Seminggu berlalu tanpa sebarang catatan. Bagi saya ia merupakan suatu kegagalan yang sangat teruk. Ternyata saya masih tewas oleh keadaan persekitaran dan semangat diri yang sangat rapuh.
Keazaman untuk menulis dalam entry ini saban hari atau paling kurang 3 kali seminggu ternyata gagal dipenuhi sepanjang minggu ini.
Jumaat 4 Nov 2011 Yang Lalu
Hari Graduasi Mohammad Afiq di SMK SS 18 Hebat Shah Alam. Ia merupakan majlis meraikan para pelajar tingkatan 5 yang bakal menamatkan zaman persekolahan selama 11 tahun bermula dari darjah 1 atau seusia 7 tahun. Beliau telah memulakan zaman persekolahan nya di S K Hamzah Machang Kelantan dan bakal menamatkan zaman persekolahan nya di SMK SS18 Hebat ini setelah tamat menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan berkahir pada pertengahan bulan Dis ini.
Tidak ramai ibu bapa yang hadir dalam majlis graduasi ini mungkin ia diadakan pada waktu bekerja namun kemeriahan nya masih tetap dirasai terutama oleh calon-calon yang mengambil skrol graduasi dari guru kelas masing-masing. Sudah pasti yang lebih menggembirakan ialah pelajar-pelajar yang diistiharkan cemerlang dalam peperiksaan percubaan yang lalu. Tahniah kepada yang cemerlang dan Tahniah kepada semua pelajar yang bergraduasi.
Cemerlang akademik bukan lah penentu kepada kecemerlangankerjaya serta sekaligus kecemerlangan dalam kehidupan. Ada banyak lagi fasa -fasa sepanjang kehidupan kita jika ditakdirkan kita berusia panjang. Fasa sekarang hanya fasa dialam persekolahan. Anak-anak akan memasuki fasa yang seterusnya iaitu alam pendidikan tinggi atau alam pekerjaan. Kemudian fasa berumah tangga. Fasa membesarkan anak-anak dan seterus nya fasa sebagai orang tua. Apa pun setiap fasa yang kita lalui mestilah berlandaskan keimanan, kepatuhan kepada suruhan dan ajaran agama kita iaitu Islam sebagai panduan dan pedoman kepada kejayaan didunia dan akhirat.
Ahad 6 November 2011
Allohuakbar...Allohuakbar...Allohuakbar Walillah Hilham...
Kita menyambut Aidul Adha atau Hari Raya Korban bagi tahun 2011.
Kami sekeluarga menyambut nya di rumah sendiri. Bersolat Sunat Aidul Adha di Masjid Negeri Shah ALam. Ramai warga asing yang bersolat disini. Selepas solat mereka bergambar dihadapan dataran masjid mengabadikan kenangan.
Kita doakan agar semua umat islam yang sedang mengerjakan haji di tanah suci termasuk Saudara kita En Muhammad Nasir dan isteri memperoleh haji yang Mabrur. Amin. Sama-sama lah kita menghayati kebesaran dan hikmah disebalik berbagai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam kehidupan kita. Nahar dan isteri sertaadik beradik nya berkunjung ke rumah saya dengan membawa kurma serta kismis kiriman dari Mekah. Petang Halimi dan sekeluarga berkunjung ke rumah kami dengan membawa daging korban. Terasa juga kemeriahan nya.
Saturday, November 12, 2011
Seminggu Berlalu Tanpa Catatan
8:59 AM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment