Friday, November 18, 2011

SAAT YANG DINANTI

Insyaallah awal pagi nanti 1.30 Tn Haji Mohammad Nasir Bin Haji Sakijan serta isteri akan tiba dari Jedah setelah menunaikan Ibadat Haji bagi musim ini. Semoga beliau dan isteri memperolehi hj yang mabrur. Begitulah doa semua orang yang pergi dan semua orang yang mendoakan pemergian mereka. Bila saya menunaikan nya kelak sudah pasti itulah doakan yang akan dilafazkan oleh saudara mara sahabat handai serta rakan-rakan saya.

Perubahan diri...saya tak pasti ia terlalu subjektif cuma saya mengharapkan beliau berjaya bermuhasabah diri dan mengubah sempadan keimanan beliau dari sebelum nya kepada yang lebih baik menurut syariat agama kita. Sudah tentu banyak pengalaman yang beliau lalui yang bermenafaat bagi panduan kita semua agar hati kita sentiasa subur dan azam kita sentiasa membara untuk berkunjung kesana bagi sama-sama mengubah sempadan keimanan kita dan memperteguhkan lagi rasa keimanan itu disanubari. Kita mengharap agar beliau tidak lokek untuk berkongsi pengalaman nya kepada kita semua dan mengalu-alukan coretan nya di dalam blog ini sekembali nya nanti. Insyaallah.

Tanya lah Ustaz

Pagi ini saya mendengar ceramah dari Ustaz Dr Zahazan di TV 9. Yang berkesempatan anda boleh tonton setiap hari dari jam 7 - 8 pagi. Sambil bersarapan bersama isteri ( anak-anak masih menyambung tidur setelah subuh - perkara ini yang saya masih gagal untuk saya mengubah nya). Beliau menyatakan mendidik anak bermula semenjak dari kecil lagi. Beliau menyatakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu ada saorang kanak-kanak diminta oleh Nabi untuk mempelajari Bahasa Yahudi. (Tak ingat nama nya) Insyaallah lepas ni saya akan bersedia dengan pen dan buku catitan, kanak-kanak ini berumur 10 tahun dan diriwayatkan kanak-kanak ini berjaya mempelajari bahasa yahudi tersebut dalam tempuh 2 minggu. Kita mempelajari Bahasa Inggeris semenjak tadika dan lepas universiti pun tidak dapat menguasai bahasa tersebut. Walau apapun moral nya pendidikan itu bermula semenjak anak-anak kita masih kecil lagi. Ia lebih mudah di bentuk dan lebih berkesan kerana masa itu neuron otak nya yang berbilion lebih cergas dan aktif serta lebih mudah menangkap dan memahami apa yang dipelajari.

Assalamualaikum....kedengaran nya ada orang yang memberi salam diluar pintu rumah saya antara jelas dan samar-samar..tenggelam diantara suara tv yang sedang saya tontoni... salam di ulang lagi kali ini terdengar suara kanak-kanak Saya bangun dan menuju kepintu hadapan. .Setelah membuka pintu tersembul 2 orang kanak-kanak yang memberi salam tadi ---Ah... Adam dan Balqis rupa nya. Tidak kelihatan siapa yang menghantar mereka. kata nya mama nya yang hantar dan terus ke sekolah...Bapa nya ada di rumah.. saya menjemput kedua dua adik beradik itu bersarapan bersama kami....di ruang tamu arip masih berlengkar melayan mimpi nya.. Aduh ...Anak-anak zaman sekarang...bagaimana masa depan mu nanti..

Cuti sekolah sudah bermula

Hari ini cuti sekolah akhir tahun yang panjang sudah bermula. Anak-anak sekolah akan bercuti selama hampir 1 bulan setengah. Secara umur nya saya masih mempunyai saorang anak yang bersekolah iaitu tingkatan 3. Saya masih tidak merancang untuk pergi bercuti dengan anak-anak sempena cuti sekolah ini. Ini bersebabkan saorang anak saya masih menghadapi peperiksaan SPM yang akan berakhir pada awal Disember nanti. Tumpuan dan sokongan perlu diberikan kepada beliau yang sedang berjuang untuk menentukan masa hadapan nya. Semoga beliau terus tekun dan tenang menghadapi saki baki peperiksaan yang sedang berjalan. Semoga Allah membantu nya menjawab soalan yang diberikan. Amin

Dan hari Sabtu ini juga Muhammad Arif akan mendaftar bagi memulakan pengajian nya di semester kedua program Diploma di Kolej Teknologi Tinggi Sepang kursus Rekabentuk Grafik.
Alhamdulillah semester lepas beliau telah lulus semua subjek yang diambil. Ketika makan malam petang semalam saya sempat menasihati nya untuk belajar dengan lebih tekun dan menanamkan azam untuk memperolehi gred point yang lebih tinggi sekurang-kurang nya 3.5 ke atas. Dan saya meminta beliau menyukai kursus yang diikuti bukan hanya sekadar untuk lulus periksa tetapi sebagai perkara yang perlu dihayati dan dipelajari dengan penuh minat. Saya benar-benar berharap agar beliau beristikomah dalam menimba ilmu serta tidak mensia-siakan peluang yang ada memandangkan beliau telah banyak membuang masa dan umur nya yang semakin meningkat. Ayuh anak ku berubahlah untuk masa hadapan yang lebih cerah dan selamat. Jadikan pengalaman lalu sebagai tauladan dan mengubah sempadan masa hadapan mu untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Jangan lupa solat, sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon petunjuk dan hidayah di jauhi dari kawan-kawan yang membawa keburukkan serta mengambil kesempatan dari kelemahan kita. Dan ingat lah keluarga serta sentiasa menjaga nama baik keluarga.

Cuti sekolah ini juga tidak selaras dengan cuti di Universiti tempat saya mengajar. Ketika ini kuliah sedang berjalan dan akan berakhir pada penghujung bulan Disember. Oleh itu cadangan untuk bercuti agar sukar untuk dirancang. Kalau adapun hanya di hujung minggu. Lagi pun cuti sekarang kemana yang paling sesuai..musim tengkujuh sudah tiba..saban petang kita dilanda hujan.....apa pun saya cuba untuk merancang agar cuti hujung tahun ini tidak berlalu begitu sahaja...anak-anak harus diberikan pengalaman dan tanggungjawab yang berguna untuk masa hadapan mereka atau sekurang-kurang nya ada aktiviti yang dilakukan sempena musim cuti sekolah bagi perkembangan minda, kreativiti malah aktiviti menjana pendapatan ..siapa - siapa yang punya idea yang baik boleh lah kemukakan kepada saya...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification