Monday, February 27, 2012

Masih Perjalanan ke 5

 Assalamualaikum semoga dirahamati ALLAH.
Sudah 3 kali saya mengikuti kursus haji bagi tahun 1433 hjrah. Ia masih berkisar kepada sejarah, falsafah dan pengenalan haji. Ia sesuatu yang baik kerana kita perlu memahami secara mendalam terutama dari segi falsafah nya. Sejarah pula memberi gambaran serta penghayatan yang lebih kepada sesuatu tempat yang bakal kita kunjungi kelak. Misal nya Kaabah, sai, air zam-zam, makam Ibrahim dan lain-lain.

Sepintas lalu gambaran tempat yang dinyatakan oleh penceramah dapat dibayangkan kerana saya pernah mengunjungi tempat-tempat tersebut. Bagi yang belum pernah sampai mungkin agar sukar untuk membayangkan nya sebagaimana yang diminta oleh Ustaz penceramah. Rakan sekursus saya telah membawa surat tawaran dari Tabung Haji.Kata nya baru sampai kelmarin. Wajah beliau nampak berseri-dan penuh semangat. Saya masih menunggu...Insyaallah jika Allah sudah tentukan ia akan sampai kepada saya juga .

Rakan sekursus kali ini tidak lah begitu ramai sekitar 62 orang. Kabar nya kursus yang diadakan di masjid negeri mencecah 1000 orang. Majoriti di tempat saya adalah mereka yang berumur lebih dari umur saya. Kelihatan nya begitulah. Ada juga beberapa orang yang masih muda kerana membawa anak-anak yang masih kecil turut serta.

Sekarang ini keadaan di bumi Mekah dan Madinah sedang dikunjungi oleh tetami Allah yang sedang mengerjakan Umrah. Khabar nya orang terlalu ramai tak ubah seperti musim Haji. Untuk solat subuh pun kena pergi seawal jam 3 pagi untuk dapat memasuki Masjidil Haram. Jika terlewat bakal solat di luar sahaja. Begitu juga dengan tawaf..ramai yang bertawaf diatas bumbung. Saya dapat bayangkan  nanti bila emi dan syam kesana bulan hadapan cabaran nya pasti lebih besar dibandingkan semasa saya pergi dahulu.

Pada tahun 09 dahulu saya kesana bukan atas visa umrah. Sebalik nya ia adalah visa ziarah + umrah.Saya pergi ketika musim umrah masih belum dibuka. Ia masih dipenuhi oleh orang yang mengerjakan haji yang belum pulang ketanahair masing-masing. Suasana nya tidak begitu ramai. Setiap tahun selepas musim haji tamat kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan visa umrah selama 3 bulan. Ia adalah untuk kerja-kerja pembaik pulih dan sebagai nya. Namun begitu visa dikeluarkan untuk ziarah dan boleh mengerjakan umrah sekali. Kos nya agak lebih sedikit dari musim umrah biasa. Tetapi kebaikan nya Makah dan Madinah memang lengang ketika itu. Jika ada sesiapa yang ingin beribadah sepuas mungkin dengan jumlah pengunjung yang minimum pergilah pada masa itu. Insyaallah nikmat nya hanya mereka yang pernah kesana dapat merasai nya..Subhanallah...

KTS sambunglah lagi travelog haji ente. Ia suatu pengalaman yang baik untuk dikongsi bersama. Zaman dahulu pengalaman seperti ini amat kurang kita dengar. Sesiapa yang pulang dari mengerjakan haji amat jarang yang mahu bercerita menyampaikan pengalaman mereka kepada orang lain. Ia umpama hak eksklusif sendiri. Natijah nya orang muda seperti kita tak ambil pusing pun mengenai nya lebih lebih lagi untuk pergi kesana diusia masih muda. Sekarang seolah-olah seperti gelombang baru untuk orang-orang muda berkunjung kesana. bagi mereka yang mempunyai kemampuan kewangan mengerjakan umrah sudah menjadi suatu perkara yang biasa. Haji pula kita perlu menunggu giliran.Yang mendaftar sekarang akan berpeluang untuk le tanah suci kra-kira 50 tahun lagi.

Betul kata KTS menyimpan lah dari sekarang dan daftar lah masuk nama untuk menunaikan HJ. Kelewatan mendaftar akan menyebabkan peluang kesana menjadi semakin nipis dan semakin tua.

jumpa lagi


Saturday, February 25, 2012

malam

kau datang
dengan seberkas kesedihan dibahu
berkurun, menggalas tanpa jemu
tiada siapa yang mahu.
malam ini
ku serahkan kesedihanku
buat bahumu makin sarat
dan dadaku lapang seketika.

malam
kau datang
dengan sekarung kesepian ditangan
berzaman, mengusung tanpa lelah
tiada tempat untuk dititip.
malam ini
ku isikan kesepianku
kedalam karungmu
dan jiwaku tenang seketika.

malam
kaulah sahabat sejati
dikala sedih dan sepi
kaulah teman setia
jiwa resah dan terseksa.

mana wajah sepimu
mana rona dukamu
yang tersemunyi didalam
selubung rahsia.

malam ini
aku datang kepadamu
dengan pasrah dan rela
memasuki dunia gelap mu.

nasirsakijan.

tahukah kalian
Allah swt menjadikan malam penuh dgn mistri.
selama ini set minda kita menyatakan bahawa malam untuk berehat dan tidur. setelah penat bekerja siang yang penuh dengan berbagai kerenah dan cabaran. kita bersyukur kerana Allah swt mengadakan malam buat kita bersedia untuk menghadapi kerja esok hari dgn segar.
adakah ini mistri malam. waktu kosong buat persediaan hari esok.
nombor kosong memang mistri. tiada mula dan akhir. kita boleh menulis kosong dari atas, bawah, kanan dan kiri. tidak pada nombor lain. tetapi waktu kosong sangat tidak disukai Allah. ianya akan diisi syaitan dengan perkara-perkara lagho dan sia-sia.
pastinya waktu malam bukan waktu kosong yg sia-sia.
pastinya malam suatu waktu yg sarat dgn rahsia yg tersembunyi.
tidakkah kita ingin meneroka dan mencarinya!

wassalam.

Sunday, February 19, 2012

masuklah nama

bismillahirohman irohim. dengan nama Allah yang maha Pengasih, maha Penyayang. betapapun ada yg menyayangi kita, tidak dapat mengatasi kasih dan sayang Allah kepada kita. dengan syarat kita sentiasa menyebut nama Nya; mengikut perintah Nya dan larangan Nya. insyallah.
selawat dan salam kepada Rasulullah saw dan ahli keluarga baginda. semuga ini akan mendekatkan kita kepada baginda terutama dihari yang tiada perlindungan kelak. alangkah bahagianya disaat itu kita mendapat syafa'at baginda. semuga selawat ini akan mengenalkan kita sebagai umatnya dan berada dibawah panji-panji baginda. insyallah.
sahabat yg juga jiran kami baru mendaftar haji beberapa minggu lepas. tahun jangkaan beliau ketanah suci pada tahun 46. sekarang tahun12. beliau kena tunggu 32 th lagi.
tabung haji [TH] memaklomkan sejak kwsp membenarkan pencarum muslim boleh mengunakan salah satu a/c mereka utk ketanah suci, telah menerima permohonan secara mendadak. ini menjadikan senarai menunggu semakin Q.
kalau kini usia kita 30 th, pada umur 62 baru giliran kita sampai.
ana pergi hj pada usia 53 th. ana rasa agak selesa kerana masih bertenaga dan kesihatan agak baik. bagi yg berusia, pada penelitian ana agak sukar dgn pergerakan terhad. keinginan utk berjemaah di masjidil haram mungkin membara, tetapi keupayaan membatasi. tetapi bagi yg sehat, berupaya bersolat dihadapan ka'abah. bukan mudah utk mendapatkannya.
syarat TH pada masa ini utk mendaftar hj perlu ada 1,300 dalam a/c.
sudahkah kalian membuka a/c TH.
tanpa a/c bagaimana kalian nak menyimpan 1,300. utk membuka a/c kalian hanya perlu 2 ringgit sahaja. kemudian tambahlah secara berdikit-dikit. 20 rgt sebulan. 5 th boleh daftar hj. bagi yg bekerja boleh potong gaji terus masuk a/c. ana pun buat begitu. mula 20 rgt. kemudian 50 rgt. beberapa tahun sebelum hj 200 rgt sebulan. ada juga pendapatan lain yg ana tambahkan. ini turut membantu ana mencukupkan belanja ketanah suci.
dlm kursus hj penceramah akan menekankan betapa penting wang ke mekah dari sumber halal. ini pra-syarat mendapat hj mabrur. kalau kalian petani dan menyimpan sedikit demi sedikit hasil kebun dalam TH, lalu ke mekah dgnnya, lazimnya kalian akan mudah dan tenang disana.
bagi yg lain mungkin akan menghadapi kesulitan dan beberapa halangan atau mungkin hilang wang. nuri dan jelan jangan gegabah.
ana tidak mahu membuat bacaan begitu.
sebagai seorang muslim, ana berasa sangat penting bagi kita utk menziarahi mekah dan madinah. hadir dan sujud dihadapan ka'abah. melihat dan merasaai keagungan Nya. merasaai dan mengisafi pengorbanan Rasulullah menegakkan syiar Islam dibumi Allah ini. dgn melihat dan berselawat dimakam baginda spirit itu kita perolehi. betapa hampirnya kita dgn baginda seolah-olah kita berada dalam kelompok baginda dan sahabat. terutama semasa sujud dlm raudah. subhanallah.
anak ku,
ambil lah sedikit masa kalian utk membuka a/c TH. mulakan dgn 10 ringgit.
ini langkah pertama kalian ketanah suci. langkah inilah yg akan menyampaikan kalian kesana.
dalam jiwa kita ada iman. iman ini lahir di tanah suci.
ka'abah itu suci. kerana itu Rasulullah saw diperintah Allah menghancurkan berhala dikelilingnya. ka'abah itu kiblat kita. arah solat kita. dalam solat kita diminta membayangkan ka'abah dihadapan kita dalam keadaan ihsan, melihat Allah. kalaupun kita tidak melihat Nya, percayalah Allah melihat kita. tahukah kalian betapa perasaan kita sewaktu bersolat dihadapan ka'abah yg jelas nyata. bukan hanya bayangan. masyallah. Allah hu akbar.
marilah. masukkan nama kita dalam senarai penziarah.
dalam pengembaraan 5.
dalam doa ana dihadapan ka'abah.... berilah peluang ahli keluarga ini mengunjungi rumah Mu dalam usia muda. amin.
insyallah.
subhanallah.
allahhuakbar.

n/b: emy/nuri & kluarga menziarahi ana pg tadi. amy akan buat umrah bln depan. nuri sdg kursus haji. semuanya dlm senarai ke mekah. adalah beberapa cadangan ana buat emy/sham. semuga ziarah 1 mereka menjadi kenangan abadi.

CUTI

Cuti

Sudah 2 minggu saya bercuti. Ia akan berakhir pada Ahad ini. Secara jumlah nya saya telah menghabiskan selama 8 hari dari peruntukkan tahunan saya sebanyak 35 hari. Untuk tahun ini ditambah dari cuti tahun lalu yang berbaki jumlah nya ialah 55 hari. So baki cuti saya masih ada sebanyak 55-8 ialah 47 hari lagi. Itu pun tahun lepas cuti yang berbaki telah dibawa kehadapan sebanyak 15 hari. Kalau tidak pasti cuti tahunan saya 60 hari. Jika ditambah dengan cuti Sabtu Ahad serta cuti umum masyaallah banyak betul cuti kita untuk tidak bekerja secara rasmi. Namun jumlah cuti yang biasa saya gunakan yang dipohon secara rasmi tidak pernah melebihi separuh dari yang diperuntukkan.

Saya hanya duduk di rumah. Hajat hati ingin menyelesaikan sebanyak mungkin penulisan buku yang tertangguh sejak sekian lama. Sempat pergi ke perpustakaan untuk beberapa kali. Selebih nya duduk dirumah menghantar anak yang tinggal saorang pergi dan  balik dari sekolah. Sekali dua terpaksa juga mengambil anak emi balik dari sekolah diwaktu petang. Ia dilakukan dengan secara ikhlas dan mengingatkan saya kepada zaman anak-anak saya semasa masih bersekolah di peringkat rendah. Hanya pembawaan nya saja yang berbeza...budak-budak tetap budak-budak.....

Sempat pergi ke Kuang 2 kali untuk  berurut. Tukang urut wanita, Pn Rozita kalau tak salah nama nya. Orang nya masih muda lewat 30 an usia nya. Bik Idah telah mengalami masalah urat saraf belakang dada sebelah kanan menyebabkan sakit dada dan sukar bernafas. Alhamdulilah dengan izin Allah SWT ia telah sembuh. Menarik nya mengenai Ahli urut ini (kita patut sebut "ahli" bukan tukang kerana dia mahir dalam bidang nya) kena buat temu janji dahulu untuk mendapatkan khidmat beliau. Di luar rumah nya tergantung satu Banner yang mengiklankan jawatan kosong, "Pembantu Selepas Bersalin" dikehendaki. Sesiapa yang berminat boleh memohon dengan beberapa syarat dikenakan. Pendapatan bulanan boleh mencecah lebih rm 2000. Sedia bertugas dimana sahaja termasuk di luar negara. Secara asas nya beliau menawarkan pakej perkhidmatan penjagaan bayi dan ibu selepas bersalin. Bayaran adalah bergantung kepada pakej yang ditawarkan dan tempoh perkhidmatan yang diperlukan. Menurut beliau setakat ini ia mendapat permintaan yang sangat menggalakkan tetapi masalah nya mereka yang berminat untuk bekerja didalam bidang ini sangat sukar diperolehi. Antara syarat utama mesti wanita tempatan, sudah berkahwin perwatakan yang baik serta tidak berpotensi untuk menggoda suami kepada isteri yang bersalin tersebut........Waduh....ini business yang baik .....renungkan lah...

Cuti saya tidak selari dengan cuti ahli keluarga  yang lain. Anak-anak tidak bercuti oleh itu perancangan untuk bercuti ditempat percutian tidak dapat dirancang. Oleh itu saya hanya bercuti sendiri dan duduk dirumah sahaja. Dua hari yang lalu Emi mengajak saya ke Kuantan untuk menemankan nya menyelia projek beliau. Kata nya kalau pandu sendiri ngantuk dan tak ada rakan untuk berbual semasa memandu. Saya bersetuju. Jam 10 pagi kami bertolak ke Felda Bukit Sagu Kuantan. Tempat yang dituju ialah Kilang Semen YTL. Jam 1 30  tghari kami sampai disana. 3 orang pekerja nya termasuk Naim sedang berehat dibawah pokok dihadapan Cafe. Tugas mereka ialah untuk memasang Kabel Fiber Optik sejauh 400 meter melalui laluan bawah tanah. Anggaran kerja perlu disiapkan dalam tempoh satu hari sahaja. Saya berpeluang mengikuti mereka memasuki ruang bawah tanah kilang tersebut. Bau hapak dan panas berbahang ditambah dengan ruang yang sempit dengan pelbagai kabel termasuk kabel Elektrik High Voltage berselirat disamping bahaya haiwan seperti ular adalah risiko yang perlu ditanggung oleh mereka. Penilaian saya ia merupakan suatu tugas yang mencabar fizikal dan perlukan keberanian. Saya berharap agar Emi sentiasa beristikomah dalam bidang perniagaan yang diceburi nya. Jadi lah usahawan yang yang mempunyai Roh Islam supaya selamat dunia dan akhirat. Nabi kita dahulu pun saorang usahawan yang sangat berjaya dan ramai para sahabat nya juga adalah ahli perniagaan yang berjaya. Selain dari pengalaman, ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi terutama yang up to date, pengurusan sumber manusia terutama hubungan antara majikan dan pekerja, pengurusan kewangan juga perlu sebagai bekalan menuju kejayaan.

Anak
Kelmarin Afiq telah lulus ujian memandu nya. Secara lisan  beliau sudah boleh memandu dijalan raya. Tetapi secara sah nya beliau perlu menunggu untuk memperolehi lesen yang sah dahulu baru boleh dibenarkan memandu.Ia mengambil masa sedikit lagi. Namun kegairahan untuk memandu tak dapat ditahan. Akhir nya beliau memandu juga ke kedai dihadapan rumah dan tak sanggup berjalan kaki lagi.......Dahulu saya mempunyai lebih dari 5 lesen L kerana tak pernah lulus ujian memandu motorsikal sehingga L tersebut expired. Ambil L baru dan begitulah seterus nya. Saya ingat lagi kata-kata arwah Kakik...tunggu engko kerja lah baru lulus. Betul kata -kata nya apabila saya ditugaskan ke Sabah buat pertama kali Test kereta terus lulus dan ditawarkan motorsikal sekali. Waktu itu saya sudah berusia 24 tahun..tetapi anak-anak saya semua nya mendapat lesen ketika menunggu SPM. Alangkah mudah nya mereka...wahai anak syukurilah segala kemudahan dan peluang yang diperolehi..tidak seperti kami generasi X.

Cuti saya bakal berakhir dan berlalu. Terasa sungguh waktu - waktu yang saya lalui pergi meninggalkan saya dengan perasaan yang berbagai-bagai. Ada yang bermakna namun masih banyak yang saya rasa ditinggalkan begitu sahaja. Kosong dan mengecewakan malah mengalami kerugian tanpa sebarang menafaat yang menguntungkan. Saya terfikir adakah apabila saya bersara nanti saya akan mengalami perasaan yang seperti ini.....Adusss.....

Jumpa lagi...


Saturday, February 18, 2012

fikir

bismillah-hirrohman-nirohim
selawat dan salam buat Rasulullah saw, semuga Allah memberkatinya dan kita semua. hanya keberkatan dan keredaan Nya yang kita pohon dan harapkan. itulah yang menyelamatkan kita didunia dan diakhirat dari keburukan, kesukaran dan bencana.
amin.
zainab binti jahsy r.a adalah isteri Rasulullah. beliau telah mengikat tali pada tiang masjid nabawi bagi menyokong badannya semasa solat tahajud lantaran berdiri lama. malam memang waktu tidur yg sangat enak. sangat sukar utk kita bangun, mengambil wudu' dan mendirikan solat. tetapi bagi sahabat-sahabat Rasulullah dan orang-orang soleh, mereka menanti malam seperti seorang kekasih menanti kekasihnya. mereka akan mengisi malam dengan mendampingi Allah swt.
sedangkan kita mendampingi bantal sambil diulit mimpi.
subhanallah. Maha Suci Allah. berilah kami kekuatan.
beberapa hari lepas,
ana lihat astro rancangan masakan luar negara. selalu ana melihatnya. kali ini masakannya daging panggang. tau apa yg dipanggangnya, pork. selalu ana lihat kalau masakannya daging, akan tunjuk daging lembu atau ayam. dulu tv akan tapis/ censored perkara-perkara yg agak sensitif dgn agama islam. pagi semalam, baby tv tunjuk puzzle gambar pig. dulu tv akan pilih filem yg tidak tunjuk gambar begitu. kecik-kecik dulu, kita sanggup bertumbuk kalau kawan ejek kita babi. kerana itu kita akan menjauhi babi dijalan atau dikedai makan.
kerana itu benda-benda haram dapat kita elak.
astaghfirullah. ampunkanlah kami Ya Allah.
dalam hadith kiamat, Rasulullah menyatakan; kiamat akan berlaku setelah tiada lagi umat menyebut nama Nya. tiada lagi Islam diamalkan.
evolusi kearah itu sedang terjadi.
berapa ramai solat malam. adalah sorang dua, termasuk yg tidak istiqomah.
solat fardhu pun dah ramai tinggal. dalam rumah kita sendiri dah ada. anak-anak buat tak tahu je bila disuruh bangun utk solat. betapa lemah iman kita. iman kita telah jauh merantau dari kampung halamannya di tanah suci sehingga lupa bagaimana agungnya ka'abah, bagaimana keagungan Allah. setiap masa kita mengingat dunia, kita menghubungi orang-org yg dapat memberi wang dan pendapatan kebendaan. lisan kita basah dgn kata-kata, bukan basah dgn zikrullah. ingatan kita ingatan dunia-bukan ingatan Allah. agama semakin kurang dalam ingatan. iman makin nipis. perasaan makin kurang sensitifnya.
siapa-siapa yg melihat astro, berapa org yg sensitif dan berperasaan spt ana.
siapa yg merasa tidak apa-apa, bermakna imannya lebih nipis dari ana. sekurang-kurangnya buat masa ini. kalau kalian tidak berperasaan, bagaimana anak-anak kalian. tidak kisah. maka makin berleluasalah perkara tersebut. bukankah ini satu evolusi kearah kiamat kerana umat melupakan Allah.
bapa dan mak adalah seorang muslim yang taat.
begitu juga abang dan kakak.
adakah anak-anak kita juga begitu.
anak-anak adalah kain putih, ibu-bapa yg mencorakkan.
nuri sangat arif tentang kain dan corak kain. setitik tinta hitam jatuh keatasnya, cemarlah ianya. tidak mungkin dapat diperbaiki. tindihlah diatasnya dgn warna kuning, tanda hitam tetap kelihatan. nilainy akan berkurang. anak-anak kita suami istri berkerja, anak-anak ditinggal pada org. apakah yg dilihat, didengar, dipelajari.
adakah mustahil cucu cicit kita nanti hanya nama islam, tapi tidak faham islam.
malah bukan mustahil mempelajari dan mengikuti agama lain. tanpa kita sedari.
nauzubillah.
tahun ini tahun 2012. klendar maya berakhir pd tahun ini. tahun ini kiamat.
nasa membuktikan telah berlaku perubahan diruang angkasa. ianya dapat mempengaruhi bumi. tukang wayang telah mengimajinasikan kerosakan dan kemusnahan dunia akibat dari perubahan cakerwala dgn satu kehidupan baru. dunia masih belum kiamat. masih panjang usianya. masih ada fasa-fasa kehidupan yg akan dilalui. memang, dunia tidak akan kiamat tahun ini. evolusi kearahnya masih panjang.
yang pasti.
usia kita tidak panjang.
kita akan meninggalkan alam ini, berpindah kealam lain. mengikut kepercayaan iman kita.
mungkin ada yg tidak sempat menghadiri hari keluarga akan datang, spt arwah mak. hanya di PD tidak di janda baik. apakah yg kita tinggalkan.
anak dan cucu, yg sampai ketangan kita sebagai kain putih. dapatkah kita mencorakkannya dengan corak keislaman ataukah kita hanya melihatnya kotor dgn contengan alam dan suasana kerana tangan kita lemah dan tak punya warna.
subhanallah
subhanallah
subhanallah
astaghfirullah.

Sunday, February 12, 2012

Salam Maulidur Rasul

 Muludan
Assalamualaikum marilah kita bersolawat kepada Nabi Muhammad Rasulullah SWT yang sangat kita kasihi. Bulan ini adalah bulan kelahiran beliau iaitu Bulan RabiulAwal. Memperbanyakkan Solawat kepada beliau adalah sangat dituntut dan memberi keberkatan kepada kita semua sebagai umat nya. InsyaAllah kita akan memperoleh syafaat nya di akhirat kelak. Solawat keatas nabi ini sangat baik jika dilakukan saban hari dan bukan hanya ketika didalam sambutan kelahiran beliau sahaja. 

 Nota: Muludan adalah bahasa jawa bagi sambutan MaulidurRasul

Mengenali Rasullullah.

Saya sedang mencari kitab yang agak lengkap mengenai nya bagi mengenali lebih mendalam keperibadian Nabi junjungan kita ini. Ada beberapa senarai kitab yang saya perolehi dan cuba akan ke perpustakaan esok untuk mendapat kan nya. Antara nya kitab Syamail Muhammad versi Melayu.(ia disyorkan oleh Ustaz Don dalam TV AlHijrah) Jika ada dikalangan ahli persatuan kita yang mempunyai maklumat mengenai kitab-kitab yang berkaitan dengan biografi Nabi Muhammad dan para sahabat serta kaum keluarga nya tolonglah syorkan kepada saya.
Insyaallah jika ada rezeki dan dijemput untuk pulang ke kampung halaman iman kita (sepertimana yang disampaikan oleh KTS tempohari dalam tazkirah keluarga di janda baik, t kasih walaupun singkat dan ringkas tapi sangat memberi kesan) dan menziarahi Makam Rasulullah di Masjid Nabawi ia akan mejadi lebih signifikan kepada saya.

Persediaan Perjalanan Ke 5.
Semalam saya telah memulakan kursus untuk persiapan perjalanan ke 5 saya dan isteri. Kali ini kami memilih ceramah yang dikendalikan oleh pehak Tabung Haji. Lokasi nya di Masjid Tun Uda SS 16 Shah Alam. Kursus selama 2jam bermula 9.00 - 11.00 pagi. Ini adalah kursus kali kedua yang kami ikuti. Tahun lepas diadakan oleh penganjur swasta di masjid ss 19 berdekatan dengan kediaman kami.Oleh kerana tahun ini kami menerima surat jemputan berkursus dari tabung haji sendiri tidak seperti tahun lalu maka kami memutuskan untuk beralih rasa pula.

Tahun lepas kami telah menerima surat tawaran untuk mengerjakan haji. Atas sebab tertentu kami menagguhkan nya dan memohon untuk disenaraikan pada tahun ini. Saya sangat percaya Allah belum membukakan pintu jemputan nya kepada kami kerana hati kami masih berbolak-balik. InsyaAllah tahun ini jika diberi peluang kami bersedia menerima nya.

Semalam kursus pengenalan dimulakan dengan Falsafah Haji. Ia diikuti dengan persediaan awal yang perlu dilakukan. Ini termasuk penekanan terhadap kerohanian dan penyucian jiwa serta harta bekalan.
Sesuatu yang disebutkan ialah mengenai halal nya harta dan bekalan. Penceramah memberitahu segala wang simpanan yang ada didalam akaun bank convensional adalah haram kerana mengamalkan riba dan perlu ditutup. Oleh itu pindahkan lah wang tersebut keakaun yang tidak mengamalkan riba seperti tabung haji malah sudah dilunaskan zakatnya. Masalah nya semua wang upah dari pekerjaan kita memang telah dimasukkan kedalam akaun bank Konvensional. Dan wang untuk mengerjakan haji memang kita telah pindahkan serta simpan di tabung haji. Oleh itu perlukah kita menutup akaun-kita yang ada di bank konvensional. Ada sesiapa yang boleh bantu saya mengenai permasalahan ini terutama yang dah pergi Haji.....

Kursus kali ini  disampaikan dengan agak keras. Mungkin kerana penceramah nya masih muda serta bertenaga. Kursus yang kami hadiri tahun lepas agak santai dan diselang seli dengan ketawa oleh penceramah yang agak berumur. Audien nya pun majoriti nya sudah melepasi angka warga emas dan ramai. Apa pun kami memperolehi pengalaman yang baru dari penceramah yang berlainan. Insyaallah
semoga Allah memberi jemputannya kepada kami untuk musim tahun ini. Amin


Jumpa lagi
Wassalam.



Monday, February 6, 2012

jb 2 klg

assalamualaikum. marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadirat Allah swt kerana masih memberi peluang kita menikmati kehidupan berkeluarga, dengan rasa kasih sayang dan penuh semangat hidup.

ana baru balik dari jb.
bertolak pukul 11 1/2. perjalanan ok, baik. walaupun trafic agak banyak, perjalanan tidak terhalang. ini nikmat kemajuan. ada highway. barangkali yg agak menggangu adalah chargenya. masuk dari jb, keluar di bkt. raja klang hampir RM50. pegi-balik ratus. minyak lagi, sebanyak itu juga nilainya.
seperti waktu kami pergi, kenderaan lebih banyak yg mengikut peraturan kelajuan. hanya segelintir dipandu laju. terutama kereta berjenama. merc, bmw, wv pasat atau jaguar. pemandu kelihatan lebih berwaspada setelah melihat sebuah bas expres disaman pulis. bagaimanapun ana tertanya-tanya didalam hati, apabila melihat sebuah kancil disaman pulis. memang kancil ini agak laju apabila memotong kami, tetapi banyak lagi kereta mewah lebih laju darinya; ironinya tidak pula ana jumpa kereta sejenis ini kena saman. lama ana menungkan.

morale of the story: berdoalah or mintalah selamat dalam setiap kerja dilakukan. kita tidak berdaya mengelak dari melakukan kesilapan, tetapi Yg Maha Adil akan memberikan keadilan terhadap kesilapan yg kita lakukan.

wassalam.

Sunday, February 5, 2012

JB ooo jb

Asalamulaikum. selawat & salam buat Rasul junjungan Muhamad saw.

ari nie ana ada kat jb.
semalam sampainya. pukul 51/4 ptg. via n/s/highway. jalan ok. hanya sebelum seremban jem sikit. tapi masih boleh moved. kenderaan pun ikut peraturan kebanyakannya. tapi plate s'por trutama yg berjenama dipandu laju. kalau mereka claim telah berdisiplin tinggi, tidak disini. mereka belum capai tahap jepun. jepun dah tahap expot disiplin. nampak jepun kita ingat disiplin. malam tadi kami duduk M-suite hotel. tepi danga bay yg terkenal tu. sayang bilik kami sebelah belakang. tak dapat menikmati pemandangan laut. biliknya besar. katil juga besar. ada pantry lagi. ekonnya istimewa sejuk. tengah malam ana terjaga menggigil. dah tutup pun masih sejuk giler mengikut bahasa generasi Y.
malam nie kami tidur kat umh kakak bik sinah di kempas baru. sejak saly guna GPS beberapa minggu lepas, masalah mencari lokasi dapat diselesaikan mudah. sepanjang beberapa tahun nie ana baru 2 or 3 kali ke jb. nampaknya sepanjang waktu itu, jb telah banyak berubah....
morale of the story: teknology banyak membantu. & teknology akan berkembang sebagai satu perniagaan.

wassalam. selamat menyambut maulidur rasul.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification