bismillah-hirrohman-nirohim
selawat dan salam buat Rasulullah saw, semuga Allah memberkatinya dan kita semua. hanya keberkatan dan keredaan Nya yang kita pohon dan harapkan. itulah yang menyelamatkan kita didunia dan diakhirat dari keburukan, kesukaran dan bencana.
amin.
zainab binti jahsy r.a adalah isteri Rasulullah. beliau telah mengikat tali pada tiang masjid nabawi bagi menyokong badannya semasa solat tahajud lantaran berdiri lama. malam memang waktu tidur yg sangat enak. sangat sukar utk kita bangun, mengambil wudu' dan mendirikan solat. tetapi bagi sahabat-sahabat Rasulullah dan orang-orang soleh, mereka menanti malam seperti seorang kekasih menanti kekasihnya. mereka akan mengisi malam dengan mendampingi Allah swt.
sedangkan kita mendampingi bantal sambil diulit mimpi.
subhanallah. Maha Suci Allah. berilah kami kekuatan.
beberapa hari lepas,
ana lihat astro rancangan masakan luar negara. selalu ana melihatnya. kali ini masakannya daging panggang. tau apa yg dipanggangnya, pork. selalu ana lihat kalau masakannya daging, akan tunjuk daging lembu atau ayam. dulu tv akan tapis/ censored perkara-perkara yg agak sensitif dgn agama islam. pagi semalam, baby tv tunjuk puzzle gambar pig. dulu tv akan pilih filem yg tidak tunjuk gambar begitu. kecik-kecik dulu, kita sanggup bertumbuk kalau kawan ejek kita babi. kerana itu kita akan menjauhi babi dijalan atau dikedai makan.
kerana itu benda-benda haram dapat kita elak.
astaghfirullah. ampunkanlah kami Ya Allah.
dalam hadith kiamat, Rasulullah menyatakan; kiamat akan berlaku setelah tiada lagi umat menyebut nama Nya. tiada lagi Islam diamalkan.
evolusi kearah itu sedang terjadi.
berapa ramai solat malam. adalah sorang dua, termasuk yg tidak istiqomah.
solat fardhu pun dah ramai tinggal. dalam rumah kita sendiri dah ada. anak-anak buat tak tahu je bila disuruh bangun utk solat. betapa lemah iman kita. iman kita telah jauh merantau dari kampung halamannya di tanah suci sehingga lupa bagaimana agungnya ka'abah, bagaimana keagungan Allah. setiap masa kita mengingat dunia, kita menghubungi orang-org yg dapat memberi wang dan pendapatan kebendaan. lisan kita basah dgn kata-kata, bukan basah dgn zikrullah. ingatan kita ingatan dunia-bukan ingatan Allah. agama semakin kurang dalam ingatan. iman makin nipis. perasaan makin kurang sensitifnya.
siapa-siapa yg melihat astro, berapa org yg sensitif dan berperasaan spt ana.
siapa yg merasa tidak apa-apa, bermakna imannya lebih nipis dari ana. sekurang-kurangnya buat masa ini. kalau kalian tidak berperasaan, bagaimana anak-anak kalian. tidak kisah. maka makin berleluasalah perkara tersebut. bukankah ini satu evolusi kearah kiamat kerana umat melupakan Allah.
bapa dan mak adalah seorang muslim yang taat.
begitu juga abang dan kakak.
adakah anak-anak kita juga begitu.
anak-anak adalah kain putih, ibu-bapa yg mencorakkan.
nuri sangat arif tentang kain dan corak kain. setitik tinta hitam jatuh keatasnya, cemarlah ianya. tidak mungkin dapat diperbaiki. tindihlah diatasnya dgn warna kuning, tanda hitam tetap kelihatan. nilainy akan berkurang. anak-anak kita suami istri berkerja, anak-anak ditinggal pada org. apakah yg dilihat, didengar, dipelajari.
adakah mustahil cucu cicit kita nanti hanya nama islam, tapi tidak faham islam.
malah bukan mustahil mempelajari dan mengikuti agama lain. tanpa kita sedari.
nauzubillah.
tahun ini tahun 2012. klendar maya berakhir pd tahun ini. tahun ini kiamat.
nasa membuktikan telah berlaku perubahan diruang angkasa. ianya dapat mempengaruhi bumi. tukang wayang telah mengimajinasikan kerosakan dan kemusnahan dunia akibat dari perubahan cakerwala dgn satu kehidupan baru. dunia masih belum kiamat. masih panjang usianya. masih ada fasa-fasa kehidupan yg akan dilalui. memang, dunia tidak akan kiamat tahun ini. evolusi kearahnya masih panjang.
yang pasti.
usia kita tidak panjang.
kita akan meninggalkan alam ini, berpindah kealam lain. mengikut kepercayaan iman kita.
mungkin ada yg tidak sempat menghadiri hari keluarga akan datang, spt arwah mak. hanya di PD tidak di janda baik. apakah yg kita tinggalkan.
anak dan cucu, yg sampai ketangan kita sebagai kain putih. dapatkah kita mencorakkannya dengan corak keislaman ataukah kita hanya melihatnya kotor dgn contengan alam dan suasana kerana tangan kita lemah dan tak punya warna.
subhanallah
subhanallah
subhanallah
astaghfirullah.
2 comments:
itulah salah satu masalah modenisasi, tak ada siapa dapat mengawal keterbukaan globalisasi. Masalahnya, stesen2 televisyen dalam astro itu, kebanyakannya bukan berpusat di Malaysia. Yang berpusat di Malaysia kebanyakannya yang nama channelnya start dengan nama astro. AFC, berpusat di singapura, baby tv berpusat di UK, kebanyakan cawangan stesen tv asia pasifik berada di singapura (discovery dsb). Astro hanya sebagai pembekal servis satelit. Tindakan yang boleh dibuat hanyalah dengan ban kan stesen tv tersebut, tp mula2 nnt susah la sbb nia suka baby tv...
Tahniah KTS telah kembali menulis dialammaya.Entry yang sangat baik buat renungan semua.Memang diakhir zaman umat islam ramai seperti buih di lautan. Begitu juga dengan ahli keluarga kita semakin ramai. Keadaan dan suasana kehidupan juga telah menjadi hambatan dan diluar kawalan kita sebagai ibu bapa. Mereka bertebaran disegenap ceruk rantau hingga ada yang bermastautin dihujung dunia. Kita nak campak warna pun tak sampai. Tapi kita ada kemudahan teknologi. Ia boleh sampai walau pun tak ada jalan raya atau kapalterbang yang menghubungkan nya.Marilah kita gunakan untuk tujuan kejalan yang lurus. Kita tau ia juga dugunakan untuk memesongkan akidah dan keimanan kita terutama umat islam. Dan ia sangat berkesan.Oleh itu sumbangan entry seperti diatas sangat baik dan menjadi medium yang mudah difahami. Sekurang-kurang nya kita tidak duduk diam sambil mengenangkan nasib anak cucu kita dimasa hadapan. Dan kita berdoa agar mereka membaca entry tersebut dan memahaminya.Nak tunggu berkumpul setahun sekali pun agak sukar dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Kita nak balik kampung iman pun jauh...tetapi ingat mengingati boleh cas keimanan kita semula sebab iman kita pun macam beteri perlu kena cas bila dah lama dan kurang kuasa..kalau tak cas langsung terus kena buang. Kalau masuk tong sampah tak apa tapi yang kita patut takut kena campak dalam neraka....nauzubillah.
Subhanallah..
Post a Comment