Hari Ahad di Jepun...
Kami keluar dari rumah sewa sekitar jam 9.00 pagi selepas sarapan. Mudah nya dengan menyewa rumah melalui AirBnb hampir segala keperluan disediakan termasuk dapor periok belangan pinggan mangkok dan lain lain...Dapor di jepun segala nya elektronik...pemanasan tanpa menggunakan api...peringkat awal kekok juga nak menggunakan nya...segala nya menggunakan sensor...
Jika melancong ke jepun bawaklah periok nasi sendiri kerana beras banyak dan mudah didapati di kedai. Sayur sayuran serta telur dan barang keperluan masakan juga mudah diperolehi...cuma bahasa sahaja yang agak menyukarkan kita untuk bertanya.....apa lagi cari sampai dapat dan bahasa isyarat jer lah.....asalkan paham...
Hari ini kami meneruskan pengembaraan di sekitar Bandaraya Osaka..kali ini kami menuju ke Stesyen Morinomiya untuk ke Osaka Castle.Di jepun ia dikenali sebagai OSAKAJO..yang merupakan ikon bagi bandaraya Osaka. Sebuah istana lama yang berwarna putih berbumbung warna hijau setinggi 6 tingkat berdiri megah di atas bukit. Ini kali kedua kunjungan saya ke sini..dan hari ini saya menjadi pemandu pelancung untuk keluarga saya pula.
Dari stesyen Morinomiya perlu berjalan kaki hampir 800 meter dengan menaiki anak bukit serta tasik dan taman di sekitar nya. Pemandangan di sekitar laluan untuk ke White Castle agak gersang...pohon pohon sakura hanya tinggal ranting dan sedikit putik baru sedang muncul..Ia akan menjadi sangat cantik apabila tiba musim sakura berkembang sekitar bulan April dan Mei....namun begitu kunjungan pelancung ke Osaka Castle tetap ramai ...
kami tidak memasuki Castel ini kerana bayaran nya agak mahal juga ..sekitar 600Y kalau tidak salah. Menurut mereka yang pernah memasuki nya terdapat pelbagai artifak serta perabut serta pakaian samurai zaman Tokugawa sehingga ke pemerentahan Meiji .....dan sekarang ia berfungsi sebagai muzium. Osaka Castel ini dikelilingi oleh parit serta tasik yang agak dalam dan luas. Ia bertujuan untuk keselamatan dari serangan musuh yang datang menyerang pada zaman dahulu. Menarik nya parit serta tasik ini dalam keadaan bersih dan disetengah tempat kelihatan ikan koi jepun yang besar besar berwarna kuning merah dan putih berenang dengan bebas...
Setelah puas menikmati pemandangan disekitar Osaka Castel kami meneruskan pengembaraan kami ke tempat yang lain...Hommachi...kabar nya disitu terdapat gedung Whole Sale yang besar....
Setiba nya kami di Hommachi stesyen keretapi agak lengang..dan banyak laluan ke shopping area telah ditutup .... sebaik kami muncul dari stesyen bawah tanah itu kami memang berada dibangunan Whole Sale yang sangat besar dan panjang tapi sayang nya pusat membeli belah itu tutup pada hari Ahad.....Dalam suasana dingin kami menyelusuri jalan yang akhir nya menemukan kami dengan kedai menjual peralatan memancing yang dibuka pada hari itu....dan seketika itu juga kelihatan habok putih berterbangan jatuh dari langit ..semakin lama semakin banyak dan tebal.......Salji turun lagi....dan kami menikmati nya untuk seketika sebelum tuan kedai pancing itu memanggil kami masuk kekedai nya takut kami kesejukan........
Ikhwan membeli sebatang joran dan beberapa peralatan memancing....kami pula mengambil peluang memanaskan badan di kedai pancing itu sambil menunggu salji reda....Ahad banyak pasar raya dan gedung membeli belah tutup di Osaka...jalan raya juga agak lengang..Kami balik kerumah untuk memasak kerana kelaparan...
Hari minggu yang lengang |
Jumpa lagi...
0 comments:
Post a Comment