Semalam waktu pulang untuk makan tengahari terdapat sebuah bungkusan terletak didepan pintu rumah. Kelihatan nya seperti botol air yang agak besar didalam balutan plastik.
Setelah diteliti ianya memang sah botol plastik yang besar berisi air. Plastik nya mempunyai tulisan Arab dan alamat nya kepada saya Tertera nama pengirim nya ialah Mohammad Nasir. Sah ia adalah air zam-zam yang dikirimkan dari Makah 5 hari yang lalu.
Alhamdulillah air zam-zam kiriman dari KTS telah selamat diterima sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha. Insyaallah sesiapa yang datang berhari raya ke rumah nanti boleh dijamu dengan air zam-zam tersebut. Jemput lah datang ke rumah. Terima kasih KTS atas kiriman tersebut.Pasti nya sekarang mekah sudah semakin sesak. Masjidil Haram sudah pasti penuh dengan jutaan manusia. Cabaran KTS di sana juga makin bertambah. Semoga KTS dan isteri sentiasa dipermudahkan Allah.
Aidil Adha tahun ini kami sambut di Shah Alam sahaja. Biasa nya Aidil Adha tidak semeriah Aidil Fitri. Setelah solat hari raya tidak ada aktiviti ziarah menziarahi seperti mana Aidil Afitri. Kami masih belum merancang untuk kemana-mana walaupun ada satu hari tambahan cuti iaitu hari Isnin.
Walauapa pun Sambutan Aidil Adha perlu dihayati. Ia merupakan hari yang penuh dengan pengorbanan. Lambang ketaatan kepada Allah subhanahu Wataala. Kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada yang maha Esa. Kita perlu membaca sirah para nabi dan rasul untuk mendapatkan panduan dan pedoman hidup. Insyaallah saya sedang mencari kitab yang sesuai untuk dibaca.
Wednesday, November 2, 2011
Kiriman dari Mekah
4:15 PM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment