Keluarga-keluarga pada tahun 60an mempunyai hubungan erat diantara adek beradik. rasa memerlukan dan pergantungan sentiasa ujud. hirarki dalam keluarga juga jelas. abang sulong sentiasa dihormati dan ditaati. dalam masa sama beliau juga membina rasa tanggungjawab kerana bapak selalu berkata: ' jaga adek-adek bila aku dah tak ada nanti '.
oleh kerana kami adek-beradek selalu bersama, adalah kenalan bapak yang bertanya: ' iki anak mu jan, kok laen rupane....' tentu kau dapat mengagak kepada siapa kata-kata itu ditujukan. kadang-kadang bapak dengan nada bergurau akan menjawab: ' anak keleng pt.4...' sesiapa yang tinggal di pasir panjang, sekinchan dan sg. burong tentu tahu penduduk majoriti pt.4. sg. burong. pada zaman kanak-kanak aku memang agak aggresif dan lebih banyak menghabiskan masa diluar. kerana itulah aku lebih ' irengg' dari nuri dan kang mis. kak tie tak usah ceritalah; dara pingitan mana keluar rumah!
dalam keluarga aku anak no.3. kata orang anak no.3 agak pelik. pembawaan dan sikap mereka berbeza dari adek beradik. kalau yang lain baik, dia degil. kalau yang lain ramah, dia reserve dan kurang bercakap. selalunya dia tersisih kerana cannot match with the others. sebenarnya jiwa anak ke-3 sering memberontak, rebellion, sentiasa ingin perubahan dan reformasi. kerana itulah mereka kreatif!
aku tahulah kerana aku anak ke-3.
mari kita semak anak ke-3 dalam keluarga. arie, kak oya, ebal, afik dan alia.
nahar, salbiah dan kak oya pernah menggunakan kereta lama aku ke The colmar tropicale di Bukit Tinggi, Janda Baik. pusat peranginan yang menggunakan thema kota perancis tu. ku kira pastinya nahar yang memandu, tetapi kata salbiah; kak oya yang memandu! aku sendiri tak konfiden menggunakan lebuhraya karak setiap kali ke cini kerana laluan berbukit; kak oya malah mendaki puncak curam untuk ke pusat peranginan tersebut. dgn kereta burok!
apakah yang kau faham mengenai sikap dan fikirannya. tentunya kini ia tidak ragu-ragu nak kemana sahaja dengan kereta barunya.
arie pernah meninggalkan kampong utk. bekerja pomen moto di ceras kalau tak silap aku. tapi dia bukan minggat. bapaknya dulu pun pernah meninggalkan kampong utk. kerja kilang di shah alam. bapaknya pun bukan minggat, hanya nak menolong keluarga. tapi bila dengar arie nak kawin, tiadapun lembaran kisah laila-majnun yang boleh dibaca dimana-mana mengenainya. kau sangat berani arie!
ebal? sangatlah aku fahami. ia adalah sebahgian dari aku. blognya infinitesane menyatakan segalanya. agak menongkah arus dari rakan segenre. teruskan momentum mu, tapi dengan hati-hati kerana penulis harus ada empathy.
tiada lagi catatan dalam mindaku tentang afik dan alia. watak dan keperibadian mereka masih berkembang. tetapi ibubapa mereka pasti mempunyai cerita sendiri mengenai anak-anak ini.
no-3 adalah nombor yg tidak lengkap. nombor yang lengkap adalah no.8. kerana itulah ia sentiasa resah dan tidak puas hati, sentiasa mundar mandir mencari jalan keluar. jika ia mendapat lorong yang betul, dia akan bahagia. jika ia menemui lorong gelita, kegelapan dan kesukaran bakal ditempuh.
aku sering menghadapi cabaran dalam hidup ku. waktu sekolah rendah aku pernah patah tangan kerana ditimpa hendal basikal, hendal basikal je bro ! sedangkan nuri lebih banyak jatuh basikal. kalau kesawah penyengat sangat gemar menyerang aku, sedangkan nuri atau kang mis ada disebelah. aku percaya mereka yang senombor dgn ku juga begitu; pada situasi dan senario zaman mereka.
anak no.3 jangan dibiar sendirian dalam menjalani hidup. ia perlu dibimbing dan diperhati. jiwa nya sentiasa bergelora dan bergelojak, seperti lahar gunung berapi sentiasa mencari jalan keluar; membakar siapa menghalang. oleh itu ia perlu mengikut lorong yang benar. mendapat lorong yang benar perlu penunjuk arah, agar tidak sesat atau kesasar.
anak-anak yang pelik, sebenar-benarnya kau sedang diperhati. insaf dan tahulah. hanya mata rabunmu membutakan kau dari melihat sang pengawas. pengawas tidak pernah tidur atau alpa. ditangannya buku dan pena pencatat. malulah kalau catatannya burok dan busok. tega kah kau menatap atau menghidunya!
begitulah nasib kami, sentiasa diperhatikan kadang-kadang dengan curiga; segalanya.... sehingga kepada sepatu kita. begitulah kita anak no.3 yang pelik.
jumpa lagi.
wassalam.
18.novem.09
10 mlm rabu
klang.