Muludan
Assalamualaikum marilah kita bersolawat kepada Nabi Muhammad Rasulullah SWT yang sangat kita kasihi. Bulan ini adalah bulan kelahiran beliau iaitu Bulan RabiulAwal. Memperbanyakkan Solawat kepada beliau adalah sangat dituntut dan memberi keberkatan kepada kita semua sebagai umat nya. InsyaAllah kita akan memperoleh syafaat nya di akhirat kelak. Solawat keatas nabi ini sangat baik jika dilakukan saban hari dan bukan hanya ketika didalam sambutan kelahiran beliau sahaja.
Nota: Muludan adalah bahasa jawa bagi sambutan MaulidurRasul
Saya sedang mencari kitab yang agak lengkap mengenai nya bagi mengenali lebih mendalam keperibadian Nabi junjungan kita ini. Ada beberapa senarai kitab yang saya perolehi dan cuba akan ke perpustakaan esok untuk mendapat kan nya. Antara nya kitab Syamail Muhammad versi Melayu.(ia disyorkan oleh Ustaz Don dalam TV AlHijrah) Jika ada dikalangan ahli persatuan kita yang mempunyai maklumat mengenai kitab-kitab yang berkaitan dengan biografi Nabi Muhammad dan para sahabat serta kaum keluarga nya tolonglah syorkan kepada saya.
Insyaallah jika ada rezeki dan dijemput untuk pulang ke kampung halaman iman kita (sepertimana yang disampaikan oleh KTS tempohari dalam tazkirah keluarga di janda baik, t kasih walaupun singkat dan ringkas tapi sangat memberi kesan) dan menziarahi Makam Rasulullah di Masjid Nabawi ia akan mejadi lebih signifikan kepada saya.
Persediaan Perjalanan Ke 5.
Semalam saya telah memulakan kursus untuk persiapan perjalanan ke 5 saya dan isteri. Kali ini kami memilih ceramah yang dikendalikan oleh pehak Tabung Haji. Lokasi nya di Masjid Tun Uda SS 16 Shah Alam. Kursus selama 2jam bermula 9.00 - 11.00 pagi. Ini adalah kursus kali kedua yang kami ikuti. Tahun lepas diadakan oleh penganjur swasta di masjid ss 19 berdekatan dengan kediaman kami.Oleh kerana tahun ini kami menerima surat jemputan berkursus dari tabung haji sendiri tidak seperti tahun lalu maka kami memutuskan untuk beralih rasa pula.
Tahun lepas kami telah menerima surat tawaran untuk mengerjakan haji. Atas sebab tertentu kami menagguhkan nya dan memohon untuk disenaraikan pada tahun ini. Saya sangat percaya Allah belum membukakan pintu jemputan nya kepada kami kerana hati kami masih berbolak-balik. InsyaAllah tahun ini jika diberi peluang kami bersedia menerima nya.
Semalam kursus pengenalan dimulakan dengan Falsafah Haji. Ia diikuti dengan persediaan awal yang perlu dilakukan. Ini termasuk penekanan terhadap kerohanian dan penyucian jiwa serta harta bekalan.
Sesuatu yang disebutkan ialah mengenai halal nya harta dan bekalan. Penceramah memberitahu segala wang simpanan yang ada didalam akaun bank convensional adalah haram kerana mengamalkan riba dan perlu ditutup. Oleh itu pindahkan lah wang tersebut keakaun yang tidak mengamalkan riba seperti tabung haji malah sudah dilunaskan zakatnya. Masalah nya semua wang upah dari pekerjaan kita memang telah dimasukkan kedalam akaun bank Konvensional. Dan wang untuk mengerjakan haji memang kita telah pindahkan serta simpan di tabung haji. Oleh itu perlukah kita menutup akaun-kita yang ada di bank konvensional. Ada sesiapa yang boleh bantu saya mengenai permasalahan ini terutama yang dah pergi Haji.....
Kursus kali ini disampaikan dengan agak keras. Mungkin kerana penceramah nya masih muda serta bertenaga. Kursus yang kami hadiri tahun lepas agak santai dan diselang seli dengan ketawa oleh penceramah yang agak berumur. Audien nya pun majoriti nya sudah melepasi angka warga emas dan ramai. Apa pun kami memperolehi pengalaman yang baru dari penceramah yang berlainan. Insyaallah
semoga Allah memberi jemputannya kepada kami untuk musim tahun ini. Amin
Jumpa lagi
Wassalam.
2 comments:
Itu memang script yg d sdiakn dlm slybus t.hji. cos mtlmt t.hji adalh mendapt hj mabrur. Ana brpndpt x prlu tutup a/c bayarn gaji kita. Cuma dapatkn a/c islamik, cimb or mybank ada. Soal ini msih bnyak debatnya. Ana ijtihad dgn niat. Niat bkn nak cri keuntungan plaburan. Blajarlah kaedah ibadah hji dgn tuntas. Stiap yg kurang fahm jngn mlu brtnya. Ana pling bnyk brtnya, tapi di sanapun ada yg msih kliru. Pnting juga sblum berangkat tnya pnglmn hji lain. Ana pun ok gak, tapi ada sikit bayaran..wassalam.
ana membaca semula travelog umrah ente tahun 09 yg lalu. masih belum hilang dari stok blog ini. sesiapa yg telah mengunjungi tanah suci pasti akan rindu. dalam hati pasti bercita-cita utk mengunjunginya semula. itulah yg terjadi kpd ente. muga dapat berhaji tahun ini. sekaligus dapat menghilangkan kerinduan. travelog ente bagus sekali. patutlah emy/sham terkesan utk melakukan perjalanan yg sama. muga mereka juga akan dapat merasai pengalaman yg sama, malah lebih lagi setelah meneliti pengalaman travelog berkenaan. ana punya travelog entah tahun bila nak siap.
Post a Comment