Assalamualaikum Selawat dan salam keada Nabi Muhammad SAW junjungan kita semoga kita semua dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah sudah 5 hari saya dan isteri kembali ke tanahair setelah menunaikan ibadah Haji rukun islam yang ke 5 setelah berada selama 46 hari di Tanah Suci. Suatu jangka masa yang agak lama dipermulaan nya tetapi terlalu cepat berlalu dipenghujung perjalanan.
Labbaikallah Hummalabbaik, Labbaikala Sari kala kala baik...innalhamda Wannikmata Lakawal Mulk La sarikalak....(Hamba mu datangmenyahut panggilan Mu- Tiada sekutu bagi Mu Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan mu ..tiada sekutu bagi Mu).
Tanggal 19 Sept 2012 selepas solat Isyak Jemaah surau dikawasan perumahan ku berkunjung kerumah untuk meraikan keberangkatan kami berdua ketanah suci. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Jam 9 30 malam Azan dan doa musafir dikumandangkan oleh Ustaz Taqiuddin di halaman rumah. Suasana sangat syahdu dan sedikit emosi. Saya bertahan...saorang demi saorang bersalaman sambil memeluk ku dengan ucapan doa semoga mendapat haji yang Mabrur...Insyaallah Amin.... itulah ucapan balas ku...aku masih bertahan ...tak ku sangka begitu ramai rakan jemaah yang hadir untuk memberi ucapan selamat jalan kepada kami berdua mereka terus meminta saya memasuki kereta Alphad emi yang sedia menunggu ...aku melambaikan tangan. Didalam kereta sebak didada tak dapat di bendung lagi.......dalam diam ia mengalir keluar juga ....dalam kesamaran malam terasa pemergian ini telah disertai doa dan harapan yang begitu tinggi oleh rakan-rakan kejiranan kami..
Ya Allah aku menyahut panggilan Mu tiada sekutu bagi Mu jadikan lah kami tetamu mu yang istimewa ..yang sangat istimewa sebagaimana kami merasai istimewa nya kami dihantar oleh ramai rakan-rakan kejiranan kami...
Di kelana Jaya jam 1.00 malam setelah bersalaman dengan anak-anak dan adik beradik yang menghantar kami memasuki dewan menunggu. Kami melangkah dengan tenang dan biasa sahaja. Ia bukan perjalanan sulung kami keluar negara malah bagi diriku ia seperti proses perjalanan ke luar negara yang acapkali saya lakukan. Malahan ia adalah kali kedua perjalanan kami ke tanah Suci selepas kami mengerjakan Umrah dipenghujung Dis 2009 yang lalu. Jam 2 30 sekali lagi azan dikumandangkan untuk mengiringi kami menaiki bas ke KLIA. Diiringi oleh polis trafik bermotor sikal 8 buah bas berjalan lancar tanpa gangguan lampu isyarat menuju ke KLIA dan kami terus menaiki pesawat tanpa memasuki terminal biasa. Walaubagaimanapun berlaku sedikit kelewatan dan kami berlepas ke Madinah jam 6 15 pagi. Ya Allah selamat kan lah perjalanan kami..kami datang kerana mu untuk beribadah kepada mu......dan menyahut panggilan mu...ampunkan lah kami...
Penerbangan mengambil masa hampir 8 jam tanpa henti terus ke Madinah. Kami hanya makan dan tidur sepanjang penerbangan ..saya sempat membaca surah Al Baqarah sebelum mata lelap beberapa kali....Kami selamat mendarat sekitar jam 8 30 pagi waktu tempatan hari Jumaat 20 sept 2012.
Proses Imigresen berjalan lancar dan pantas. kami tidak menunggu lama untuk berbaris tidak seperti kunjungan kami dahulu di jedah yang mengambil masa berjam-jam. Passport Saya juga tidak mengambil masa yang lama untuk dicop oleh pegawai bertugas ..data pribadi saya dah ada dalam rekod komputer mereka tersimpan semasa kunjungan umrah kami dahulu....yang lain lain perlu diambil gambar dengan kamera mereka..Alhamdulillah setakat ini segala nya berjalan lancar.........
jumpa lagi
Sunday, November 11, 2012
Labbaikallah Humma Labbaik - labbaikala Sari Kalakalabaik
12:32 PM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment