Sunday, November 1, 2009

selamat menghadapi pereksa vs selamat berjuang.

dua minggu lepas aku memesan tentang persediaan. anak-anak tentunya telah bersedia. seawal adam sekalipun pasti telah dingatkan pentingnya pereksa dan dapat menduduki kelas terbaik pada tahun hadapan. sebahagian dari ingatan itu bagi memenuhi kehendak ego kita.

minggu hadapan minggu pereksa. minggu penting kepada seorang pelajar. ianya menjadi lebeh penting kepada pelajar akhir tahun. beberapa tahun lalu anak memesuki kebun, bertanam, membaja dan mengawasi - hasilnya bakal dituai. kita mengharapkan hasil terbaik yg bisa terjual dan memberi keuntongan.

kami yg tua-tua [walau ada yg belum berapa tua] pastinya telah mendoakan, munajat kehadirat Allah Yang Maha Esa agar anak-anak diberi kekuatan dan kejayaan. inilah air penerang hati buat kalian. seperti air yg di minum memberi kesegaran dan semangat hidup, begitulah harapan kami tatkala kalian menghadapi kertas pereksa.

pereksa bisa menjadi momok kepada sang penakut. ketakutan berupaya mengubah tunggul menjadi hantu menakutkan. ku harap anak, kau tidak menghadapi pepereksaan dengan takut atau gegabah! kalau kau menghadapi secara itu, sebahagian kekuatanmu telah hilang. keyakinan mu akan menurun; oleh itu hadapinya dengan tenang, dgn sabar dan kehatihatian.
ikutilah nasihat ini!

menghadapi pereksa seumpama kau memasuki satu medan peperangan. musuhmu adalah soalan yg tersembunyi. senjatamu adalah pengetahuan yg kau kumpul beberapa minggu ini. lazimnya pasukan punya persenjataan lebih banyak dan teratur akan dapat memenanginya. tetapi ingatlah peperangan bukan ditentukan oleh senjata semata.
peperangan juga permainan seterategi!
aku kurang arif tentang seterategi. arip mungkin lebih arip. tetapi bibiksuria dan paman nok serta yg same spesis dgn mereka lebih arif. aku kurang pasti samaada mereka masih berminat menulis atau punya waktu lagi utk itu.

anak-anak teguhlah dgn matlamatmu - peperangan ini mesti dimenangi - dgn kejayaan.
sesungguhnya kejayaan itu:
sebahagiannya usha - sebahagiannya doa.
kalian berusaha - kami mendoakan - selain doamu sendiri.
semuga berjaya anak!
insyaAllah dgn cemerlang sekali.

wassalam.
klg.okt.31[12tghmlm]

2 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Disebabkan abah suruh komen, ebal komen la. banyak typing error gak. Okey, back to the topic. Examination for me is not a priority, but it is really important. Saja nak tulis BI, maksudnya disini ebal blaja bkn utk periksa. peperiksaan adalah kayu pengukur keberjayaan kita dalam menguasai satu2 bidang itu. Kita belajar untuk mengenal kebesaran Allah, Islam menyuruh kita untuk belajar. pandai atau tidak itu blakang kira. Kekecewaan kita keatas suatu kegagalan sepatutnya adalah kerana kita gagal menguasai suatu bidang itu dan bknnya kita kecewa kerana risau masa depan gelap. Bukanlah periksa itu memberi rezeki kepada kita, ia hanyalah sekadar satu alat, tool untuk kita mendapat rezeki, klu kita bgus dlm exam, kerja kita pun sng sikitlah laluannya, sbb kita dah ada kepakaran...Kesimpulannya, exam bknlah segalanya, tapi jgnlah pula memandang mudah tentang exam pula...itulah dia pendapat ebal...pndapat je...rasanya abah karang pnjang td...

abh said...

ini satu polimik'
perbahasan diteruskan setelah pereksa abis.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification