Ia sebuah bandar yang tenang, aman teratur dan bersih. Penduduk nya juga lebih ramah jika dibandingan dengan mekah. Cuaca yang panas dan berbahang menyambut ketibaan kami di sini. Hotel Andalus Khair berhadapan dengan hotel Moven Pick yang terkenal dengan pusat membeli belah didalam nya, terletak di penghujung pagar dan pintu masuk masjidil Nabawi sebelah kanan sekali menjadi tempat tinggal kami. Bilik kami di tingkat 5 hotel tersebut.
Perjalanan dari air port ke hotel mengambil masa hampir 1 jam dengan kesesakan jalanraya. Hampir jam 12 kami tiba di hotel. Saya tinggalkan semua beg dilobby hotel dan terus bergegas menuju masjidil Nabawi untuk solat Jumaat. Beberapa orang jemaah haji yg lain mengikuti saya. Waktu semakin suntuk dengan pengalaman yang ada saya terus memasuki masjid dari pintu sebelah kanan. Kelihatan tiada ruangan kosong lagi didalam. Saya yakin masih ada tempat untuk saya rukuk dan sujud didalam. Akhir nya saya solat jumaat didalam masjid dilaluan pejalan kaki yang berlapik getah. Alhamdulillah itulah solat yang pertama saya di sini dan jumaat yang pertama. Usai solat jumaat saya dan saorang rakan sebilik (haji Sharif) dari kg delek kelang terus kehadapan melalui pintu babus salam menuju makam Rasulullah untuk ziarah dan menyampaikan salam rakan rakan. Dengan bersesak sesak dan bertolak-tolak akhir nya kami melepasi makam nabi dan sahabat dengan rasa sebak dan rasa syukur yang sangat dalam. kami pulang ke hotel yang jarak nya hanya beberapa meter sahaja dari pagar masjid untuk menguruskan beg dan makan tengahari.
Bilik jemaah wanita yang menjadi pasangan kami hanya terletak sebelah menyebelah sahaja di hotel tempat tinggal kami. Ia suatu susunan yang memudahkan kami semua yang mempunyai pasangan. Namun penggunaan telefon bimbit adalah lebih praktikal dan tidak mengganggu orang lain untuk pasangan berkomunikasi tanpa perlu mengetuk pintu bilik pasangan masing-masing. Oleh kerana jarak masjid yang dekat dengan hotel dan kawasan khas untuk jemaah wanita telah ditetapkan maka lebih mudah bagi mereka ke masjid bersama rakan-rakan sebilik. Kami hanya bertemu di lobi hotel sahaja untuk makan atau pergi berjalan jalan. Dan saya pergi sendiri atau dengan rakan yang mempunyai matlamat yang serupa setiap kali masuk waktu solat.
Ketika ini ruangan solat masih banyak yang kosong. kecuali kawasan Raudah yang sentiasa penuh dan sesak dengan pengunjung yang ingin solat dan mendapat keberkahan nya. Hari pertama saya mengintai-intai peluang untuk memasuki nya namun kelihatan seperti tiada ruang langsung untuk saya kerana mereka beratur panjang untuk memasuki nya. Di tambahkan lagi dengan keletihan yang masih belum hilang akhir nya saya memutuskan untuk mencuba nya diwaktu malam selepas jam 3 pagi untuk solat subuh sekali.
Pagi itu seawal jam 3 pagi saya memasuki pintu babus salam terus menuju Raudah..Masyaallah orang sudah ramai beratur menunggu giliran untuk memasuki nya. Di dalam kawasan raudah penuh dengan orang yang berdiri dan duduk sambil menunggu waktu solat subuh. Saya solat tahajud dan sunat sambil memohon kepada Allah untuk memudahkan saya memasuki raudah. Namun sehingga azan subuh berkumandang tiada tanda yang membolehkan saya memasuki nya dengan mudah. Saya akur dan pulang ke hotel selepas subuh. Rakan sebilik bercerita mengenai pengalaman memasuki raudah.
Saya agak sedih kerana belum berjaya memasuki nya dan berasa Allah belum memakbulkan doa yang saya panjat kan.
Jam 9 pagi saya saorang diri menuju Masjidil Nabawi dengan tujuan untuk solat Duha. Memasuki Babus salam terus menuju ke makam Rasulullah melihat orang berbaris untuk memasuki raudah terasa sedikit lapang lantas saya memasuki barisan dan beberapa ketika saya sudah berada didalam Raudah. Alhamdulillah Saya menunaikan solat duha dan sunat taubat dengan tenang dan aman. Saya rasa bersalah dengan Allah kerana berburuk sangka dengan Nya malam tadi ..rupa nya Allah tangguhkan kemasukan saya ke Raudah sehingga waktu yang sesuai dan mudah untuk saya. Lantas saya terus berdoa agar waktu duha ku setiap hari sentiasa ada di raudah ini sepanjang tempoh saya berada diMadinah. Benar sehingga hari terakhir Allah berikan saya ruang untuk solat duha didalam Raudah..Allohuakbar.
Ini lah lukisan yang ada dibelakang Makam nabi dianjung Fatimah |
Jumpa lagi
0 comments:
Post a Comment