Wednesday, November 21, 2012

MAKATUL MUKAROMAH-HARI-HARI YANG DILALUI

Assalamualikum Moga para pembaca blog ini di rahmati Allah SWT.

Hotel Massat Al-Hariri (Maktab 93 Tabung Haji)
Saya tidak menyedari bahawa hotel kami terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan Maala yang sangat terkenal dengan keluasan nya. Setiap hari seawal jam 2.30 pagi saya melalui jalan bersebelahan dengan perkuburan ini untuk ke Masjidil Haram bersebelahan tembok yang tinggi dan menjadi tanda tanya saya untuk beberapa hari apa sebenar nya disebalik tembok tersebut.

Laluan harian ke masjidil haram. Sebelah tembok ini menjadi tanda tanya selama 3 hari

Akhir nya tanda tanya tersebut terjawab setelah hampir 3 hari. Apabila saya menaiki lift kebumbung hotel untuk menemankan isteri menyidai kain basuhan maka perkuburan ini dapat dilihat dengan jelas sekali. Disini juga terletak nya makam Saidatina Khadijah isteri Rasulullah yang pertama. Jasad nya dikuburkan di sini dan ia boleh dikenali dengan mudah kerana hanya ada sebatang pokok sahaja yang tumbuh menghijau dan disitulah letak nya makam Saidatina Khadijah. Dibahagian lain tidak ada sebatang pokok pun yang tumbuh atau ditanam dan hanya batu-batu sahaja menjadi penanda batu nesan. Kabar nya sesiapa yang meninggal dunia dan di solatkan di Masjidil Haram akan dikuburkan disini. Ia masih digunakan sehingga sekarang.

Ini lah Perkuburan Maala pandangan dari atas
Hotel kami terletak hampir 1 km dari masjidil Haram. Secara metrik jarak nya ia agak jauh jika dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang disewa oleh tabung haji. Ramai juga jemaah yang mengeluh kerana jarak yang agak jauh dan terpaksa berjalan kaki dengan sedikit mendaki bukit disekitar laluan masuk pintu utama sebelah Marwah. Dengan berjalan kaki ia mengambil masa hampir 20 minit dari hotel penginapan dan melebihi 1200 langkah. Ia cukup untuk membakar lemak lemak dibadan dan mengeluarkan peluh meskipun berjalan pergi ke masjidil haram diawal jam 2.30 pagi.


Inilah laluan kami setiap hari. Gerai ini baru sahaja siap selepas seminggu kami tiba.
Keadaan akan menjadi lebih mencabar disebelah siang hari terutama untuk berjalan ke masjidil Haram bagi menunaikan solat Zohor dan Asar kerana ketika itu cuaca sangat panas berbahang dan berdebu dengan sinaran matahari yang cerah dan menyilaukan mata. Ditambahkan lagi dengan nasihat dari pehak tabung haji yang meminta para jemaah menjaga kesihatan serta mengelakkan dari panas matahari yang terik dan mudah terkena batuk serta demam ..akhir nya ramai jemaah haji yang kecundang untuk menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah di Masjidil haram.

Laluan kami di lihat dari atas hotel
Laluan ke pintu masuk Marwah ,Pembesaran Masjidilharam sedang rancak dijalankan

2 comments:

nasirsakijan said...

ana yg duduk lebih hampir dgn masjidilharam dan melalui jalan yg lebih nyaman, kerana menurun deretan kedai baju dan sorban juga kecundang utk solat 5 waktu di masjidil haram.
subhanallah,
pencapaian tuan haji lebih baik tahun ini..

PE said...

Harapan nya Semoga orang lain yang menunaikan hj lepas ini menjadi lebih baik lagi setelah membaca entry ini...ia hanya sekadar coretan dan moga ia menjadi inspirasi yang berguna kepada khalayak semua....ana memohon keampunan Nya.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification