Sunday, October 3, 2010

idup / orep

assalamualaikum


segala puji dari Allah kepada Allah. Dialah yang memberi kurnia dan pertolongan kepada kita dalam menjalani liku-liku lorong kehidupan. syukur dipanjatkan kepadaNya kerana masih memberi peluang kita bertemu dalam kesempatan yg sangat bermakna ini. doa ana agar Dia memberi keberkatan buat kita semua. amin. selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw semuga kita mendapat balasan salam dari Allah lantaran selawat & salam kita buat baginda.


minggu lepas ana hadir solat hajat disurau sekolah farah. tujuanya bagi memohon keberkatan dan dimudahkan anak-anak sekolah yg muslim/muslimah menghadapi pepereksaan serta mendapat keputusan cemerlang. dalam slot motivasi, penceramah menyatakan: 'suka atau tak suka, bersedia atau tidak bersedia; minggu depan kena ambik pereksa pmr'. ini kerana masanya telah sampai. masa adalah sebahagian dari kehidupan. falsafah masa pada ana is vehicle without brake or reverse gear. ia tak akan berhenti buat menunggu kita yg belum bersedia atau ia berundur supaya kita dapat mengulangkaji semula. ia akan terus bergerak forward/ kehadapan dan kitalah sebagai penumpangnya kena sentiasa alert dgn sebarang kemungkinan kerana hidup ini penuh dgn serba kemungkinan. bagi menghadapi semua itu kita perlu kepada ilmu. sebab itu kita belajar. Nabi saw memberi tip dalam belajar supaya jangan cepat puas, jangan berhenti tuntutlah sehingga ke negeri cina.


pagi semalam ana telepon uncle nuri jam 8 pagi. beliau sedang berada di dewan berlepas klia utk ke cina. sudah beberapa kali beliau kesana, tak mengajak pun utk pergi sama! kalau adapun hanya verbal patutnya bagilah tiket sekali. gurau je, ana tau uncle kalian tu kesana atas urusan jabatanya. ada juga ana katakan belilah apa-apa souvenior... itupun bukan memaksa hanya sekadar penutup bicara kepada seseorang yg akan keluar negara. kita berharap agar banyak yg dapat dipelajari dan diberitahu kepada kita. maklom dalam keluarga kita bukan ada yg dapat peluang merialisasikan hadith tersebut selain beliau.


apa yg farah dan uncle nuri lalui adalah sebahagian dari proses kehidupan. Hidup! dalam bahasa verbal 'idup'. h nya tak dibunyikan. dalam bahasa jawa ibunda kita disebut orep/ urep. sama seperti menghadapi pereksa farah, kita kena menghadapi hidup setelah kita dilahirkan. mahu atau tidak mahu, suka atau benci; kita kena hadapi. falsafah hidup pada ana is managing your field as good as possible. hidup ini umpama ladang yg perlu diurus sebaik mungkin. ladang kita boleh jadi di lembah hijau, boleh juga dipadang gersang dan boleh jadi di gurun sahara. walau dimana perlu diurus secara excellent. bukankah manusia ini tidak sama ketentuan takdirnya. ada yg senang, ada yg susah. ada yg lapang ada yg sempit. ada yg dikawasan panas ada yg duduk di kawasan sejuk berais. semua menjalani hidup sebelum dimatikan.


sedap je ana menggunakan perkataan falsafah dalam entry ni. macamlah dia tu seorang philosofer. kelmarin dan semalam ana berpeluang menghadiri konvensyen kaunsling di uitm. universiti nuri dan salbiah. mulanya ana keberatan kerana ini bukan desipline ana dan berasa asing; tetapi akhirnya ana sangat bersyukur kerana mendapat ilmu baru bagi mengharungi idup. maka disebelah dewan konvensyen terdapat pameran jabatan dan jualan buku-buku berkaitan. ana mana boleh nampak buku, pasti allergic. buku-buku berkenaan adalah terbitan universiti tempatan yg ditulis oleh pensyarah mereka dalam bidang kaunsling dan saikology. ada terbitan ukm, usim, upsi - tempat uncle roskang(dr) mengajar, utm- tempat nahar ambil out camp dulu, uni ebal pun ada- uthm, banyak juga ana belanja utk 7 buah buku; dimana salah satunya berkaitan dgn falsafah. begitu kuat pengaruhnya sehingga baru baca pendahuluan buku itu ana sudah menggunakan perkataan falsafah. kalian jangkalah sendiri kalau ana sudah habis membacanya kelak. tapi entah bila..


hujung bulan sudah ana bertemu seorang sahabat lama, dalam satu jamuan raya. dia bertanya umur, ana katakan 52 dan sudah tua. beliau menyangkal dgn menyatakan kalau ana mati pada usia 120 th; ini belum separuh pun. ini jawapan utk membuat ana senyum lebar, tapi kalau ianya satu doa baik juga kan. sebagaimana yg Nabi saw bagi tip, tua itu ada tandanya. gigi mula gugur, kudrat mula kurang, mata mula kabur. lainlah kalau masih segar, bertenaga, masih bersemangat dan diminati aweks. makcik kalian pastinya kurang senang dgn kenyataan ini. bagaimanapun ini sebahagian dari idup. dimana akhir idup adalah kematian. sebelum ianya sampai kita kena menghadapi segala macam kerenah dan kehendak kehidupan.


sebuah lagi buku yg ana beli adalah berkaitan dgn pembangunan kendiri. kendiri = penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri. sama ada positif atau negatif. konsep kendiri berkait rapat dgn perasaan. buku ini ana beli bagi membantu seseorang yg sedang kebuntuan. nasihat ana sebelum ini tidak tepat kepada masalah yg dihadapi. kerana itu ana perlu mendapatkan lebih banyak maklumat. satu sumbernya adalah dari buku. itu sebab ana beli,baca dan fahami. kalau ana gagal utk faham, gagal lah ana; tetapi sekurang-kurangya ana sudah berusha menolong dan mendapatkan ilmu berkaitan. bukankah menuntut ilmu itu infiniti. tiada titik akhir pada usia, tempat dan masa. kalau beliau terbaca entry ini, mungkin sebahagian dari masalahnya akan selesai kerana mengetahui emphaty ana kepadanya. berbeda dgn simpaty, empaty adalah keadaan dimana ana dapat meletakkan diri ana kedalam dirinya. tahu masalah yg dihadapi dan betapa ianya perlu diselesaikan. sedangkan simpaty hanya satu perasaan luaran bagi meredakan emosi seseorang yg ditimpa musibah. dalam kaunseling empaty sangat penting.



dalam idup ini kita pasti menempuh jaman kanak-kanak. Nabi saw menyatakan jaman itu terbahagi kepada beberapa fasa. seorang bapa perlu berperanan dalam setiap fasa. pada usia 0-7 tahun, bermain-mainlah dengan anak kamu. 7-13 tahun, ajarlah dia disiplin. pada usia 13-18 tahun jadilah rakan karibnya. pada usia 18 tahun terimalah dia sebagai orang dewasa. penceramah menyarankan supaya anak kecil di kendong diatas pundak. dgn itu si anak akan dapat melihat dunia dari atas, kerana selama itu dia merangkak dan mendongak. bila melihat salbiah pada hari ini, ana tidak dapat bayangkan bagaimana dia duduk diatas pundak ana suatu masa dahulu. adakah seorang ibu/bapa dapat diterima sebagai seorang rakan? yg karib pulak tu. seorang ibu menceritakan bagaimana dia ditolak dari menjadi rakan facebook anaknya. requestnya ditolak. apabila ditanya jawab si anak, mama mak farah; bukan kawan farah. sedangkan dalam jaman kanak-kanaklah masa kritikal utk menjadikan seseorang itu kendiri positif atau negatif.

ana pun tidak tahu samada ana telah menjadi seorang bapa sebagaimana yg dinyatakan. adakah ana menjadi rakan karib kepada nahar, ebal, saly pada masa usia mereka 13-18 tahun? ebal pada masa itu di sekolah asrama, setiap ujung bulan ana datang dgn keluarga makan-makan tanya pasal belajar dan beri sangu[wang belanja] then balik. kini dia dah lebih 20 th. and ana should treat him as matured person. yg boleh berfikir, memilih dan membuat keputusan. keputusan ini mungkin boleh dikemukakan kepada ana atau abang dan kakaknya sebelum dilaksanakan bagi mendapatkan pendapat senior kerana kami lebih berpengalaman. rasanya ana telah berperanan begitu. apabila ebal bertanya: abah, minggu depan ada cuti beberapa hari; patutkah ebal balik rumah? mungkin dia sudah ada keputusan, tetapi ingin mendapatkan maklumat disini. mana tahu ana tiada dirumah. budak u kan lain sikit fikiranya. jangkauanya jauh kehadapan. tetapi adalah beberapa pendapat dan perkara yg ana tanyakan supaya keputusanya utk balik sudah mengambil semua faktor. ada banyak lagi perkara yg perlu dilakukan dan diketahui sebagai seorang bapa,suami dan ahli masyarakat. kerana ianya adalah sebahagian dari hidup.

kesimpulanya hidup ini mesti kita lalui. matlamat idup seseorang berbeda, mungkin material, status atau pride. tetapi matlamat yg benar adalah beribadah kepada Allah swt. utk itu kita kena ada ilmu, kena belajar. idup juga perlu dilalui secara positif. ada kerja buat saraan. ada keluarga agar umat berkesinambungan. ada tangungjawab yg perlu diselesaikan. sebagai individu, ketua keluarga dan ahli masyarakat. mungkin dimana-mana bahagian kita akan tergelincir, maka kita perlu berjumpa kaunselor utk mendapatkan kaunsling. memang ana baru balik konvensyen kaunseling, tetapi belumlah layak menjadi kaunselor. buku 7 buah tu pun baru mukaddimah. tak taulah kalau dah habis baca. tetapi mana tahu dari kaunselor jadi philosopher.

apa pun idup perlu diteruskan. dgn ilmu, semangat dan keyakinan. segala masalah perlu diselesaikan dgn musyawarah. setiap kebuntuan pasti ada jalan keluar. dan pergantungan kita hanyalah kepada Allah swt. jalanilah hidup ini dengan sebaik mungkin dalam keredaan Allah swt. insyallah.

wassalam.
klang.

4 comments:

pe said...

bagi bulan oct ini ana sudah mendahului nuri, suria dan yg lain-lain. hidup ini satu perlumbaan. ana sudah memenanginya.

Ini Iqbal Nasir said...

Salah satu alasan yg sgt selalu didengar apabila x nak add mak/bapak dalam facebook ialah nak mencarut susah...sbb kan bila kita pergi kat home page facebook, kan ada status terbaru friends kan? so, klu nak mencarut kat member susah la sbb takut kantoi dgn mak/bapak...

pe said...

kah..kah.kah..
o... ye ke
baguslah kalau ada rasa hormat.
tapi perlakuan tersebut tetap x baik

paman nok said...

Assalamualikum
Panjang jugak entry engko kali ini. Memang mendahului orang lain. Ambik nafas jugak untuk selesai membaca dan memahami.Kebetulan semasa di China tempohari aku tak sempat nak buka blog kita lantaran kemudahan nya perlukan ongkos untuk dilayari.Insyaallah akan aku catatkan pengalaman di sana sesudah bebrapa kali aku berkesempatan menziarahi negara yang masih mengamalkan fahaman konunisma ini. banyak juga perkara-perkara yang baik untuk dijadikan contoh dan ikutan yang kalau diteliti mereka juga lebih mempraktiskan amalan yang sepatut kita ikuti sebagaimana yang dituntut oleh syariat agama kita. Dalam penerbangan balik dari Cengdu China ke KL ramai anak-anak muda dari sana balik ke KL setelah bercuti untuk kembali menyambung pelajaran mereka di kolej-kolej universiti swasta sekitar KL. Mereka memilih KL kerana ramai cina dan merasa tidak asing serta boleh memperbaiki Bahasa Inggeris mereka. Berapa ramaikah anak muda kita yang berani seperti mereka...merantau kenegara luar yang asing dan kita terikat dengan mentaliti susah nak makan..susah nak cari makanan halal..susah nak berkomunikasi...dan segala nya susah..sedangkan kita disajikan dengan teknologi yang canggih..Google map.GPRS dan lain-lain walau kemana kita pergi di dunia ini kita tidak akan sesat .face book...twiter.boleh digunakan untuk mencari kenalan dan .layari sahaja hotel mana diseluruh dunia ini kebanyakkan nya mempunyai laman web..kenapa kita tidak berkomunikasi dengan mereka di luar sana..kita bangga menggunakan teknologi tetapi masih duduk dibawah tempurung yang sama...Negara china suatu masa dahulu negara yang menerima tempahan .."made in china" tetapi sekarang mereka sudah berubah kepada sebuah negara yang mencipta dan menawarkan produk jenama mereka sendiri untuk pasaran antarabangsa..renung-renungkan lah.
Insyaalah akan aku tulis kan nanti dalam entry yang baru.
Wassalam.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification