Sunday, April 16, 2017

SNOW IN MY HART

Sementara menunggu bas tiba dan mengambil keputusan untuk menaiki bus no 2 cuaca dirasakan semakin sejuk meskipun jam baru menghampiri angka 11.00 pagi.....tiba tiba kelihatan seperti debu putih berterbangan jatuh dari langit ....semakin lama semakin banyak dan agak besar tetapi ringan dan cair ditangan......Wah...Salji rupa nya..semakin lama semakin lebat dan kami tidak melepaskan peluang untuk merasai nya serta merakamkan fenomena yang buat kali pertama kami temui sepanjang hidup ini......

Salji yang turun tidak lah lama ..hanya sekitar 5 minit sahaja selepas itu ia berakhir dan cuaca di langit seakan kembali cerah ....kami akhir nya menaiki bas untuk menuju ke Kyoto City bagi meneruskan perjalanan ke Arashiyama....Bas yang kami naiki agak penuh...kami hanya berdiri memegang palang sambil berdiri..di bahagian  dinding bas ada dinyatakan laluan dan stesyen yang akan dilalui. Seperti keretapi pintu naik dan keluar akan terbuka secara automatik setiap kali tiba dipondok menunggu bas di tepi jalan tanpa mengira ada penumpang yang akan naik atau turun. Pintu untuk naik hanya dibahagian tengah bas manakala pintu untuk turun dibahagian hadapan sebelah kiri pemandu. Penumpang akan memasukkan syiling atau menunjukkan pas harian apabila hendak turun. 
Kami masih tercari cari arah laluan sebenar ke Arasyiyama...hampir 15 minit menaiki bas naik saorang lelaki jepun separuh usia dan berdiri disebelah saya..lantas saya pun bertanya beliau arah untuk ke Arashiyama...beliau boleh berbahasa inggeris dengan agak baik....Lalu beliau meminta kami turun ditempat mana dia turun dan meminta kami menaiki  bas yang lain untuk ke Arasyyama..dengan menyeberangi jalan serta berdekatan dengan stesyen keretapi Emoji...Beliau juga menasihati kami untuk membeli One Day Pas Bus Ride yang berharga 500 Y saorang..dan kami boleh menaiki bas seharian tanpa perlu membayar tambang.... cukup hanya menunjukkan One Day Pas bus tersebut kepada pemandu. Pas itu pun boleh dibeli daripada pemandu bas tersebut....Jika pas bas tersebut sudah tidak mahu digunakan lagi ia boleh disedekahkan kepada orang lain untuk menggunakan nya dalam tempoh satu hari yang sama....
Akhir nya hampir jam 12 tengahri kami sampai juga di Arashiyama....Apa yang menarik ketibaan kami telah disambut dengan salji yang turun dengan agak lebat dan lama.....Apa lagi bermain hujan salji lah kami ...Dikala orang tempatan memakai payung atau beredar masuk ke tempat teduhan ...kami pula dengan riang dan jakun bermain hujan salji ditepi jalan dan kawasan lapang.....Kelihatan ramai juga yang beraksi seperti kami....sah lah itu bukan orang tempatan ..mereka pelancung seperti kami datang dari negara yang tidak mempunyai musim salji seperti di Jepun.....beberapa video yang sempat dirakamlan......





Arashiyama Part 2..............................







0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification