Thursday, November 3, 2011

Perlu nya Ber Adab

Assalamualaikum

Petang semalam saya dikunjungi saorang calon PhD dari Universiti Sydney Australia. Tujuan nya untuk menemuramah dan mendapatkan maklumat mengenai batik dan penggunaan teknologi komputer didalam pengajaran dan pembelajaran subjek Budaya Melayu.

Calon tersebut saorang lelaki Melayu berperwatakan baik. Pertemuan petang itu sudah disusuli dengan panggilan telefon pada tengahari dan dipersetujui waktunya sekitar jam 2 45 petang. Kebetulan sesampai sahaja saya dipintu hadapan ofis calon tersebut baru sampai dan sedang berlegar-legar mencari bilik saya. Terus dia menyapa dan saya mempelawa nya masuk kedalam pejabat saya.

Saya menjemput nya duduk dihadapan meja. Beliau terus mengeluarkan kertas maklumat soal selidik dan menyerahkan kepada saya sambil memberitahu maksud kehadiran nya. Aduh terdetik hati saya...ish budak ni kalau ia pun bertanyalah khabar dulu...berilah saya sedikit ruang untuk bernafas dan duduk dengan selesa sebelum menjawab soalan yang dikemukakan..

Saya tidak menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada saya mengenai maklumat yang dikehendaki sebalik nya saya duduk dengan mencari keselesaan terlebih dahulu dan bertanyakan beliau bila kembali ke tanah air dan bertanyakan tempat beliau bertugas sebelum melanjutkan pelajaran. Beliau terdiam seketika dan mengendurkan keadaan. Sebelum ini saya lihat beliau sangat agresif dan menunjukkan kegairahan nya sebagai calon PhD dan dalam keadaan situasi yang mendesak.

Wahai anak muda walaupun dihadapan mu bukan saorang lulusan PhD (insyaallah suatu hari nanti) tetapi ada ilmu dan maklumat yang kamu perlukan, maka bertertiblah kamu untuk mendapatkan nya. Bina lah kepercayaan dan wujudkan lah suasana yang selesa diantara pemberi maklumat agar diskusi yang hendak diadakan berjalan dengan suasana harmoni dan baik.

Inilah kurang nya anak muda sekarang. Mereka perlu pandai membuka bicara, mempunyai rasa hormat menghormati, ada rasa rendah diri dalam ertikata nya melihat pengalaman diri yang masih kurang dibandingkan dengan orang yang lebih lama pengalaman walaupun kelulusan nya tidak sehebat kita. Adab menuntut ilmu ini perlu dipelajari dan dihayati serta di praktikkan terutama kepada anak-anak muda. kebolehan ini dipanggil "soft skill".

Di alam pekerjaan pun kebolehan soft skill ini menjadi penilaian kepada majikan untuk menerima kita sebagai pekerja disamping keterampilan diri dan kelulusan yang diperolehi. Kita tidak bekerja dengan menunjukkan kelulusan kita saban hari sebalik nya kita bekerja dengan perasaan, pengetahuan ,pengalaman, berkomunikasi dengan baik, komitmen yang tinggi, daya pujuk yang baik, dapat menyelesaikan masalah, dapat memberi keuntungan yang tinggi dan sebagai nya.

Sebab itu lah kita perlu beradab supaya kita dilihat mempunyai adab dan mengelakkan daripada bersikap biadab. Dan ia akan lebih menyenangkan kita bila berkomunikasi waima dengan orang yang tidak kita kenali sekalipun.

Pertemuan kami petang itu diakhiri dengan ucapan terima kasih dan seutas key chain menjadi cenderahati berlambangkan Australia. Made in China....
Saya mendoakan semoga beliau berjaya menamatkan pengajian nya dan bergelar Dr satu hari nanti Amin. Maaf hingga entry ini di tulis saya lupa nama nya.......

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification