selawat dan salam buat Rasulullah saw.
pagi ini ana keklinik. pereksa darah dan gula. ubat pula dah habis. memang setiap bulan ana kena preksa kesihatan. dah banyak tahun kena buat perkara tersebut. dr beritahu tekanan darah ok. stabil. bulan lepas naik sedikit. ana jangka tidak berubah, kerana sejak akhir-akhir ini agak tension dgn kerja. rupanya sebalik. tetapi bacaan gula makin meningkat.
ana tahu kaedah bagi mengatasinya. makan dan exsersise. sudah banyak kali dr itu ingatkan supaya ana buat exsersise. pernah sekali beliau menawarkan basikal bodonya yg masih baru dan jaran diguna utk ana beli. tetapi saiz rumah yg terhad, ana tidak dapat terima tawarannya. kemudian beliau cadang supaya ana kayuh basikal keliling taman. itupun ana tak dapat follow. sejak akhir-akhir ini beliau cadang ana buat jogging atau walking. bawaklah sekali org rumah dan anak-anak. tapi lecehnya bawak anak, lebih banyak belanja dari berjogging. lari sikit, makan yg banyak. ana bayangkan kalau bawak farah jogging kat tasik shah alam. jumpa mc D kat bulatan tu berhenti makan. akhirnya matlamat nak bakar lemak dan kalories tidak tercapai, malah bertambah lemak dan kalories. bagaimanapun nasihat beliau yg ini ana ikut, tetapi jogging dalam rumah selama 15 menit.
pada masa ana berumur kurang 50 tahun, ana selalu beranggapan menjadi org tua akan menjadikan anda rehat dan tenang. ini disebabkan kita telah stabil dan anak-anak telah membina kehidupan sendiri. sesekali pada hujun minggu atau pada hari perayaan kita akan di sebokkan oleh anak dan cucu. tetapi rialitinya tidak begitu. masuk 50 tahun kita kena mengurus kesihatan kita dengan lebih bersungguh-sungguh. kita kena jaga makan dan senaman supaya makanan yg kita makan tidak menjadi sediment, terkumpul menjadi toksik dalam tubuh kita dan akhirnya memudaratkan diri. kita kena senam kerana dgn senam akan dapat membakar kalori dari makanan. itu sebab org kg dulu kalau meninggal kerana penyakit tua, bukan darah tinggi atau jantung. itu sakit org senang. wong sugeh.. tapi org kg sekarang sudah ramai yg meninggal kerana sakit wong sugeh. menunjukkan org kg juga sudah senang dan senang menguruskan sawah ladang mereka. dulu masa jaman ana kecil kena ngarit dan najak bendang maincannal. kesuh kapan arek rampung. rasa jemu nak kebendang setiap ujung minggu. tetapi kesihatan baik. tak ada perut boroi. gambar ana masa mula kerja.. aduhai cekeding.
kalau kita ingin supaya hari tua kita selesa dan tidak mengkusutkan fikiran anak istri kerana masalah kesihatan kita, jagalah kesihatan. kawal lah makan minum dan buatlah excersise. mainlah futsal ke joging ke secara regular/ tersusun. bagi mereka yg berkemampuan pergilah ke gym. disana senaman lebih teratur dan ada instructor sebagai juru pandu.
sejarah kesihatan keluarga kita menunjukkan darah tinggi adalah penyakit keturunan. dari arwah kakik kepada mak dan kini ana. tidak mustahil menurun ke generasi akan datang. tetapi kalau kita telah menjaga kesihatan sedari awal tidak mustahil ianya dapat dilewatkan dari menyerang kita. pada masa ana mencecah dewasa tiada siapa mengingatkan ana supaya berhati-hati dalam menjaga makan dan senaman. kini bila sudah merasainya baru terasa betapa perlu kalian diingatkan. ana percaya masih ramai yg tidak dapat mengikutnya. saly diingatkan supaya menjauhi minuman bergas kerana ada lelah, tetapi masih bedal semacam. tapi dia ada senam. ok gak. yg lain, balik kerja baring dan lelap. ini sangat tidak baik utk kesihatan badan dan mental. ana dah ingatkan.. jangan salahkan kami pulak dikemudian hari.
wassalam.
klang.