juga saluran paip kecil di atas pam tandas. Selepas tangki air kosong selepas dipam, air akan masuk semula melalui paip ini dan jatuh kedalam tangki air melalui lubang kecil di atas tangki. Jadi sebagai langkah penjimatan air, air yang keluar dari paip ini digunakan untuk mencuci tangan. Maka tiada kepala paip air tambahan disebelah tandas dan tandas akan sentiasa kering.


Jam 5 petang keadaan sudah mulai gelap di Osaka..jam 7 malam seperti sudah pukul 9 atau 10 mlam..suasana agak sunyi .tidak ramai orang yang masih berjalan dikaki lima kedai dan lorong. Masing masing berjalan dengan pantas untuk mengurangkan kesejukan barangkali .Ramai juga yang menunggang basikal termasuk yang menggendong anak kecil dalam kedinginan malam.Apa yang menarik disini tiada deruman motorsikal langsung yang kami dengar...Kedai kedai juga banyak yang tutup awal sekitar jam 8.00 malam hanya kedai kedai seperti family mart yang masih beroperasi...Kami memerhatikan lorong dan jalan dari tingkap tingkat enam apartment kami. Suasana sejuk dan sunyi amat mendamaikan sekali..kelihatan bulan mengambang dilangit menambahkan seri pemandangan malam itu dengan habuk salji SNOW DUST sesekali melayang layang didepan mata bersinar oleh pancaran lampu jalan...Ohhhh sungguh indah....

Malam itu kami tidur berselimut tebal...buat pertama kali saya tidur dengan memakai stokin dan glove tangan....sesuatu yang tak pernah dilakukan di negara sendiri.....dan kami tidur dengan perut beralaskan mee maggi serta roti....Suatu pengalaman baru yang sangat menarik buat kami sekeluarga.....Malam itu kami tidur dalam suhu -2C......

Jumpa lagi...





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification