Thursday, September 13, 2012

MAJLIS KERAIAN

Assalamualaikum Smoga kita semua di rahmati Allah
Diucapkan terima kasih kepada semua sedara dan sahabat , jiran tetangga yang hadir ke majlis  doa selamat sempena keberangkatan kami ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji  pada Ahad 9 hb September lalu. Majlis diadakan secara sederhana dengan bacaan doa diawal pagi selepas subuh di rumah kecil saya.

Ia juga majlis kenduri yang julung-julung kali diadakan di rumah saya sendiri. Alhamdulillah segala nya berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan segala nya. Ia berakhir hingga lewat petang dan sehingga ke malam masih ada tetamu yang hadir ke rumah saya. Majlis ini disamping sempena keberangkatan kami ke tanah suci secara tidak langsung dapat memperkenalkan semula kami sekeluarga dengan jiran-jiran kariah perumahan di tempat kami setelah sekian lama terpisah. Kesudian mereka yang ramai hadir memberi rasa kami masih diterima dengan baik dan berkenal kenalan semula sekaligus menambahkan rasa ukhwah dikalangan masyarakt sekeliling. Alhamdulillah.

Majlis meraikan kami berterusan dari sehari kesehari. Isnin lalu kami berdua diraikan oleh kenalan lama Timbalan rektor Akademik kampus Machang kelantan di sebuah restoran sempena kehadiran beliau ke Shah Alam. Begitu juga Malam semalam kami diraikan pula oleh Timbalan Rektor Penyelidikan Kampus Machang dalam majlis makan malam. Dan pada tengahari ini akan diraikan oleh rakan sejawat di restoran Sahara Tent SS 9. Kami sangat berbesar hati dan memanjat kesyukuran kepada Allah SWT.

Kami rasa bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberikan kami rasa keistimewaan lebih awal sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebagai tetamu nya yang istimewa. Semoga doa-doa rakan jiran tetangga sahabat adik beradik yang dipanjatkan kepada Allah khusus bagi mendoakan kami memperolehi Haji yang Mabrur dan sentiasa di permudahkan segala urusan dan ibadah kami di kurniakan kesihatan fizikal dan mental semasa kami di Tanah Suci dikabulkan oleh Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik kalian semua. Amin.

InsyaAllah akan saya sampaikan salam kalian kepada Rasulullah SAW Nabi  Junjungan kita dimasjid Nabawi dan mendoakan agar kalian semua diberi peluang dan ruang serta keupayaan untuk sampai ke Tanah Suci bagi mengerjakan Haji dan Umrah suatu hari nanti. Amin


Selamat Hari Lahir.

E Kad Ucapan Selamat Hari Lahir. T kasih

Hari ini adalah hari  lahir saya yang ke 50. Ia merupakan suatu angka yang semakin membesar tetapi jangka hayat yang semakin mengecil. Allohuakbar. Secara tidak disedari saya sudah memasuki separuh abad usia. Terasa waktu bergerak dengan pantas. Memori kesah silam yang ditinggalkan di belakang kita masih jelas dalam ingatan. Segala amalan yang burok dan yang baik juga masih jelas kelihatan. Saya berdoa agar hari-hari yang mendatang Allah berikan hidayah kepada saya untuk memperbanyakkan amal ibadah, membuat kebaikan,  dan menjauhi kemaksiatan serta perkara-perkara yang melalaikan serta merugikan dengan balasan dosa yang membawa ke neraka. Ya Allah aku memohon keampunan mu..Aku bersyukur keatas segala nikmat yang telah engkau kurniakan kepada ku, nikmat kesihatan tubuh badan, nikmat pancaindera yang sempurna, nikmat berkeluarga, nikmat melihat dunia ini dalam situasi dan budaya yang berbeza-beza dan segala nikmat yang sering saya lupakan dan juga saya rungutkan. Allohuakbar aku bersyukur keatas usia yang telah engkau berikan kepada ku malah tak terbalas segala nikmat yang engkau berikan selama hayat ini. Sesungguh nya aku terlalu kerdil dan daif disisi mu......Astaghfirullah hal azim...aku memohon keampunan mu..
 Jumpa lagi Wassalam




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification