kau datang
dengan seberkas kesedihan dibahu
berkurun, menggalas tanpa jemu
tiada siapa yang mahu.
malam ini
ku serahkan kesedihanku
buat bahumu makin sarat
dan dadaku lapang seketika.
malam
kau datang
dengan sekarung kesepian ditangan
berzaman, mengusung tanpa lelah
tiada tempat untuk dititip.
malam ini
ku isikan kesepianku
kedalam karungmu
dan jiwaku tenang seketika.
malam
kaulah sahabat sejati
dikala sedih dan sepi
kaulah teman setia
jiwa resah dan terseksa.
mana wajah sepimu
mana rona dukamu
yang tersemunyi didalam
selubung rahsia.
malam ini
aku datang kepadamu
dengan pasrah dan rela
memasuki dunia gelap mu.
nasirsakijan.
tahukah kalian
Allah swt menjadikan malam penuh dgn mistri.
selama ini set minda kita menyatakan bahawa malam untuk berehat dan tidur. setelah penat bekerja siang yang penuh dengan berbagai kerenah dan cabaran. kita bersyukur kerana Allah swt mengadakan malam buat kita bersedia untuk menghadapi kerja esok hari dgn segar.
adakah ini mistri malam. waktu kosong buat persediaan hari esok.
nombor kosong memang mistri. tiada mula dan akhir. kita boleh menulis kosong dari atas, bawah, kanan dan kiri. tidak pada nombor lain. tetapi waktu kosong sangat tidak disukai Allah. ianya akan diisi syaitan dengan perkara-perkara lagho dan sia-sia.
pastinya waktu malam bukan waktu kosong yg sia-sia.
pastinya malam suatu waktu yg sarat dgn rahsia yg tersembunyi.
tidakkah kita ingin meneroka dan mencarinya!
wassalam.
1 comments:
Sajak yang baik.
Perlu penghayatan untuk memahami nya.
Malam telah dijadikan oleh maha pencipta dengan penuh rahsia yang tersembunyi. Hanya mereka yang mencari dapat merasa. Ia merupakan suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada umat manusia. Bangunlah malam bermunajat dan berdoa kepada nya. Ia merupakan saat yang begitu hampir kepada Nya. Ia bukan kerja yang mudah...namun ganjaran nya sangat lumayan...
Post a Comment