Sunday, February 19, 2012

CUTI

Cuti

Sudah 2 minggu saya bercuti. Ia akan berakhir pada Ahad ini. Secara jumlah nya saya telah menghabiskan selama 8 hari dari peruntukkan tahunan saya sebanyak 35 hari. Untuk tahun ini ditambah dari cuti tahun lalu yang berbaki jumlah nya ialah 55 hari. So baki cuti saya masih ada sebanyak 55-8 ialah 47 hari lagi. Itu pun tahun lepas cuti yang berbaki telah dibawa kehadapan sebanyak 15 hari. Kalau tidak pasti cuti tahunan saya 60 hari. Jika ditambah dengan cuti Sabtu Ahad serta cuti umum masyaallah banyak betul cuti kita untuk tidak bekerja secara rasmi. Namun jumlah cuti yang biasa saya gunakan yang dipohon secara rasmi tidak pernah melebihi separuh dari yang diperuntukkan.

Saya hanya duduk di rumah. Hajat hati ingin menyelesaikan sebanyak mungkin penulisan buku yang tertangguh sejak sekian lama. Sempat pergi ke perpustakaan untuk beberapa kali. Selebih nya duduk dirumah menghantar anak yang tinggal saorang pergi dan  balik dari sekolah. Sekali dua terpaksa juga mengambil anak emi balik dari sekolah diwaktu petang. Ia dilakukan dengan secara ikhlas dan mengingatkan saya kepada zaman anak-anak saya semasa masih bersekolah di peringkat rendah. Hanya pembawaan nya saja yang berbeza...budak-budak tetap budak-budak.....

Sempat pergi ke Kuang 2 kali untuk  berurut. Tukang urut wanita, Pn Rozita kalau tak salah nama nya. Orang nya masih muda lewat 30 an usia nya. Bik Idah telah mengalami masalah urat saraf belakang dada sebelah kanan menyebabkan sakit dada dan sukar bernafas. Alhamdulilah dengan izin Allah SWT ia telah sembuh. Menarik nya mengenai Ahli urut ini (kita patut sebut "ahli" bukan tukang kerana dia mahir dalam bidang nya) kena buat temu janji dahulu untuk mendapatkan khidmat beliau. Di luar rumah nya tergantung satu Banner yang mengiklankan jawatan kosong, "Pembantu Selepas Bersalin" dikehendaki. Sesiapa yang berminat boleh memohon dengan beberapa syarat dikenakan. Pendapatan bulanan boleh mencecah lebih rm 2000. Sedia bertugas dimana sahaja termasuk di luar negara. Secara asas nya beliau menawarkan pakej perkhidmatan penjagaan bayi dan ibu selepas bersalin. Bayaran adalah bergantung kepada pakej yang ditawarkan dan tempoh perkhidmatan yang diperlukan. Menurut beliau setakat ini ia mendapat permintaan yang sangat menggalakkan tetapi masalah nya mereka yang berminat untuk bekerja didalam bidang ini sangat sukar diperolehi. Antara syarat utama mesti wanita tempatan, sudah berkahwin perwatakan yang baik serta tidak berpotensi untuk menggoda suami kepada isteri yang bersalin tersebut........Waduh....ini business yang baik .....renungkan lah...

Cuti saya tidak selari dengan cuti ahli keluarga  yang lain. Anak-anak tidak bercuti oleh itu perancangan untuk bercuti ditempat percutian tidak dapat dirancang. Oleh itu saya hanya bercuti sendiri dan duduk dirumah sahaja. Dua hari yang lalu Emi mengajak saya ke Kuantan untuk menemankan nya menyelia projek beliau. Kata nya kalau pandu sendiri ngantuk dan tak ada rakan untuk berbual semasa memandu. Saya bersetuju. Jam 10 pagi kami bertolak ke Felda Bukit Sagu Kuantan. Tempat yang dituju ialah Kilang Semen YTL. Jam 1 30  tghari kami sampai disana. 3 orang pekerja nya termasuk Naim sedang berehat dibawah pokok dihadapan Cafe. Tugas mereka ialah untuk memasang Kabel Fiber Optik sejauh 400 meter melalui laluan bawah tanah. Anggaran kerja perlu disiapkan dalam tempoh satu hari sahaja. Saya berpeluang mengikuti mereka memasuki ruang bawah tanah kilang tersebut. Bau hapak dan panas berbahang ditambah dengan ruang yang sempit dengan pelbagai kabel termasuk kabel Elektrik High Voltage berselirat disamping bahaya haiwan seperti ular adalah risiko yang perlu ditanggung oleh mereka. Penilaian saya ia merupakan suatu tugas yang mencabar fizikal dan perlukan keberanian. Saya berharap agar Emi sentiasa beristikomah dalam bidang perniagaan yang diceburi nya. Jadi lah usahawan yang yang mempunyai Roh Islam supaya selamat dunia dan akhirat. Nabi kita dahulu pun saorang usahawan yang sangat berjaya dan ramai para sahabat nya juga adalah ahli perniagaan yang berjaya. Selain dari pengalaman, ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi terutama yang up to date, pengurusan sumber manusia terutama hubungan antara majikan dan pekerja, pengurusan kewangan juga perlu sebagai bekalan menuju kejayaan.

Anak
Kelmarin Afiq telah lulus ujian memandu nya. Secara lisan  beliau sudah boleh memandu dijalan raya. Tetapi secara sah nya beliau perlu menunggu untuk memperolehi lesen yang sah dahulu baru boleh dibenarkan memandu.Ia mengambil masa sedikit lagi. Namun kegairahan untuk memandu tak dapat ditahan. Akhir nya beliau memandu juga ke kedai dihadapan rumah dan tak sanggup berjalan kaki lagi.......Dahulu saya mempunyai lebih dari 5 lesen L kerana tak pernah lulus ujian memandu motorsikal sehingga L tersebut expired. Ambil L baru dan begitulah seterus nya. Saya ingat lagi kata-kata arwah Kakik...tunggu engko kerja lah baru lulus. Betul kata -kata nya apabila saya ditugaskan ke Sabah buat pertama kali Test kereta terus lulus dan ditawarkan motorsikal sekali. Waktu itu saya sudah berusia 24 tahun..tetapi anak-anak saya semua nya mendapat lesen ketika menunggu SPM. Alangkah mudah nya mereka...wahai anak syukurilah segala kemudahan dan peluang yang diperolehi..tidak seperti kami generasi X.

Cuti saya bakal berakhir dan berlalu. Terasa sungguh waktu - waktu yang saya lalui pergi meninggalkan saya dengan perasaan yang berbagai-bagai. Ada yang bermakna namun masih banyak yang saya rasa ditinggalkan begitu sahaja. Kosong dan mengecewakan malah mengalami kerugian tanpa sebarang menafaat yang menguntungkan. Saya terfikir adakah apabila saya bersara nanti saya akan mengalami perasaan yang seperti ini.....Adusss.....

Jumpa lagi...


3 comments:

kts (bukan kelab taat suami) said...

ana mempunyai cuti yg agak banyak.
kekangan kerja menyebabkan ianya tidak dapat dihabiskan. selalu ana membayangkan banyak perkara boleh dilakukan bila bercuti. berkemas, membaca, kesurau setiap waktu.
apabila bercuti, membaca dan kesurau ana dapat. membaca hanya seketika, selebihnya ngorok. surau hanya waktu mghrib, selebihnya dalam bilik.
setelah pencen pun ana jangka serupa.
oleh itu, sementara ada lagi 6 th sebelum pencen, marilah kita ubah caraidup dan gaya pemikiran supaya apa yg kita harap dan impikan akan menjadi kenyataan.

DANURI SAKIJAN said...

betul tu kena buat brainstorming ..persediaan hari bersara...boleh pilih resort mana -mana untuk buat workshop..hahaha.

kts said...

resort cini, umh kak ti, save bajet.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification