Akhir nya.
Hari ini internet rumah saya berfungsi semula. Setelah 4 hari rosak akibat dipanah petir yang sangat kuat. Panahan petir tepat mengenai arial TV dan bumbung genting di sekitar arial hancur berderai pada petang Jumaat lalu. Terdapat juga beberapa dinding rumah yang berlubang akibat panahan petir tersebut. Pecahan batu dan simen dinding bertaburan di dalam rumah. Beberapa peralatan letrik seperti TV lama di dapur langsung tidak berfungsi. Astro receiver juga musnah dan sudah diganti baru tanpa sebarang charge. Talian telefon musnah yang melibatkan internet dan modem terbakar. Semalam modem sudah diganti baru dan hari ini ia sudah boleh berfungsi semula. Lampu dan kipas diruang tamu juga mengalami masalah akibat panahan petir tersebut. Terdapat kesan hangus hitam dipermukaan syiling.
Terima kasih kepada En Halimi Bin Sakijan kerana sudi membantu membuat kerja-kerja pembaikan di rumah saya terutama membaiki kerosakan talian letrik untuk kipas dan lampu di ruang tamu. Juga kepada beliau serta pekerja nya Azman yang membantu menukarkan kabel Telefon rumah saya malam isnin lepas. Juga tanpa sebarang Kos. Saya menganggap ia sebagai amal jariah semoga beliau dan pekerja nya mendapat rezeki yang lebih murah dan bertambah atas pertolongan ikhlas yang diberikan.
Saya bersyukur atas segala kejadian yang berlaku tempoh hari. Ini baru panahan petir dan peringatan Allah kepada saya. Alhamdulillah tiada kemalangan dan semua ahli keluarga saya selamat. Saya terbayang bagaimana kehidupan mereka yang di Palestin sentiasa diserang oleh Israil dan kediaman mereka runtuh dibom oleh puak zionis ini. Di negara negara lain yang sentiasa bergolak dengan tiada ketenteraman dan jaminan keselamatan. Alhamdulillah kita masih selamat di bumi negara kita yang dicintai ini. Subhanallah Alhamdulillah...
Akhir sebuah penantian
Malam Sabtu lalu 1.30 pagi Tuan Haji Muhammad Nasir dan Isteri telah selamat kembali ke tanah air setelah berada di Arab Saudi bagi mengerjakan Haji dan Umrah pada tahun ini. Alhamdulillah mereka selamat tiba seperti yang dijadualkan dan kami tidak menunggu lama di KLIA.
Dalam perjalanan pulang beliau berkereta bersama saya. Sempat lah beliau meluahkan perasaan dan pengalaman beliau sepanjang berada di sana. Saya cuba mengesan jika ada sebarang perubahan karektor beliau sebelum dan selepas pasca haji tetapi gagal.Apa pun konklusi nya setiap mereka yang pergi menunaikan Haji akan merasai pengalaman yang berbeza-beza mengikut takdir dan bahagian masing-masing. Sekurang-kurang nya beliau telah melaksanakan rukun islam yang ke lima maka secara sefer nya lengkap lah rukun islam beliau. Mabrur atau tidak...ia bukan urusan kita...hanya Allah SWT yang menilai nya...saya sampai dirumah sekitar jam 3.30 pagi. Saya mengharapkan agar Tuan Haji Nasir dapat mencoretkan pengalaman dan nasihat beliau kepada kita yang belum menunaikan haji ini supaya dapat dikongsi dan dijadikan panduan kita kelak.
Ahad petang saya berkesempatan menziarahi beliau di rumah nya. Siapa yang ada gambar kepulangan beliau di KLIA boleh upload untuk tatapan dan simpanan serta pendokumentasian kita....
Akhir nya Cuti Semester
Akhir nya cuti semester untuk Muhammad Arif berakhir. Sabtu lepas saya menghantar nya kembali mendaftar di kolej nya. Ia merupakan semester kedua. Hampir sebulan setengah beliau berada di rumah sahaja. Diawal cuti dahulu saya menasihatkan beliau untuk membuat sketches dan drawing untuk mengisi waktu lapang. Tapi itulah anak-anak sekarang sampai sudah tak nampak pun hasil nya. Dengan bahasa mudah tak buat pun. Waktu saya seperti beliau mengambil kursus art and design bila cuti semester saya pulang ke kampung. Mengisi ,masa lapang dengan membuat sketches dan drawing. Waktu itu loteng di rumah kakik di pasir panjang adalah bilik saya. Sering kali bila cuti semester saya akan dikunjungi oleh Roskang (Dr) Pensyarah di UPSI dan Yusuf Marsidin (Cekgu) Seni di Sek Dato Mustaffa Pasir Panjang untuk meminta saya menunjuk ajar mereka melukis atau paling tidak melihat saya melukis. Tapi anak-anak sekarang lebih senang melanjutkan masa tidur mereka sehingga tengahari dan melayan internet.....aduh berbeza nya generasi sekarang yang dipanggail Generasi "Y". Saya pun tak faham apa maksud nya.....apa yang pasti tabiat dan kelakuan mereka tidak seperti zaman saya...Generasi apa ye....waktu itu. Apa pun saya sentiasa berdoa agar anak -anak saya yang dikatakan generasi Y ini tidak lupa solat dan agama nya serta kedua ibu bapa serta keluarga. Dan sentiasa berusaha dengan penuh semangat utnuk maju dan berjaya di dunia dan akhirat.
Akhir nya
Kak tie pulang semula ke Chini petang semalam. Beliau ke sini semata-mata untuk menunggu adik nya pulang dari mengerjakan haji di tanah suci Jumaat lalu. Malah beliau juga telah sudi bermalam di Kelang sempena meraikan kepulangan mereka. Saya amat berbangga mempunyai kakak seperti beliau sanggup datang dengan menaiki bas dari Cini saorang diri dan pulang juga dengan menaiki bas hanya untuk bersama adik beradik. Tidak ramai yang sanggup berkorban seperti beliau. Terasa layanan yang saya berikan sepanjang beliau di rumah saya sangat tidak memuaskan. Maafkan saya kak tie.
Akhir nya Bola Sepak
Akhir nya dalam perlawanan Bola Sepak sempena sukan SEA di Indonesia Malaysia menjadi juara mengalahkan seteru ketat Indonesia dengan tendangan penalti 5-4 setelah seri 1-1 dalam masa tambahan. Saya berpeluang mengikuti siaran langsung. Ternyata pemain kita telah bermain dengan baik dan penuh semangat walaupun Indonesia telah mendahului 1-0 di awal minit permainan bermula.
Jelas sekali semangat melawan yang ditunjukkan oleh para pemain kita dan ia tampak berbeza dari perlawanan perlawanan sebelum ini. Semangat seperti ini lah yang perlu ada dikalangan rakyat kita malah keluarga kita khususnya tak kira dalam bidang apa sekalipun ia perlu diusahakan bersungguh-sungguh tanpa putus asa untuk mencapai kejayaan.
Tuesday, November 22, 2011
Akhir Nya
11:40 AM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment