Tuesday, July 31, 2012

KOREA 2012 Last Part

Ini merupakan enrty terakhir tuk tajuk ini...
Rasanya kali ini aku akan menceritakan serba sedikit apa yang aku tengok dan belajar sepanjang seminggu berada di Korea.

Kalau diikutkan, ini baru kali ke 3 aku ke luar negara. Kali pertama ke Xiamen, China diikuti dengan ke Hatyai, Thailand. Walaupun bukan semua orang di Korea boleh cakap Eng tapi di sini rasanya lebih mudah untuk berkomunikasi bahasa isyarat daripada di Xiamen. Hatyai tak payah ceritalah..BM pun diorang boleh cakap. Papan tanda juga mudah untuk dibaca kerana terdapat perkataan dalam bahasa inggeris.

Bandar Changwon bukanlah bandar pelancongan tetapi keadaan sekitarnya amat bersih. Anjing-anjing liar tidak kelihatan..sama seperti ketika di Xiamen. Hampir semua bangunan mempunyai paten yang sama..kedai-pejabat-hotel. Papan tanda penuh di setiap bangunan. Semua bangunan mempunyai parking bawah tanah. Susah nak jumpe tempat parking terbuka apatah lagi parking free.

Selain kereta, basikal merupakan kenderaan ke 3 di sana. Orang di sana memang tidak guna motor...yang guna motor hanya kedai yang buat delivery sahaja. Nampak pelik tapi itulah hakitatnya. Basikal sewa senang nak jumpa di Changwon..sewa di A boleh letak di B, tidak perlu balik ke tempat asal. Memang menarik..terfikir juga, boleh ke benda ini dibuat di Malaysia..entahlah.

Tidur juga agak menjadi satu masalah bagi aku. Walaupun beza masa hanya +1jam, tetapi aku tidur ikut waktu Malaysia tapi nak kena bangun ikut waktu Korea..memang sampai ke sudah tak dapat adjust timing tue..

Di Seoul pula, benda yang menarik perhatian aku adelah subway nya. Laju & Cepat. Walaupun terlalau banyak perhentian dan perlu bertukar line subway (ade 6 line) tetapi jarang tengok trainnya penuh dengan orang walaupun time balik kerja kerana subway-nya sentiasa ada dalam masa 5 minit sekali, train panjang pula tu...Kalau komuter kite??emmm...

Dalam entry sebelum ini, ade yang tanya kos kalau bercuti kat Korea berapa..lebih kurang boleh cakap macamni lah..kalau cari tiket kapal terbang betul2..tunggu promosi air asia ke..bawah 1000 pun leh dapat..pegi balik siap beg & makan skali..kalau 1000++ sikit pun kira murah dah tue..penginapan??ade orang malaysia buat macam homestay kat seoul..tak perlu risau..hotel murah pun nampak banyak gak kat seoul/Itaewon..Ramai student Malaysia kat sana wat part time tour guide..sampai dah ade yang beli kereta dah sebab wat part time jer..MAcam aku punya tour guide..dia bawak kedai cenderahati dia biasa bawak pelancong Malaysia...so kedai bagilah diskaun sampai tauke tu pun dah leh cakap BM..

Kalau nak ikutkan duit Korea lagi besar dari duit kita, so barang-barang kat sana memang banyak yang mahal-mahal (kat changwon, makan n.briiyani/roti naan/kari, 2org dekat 60,000won=RM180...giler kau) tapi ada barang macam untuk penjagaan diri (skinfood, the faces shop)..harganya jauh lagi murah kalau beli kat Malaysia..Brooch pula kat sini lebih RM40...kat sana RM15 dah boleh dapat..

Cenderahati lain macam key-chain, sedu/chopstik korea, t-shirt korea, biasa jelah harganya..takdalah mahal sanagat..paling senang nak jumpe poster artis K-Pop..

Pada pendapat aku juga, makan takdalah susah sangat. bawak makanan dalam pek dari malaysia, nasi segara boleh dibeli dengan mudah di 7-11. Makanan Korea pun boleh dimakan asalkan bukan daginglah..sebab kat sana diaorang tak pakai minyak berasaskan haiwan tapi minyak sayur..so takdalah risau sangat..Kimchi & Bibimbap (ni je makanan korea yang sempat makan) memang sedap.

Setakat ini, ni je yang aku leh ingat..kesimpulannya, Korea memeang sebuah negara yang cantik, bersih dan menarik untuk dilawati..kalau ade tambahan@pertanyaan boleh sambung kat komen nnti...

Assalammualaikum...


Monday, July 30, 2012

KOREA 2012 Part.5

14.7.2012
Pagi ini, kami akan meneruskan lawatan kerja ke Cheonggyecheon Stream sekali lagi tetapi kali ini bersama Prof. Kim daripada University of Seoul untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai projek pemuliharaan sungai tersebut. Sebelum meneruskan lawatan, kami semua ke Namdaemun Market untuk membeli cenderahati kerana kedai di situ tutup pada jam 2pm.
Kemudian kami ke Insa-dong untuk lunch sebelum ke Cheongyecheon. Untuk kali pertama, kami makan makanan Korea..Bibimbap namanya..nasi, sayur dengan sos..itu sahaja...tapi sedap sangat..


Lawatan diteruskan ke Cheonggyecheon dengan mendengar penerangan daripada Prof. Kim mengenai program pembersihan sungai tersebut. Sepatutnya selepas itu, kami akan ke Sungai Han tetapi akibat kekangan masa, kami tidak dapat ke sana (kecewa giler..lagi satu tmpt aku teringin nak gi..).


Bos kecik nak shopping lagi..kenalh ikut..kaki penat berjalan dah..

Malam itu, jumpe Prof.Kim & geng untuk dinner bersama-sama..

15.7.2012
Hujan renyai-renyai..
Mengiringi kepulangan kami ke Malaysia..
Menaiki bas ke Airport Incheon pada jam 7.00am dan sampai lebih kurang jam 9.00am.
Menaiki flight jam11.00am dan sampai di KLIA jam 5.30pm..


KOREA 2012 Part.4

3 hari terakhir aku di Korea merupakan hari yang paling memenatkan sepanjang berada di Korea. Aktiviti dipenuhi dengan lawatan kerja dan lawatan shopping. Terima kasih kepada student Malaysia di Korea, Amir namanya yang membawa kami semua berjalan-jalan di Seoul.

13.7.2012
Pagi-pagi aku dah bangun untuk bersiap-siap menunggu bas yang akan membawa kami semua ke Gimhae Airport untuk ke Seoul. Pagi itu sebelum ke Seoul, kami akan melawat Sungai Nakdong di Busan sebagai sebahagian daripada lawatan ke Korea pada kali ini. Lawatan kami ini juga di sertai oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Elizabeth Wong Keat Ping yang menghadiri Ministrial Forum di EAS Congress sehari sebelum itu.

Kami telah dibawa ke Nakdong Estuary EcoPark oleh Mr.Son, rakan pada kenalan kami di sini. Di sana kami ditunjukkan bagaimana mereka menjaga kawasan tersebut.

Selepas lawatan, kami di bawa makan tengahari di sebuah restoran Turki. Makanannya memang sedap. Terletak dibelakang masjid tetapi selepas makan baru kami perasan terdapat masjid di situ, kalau tidak pasti kami dapat bersembahyang jumaat di sana. Rugi-rugi..






Jam 4.30pm, kami menaiki Korean Air ke Seoul dan sampai jam 5.30pm. Kami menaiki Subway untuk ke hotel penginapan kami di Itaewon, Hotel Hamilton dan tour guide kami, Amir telah menunggu di sana. Kami sampai di hotel tersebut lebih kurang jam 7.30pm.
Jam 8.30pm, kami keluar semula untuk mengambil YB Elizabeth di hotel lain, tidak jauh dari hotel kami untuk dinner bersama-sama. Selepas dinner, kecuali YB (sbb esok dia balik pagi2) kami menikmati malam di Cheonggyecheon Stream, memang cantik, bersih..sama macam tengak di tv. Orang pun ramai di sana. Selepas itu, kami ke Dongdaemun Market untuk membeli cenderahati dan pulang ke hotel pada jam 1.00pagi.



Malam di Itaewon amat hidup di hujung minggu kerana kawasan ini merupakan kawasan tunpuan pelancong dan pub dan bar terdapat banyak di kawasan ini. Bising sehingga jam 5am dan jalan jam sampai ke pagi..













Friday, July 27, 2012

IKTIKAF DI MASJID - IA SUASANA YANG MENDAMAIKAN

Assalamualaikum semoga kita semua dirahmati Allah.
Alhamdulillah kita telah memasuki hari ke 6 Ramadhan. Ini bermakna tempoh yang sangat istimewa yang Allah anugerahkan kepada kita semua semakin pendek dan ia akan berakhir menjelang Syawal.
Segala kebaikan serta ibadah yang kita lakukan ketika ini kerana Allah semata-mata akan dibalas berlipat kali ganda ganjaran nya. Rebut lah dan kumpulkan  ganjaran nya sebanyak mungkin, Ia bakal menjadi bekalan dan kekayaan kita di akhirat kelak. 

Selepas zohor saya menerima panggilan dari KTS kata nya hendak ke Masjid Shah Alam. Saya sudah usai solat zohor dan sedang menunggu giliran drive true bayaran bil di pejabat pos. Insyaallah saya akan kesana selepas selesai urusan. Jam 3 30 saya menemui beliau sedang bertadarus didalam masjid.
Saya joint sekali alhamdulillah dapat saya selesaikan bacaan 2 surah sementara menuggu solat Asar.
Selalu nya pun sepanjang bulan Ramadhan kali ini saya bersolat berjemaah hampir setiap waktu di Masjid Negeri kecuali maghrib.

Catatan diatas ditulis sementara menunggu waktu berbuka petang semalam. Ia terhenti lantaran waktu berbuka sudah hampir. Kami sekeluarga hanya berbuka nasi dan beberapa ketul kuih keria buatan sendiri disamping kurma dan air limau. Alhamdulillah sehingga kehari ini kami belum lagi mengunjungi mana-mana bazar ramadhan yang banyak disekitar kejiranan kami. Setiap tahun memang begitulah...segala nya disiapkan sendiri....ia lebih berkesan.

Jumaat.

Subuh tadi  saya berjemaah seperti biasa di Masjid Negeri. Alhamdulillah setakat Ramadhan ini saya masih gagah untuk kesana bersolat berjemaah. Ramai juga rakan yang agak "surprise" bila saya menyatakan kemana saya solat isyak dan subuh. Saya tidak merasa apa-apa yang mengejutkan atas tindakan saya.Bagi saya itu biasa dan mudah sahaja start kereta jalan -tak sampai 5 minit (ketika subuh) sudah boleh sampai ke masjid. Sebenar nya hati dan keinginan yang tinggi yang menggerakkan kita, manakala Allah ..yang  memberikan hidayah nya..harap-harap ia kekal begitu untuk selamanya.....Subhanallah..

Sebenar nya saya mempunyai banyak pilihan untuk bersolat berjemaah, Surau belakang rumah atau masjid masjid lain yang juga tidak jauh dari rumah kediaman saya. Namun ada alasan tersendiri mengapa saya memilih masjid negeri yang agak jauh dan perlu menyeberangi lebuhraya. Secara tidak langsung ia merupakan suatu latihan kerohanian dan motivasi untuk diri saya sebelum berangkat ke Tanah suci. Kabar nya tempat tinggal jemaah haji kelak ditempatkan agak jauh dari Masjidil Haram. Oleh itu saya mengambil pendekatan untuk membiasakan diri dengan berlatih dan menguatkan semangat emosi dan melawan rasa malas yanga ada dalam diri dengan berkunjung ke masjid negeri untuk menunaikan solat berjemaah terutama untuk waktu subuh.

Saya perlu berlatih untuk datang awal. Sekarang pun jika saya lewat bertolak dari rumah, saya akan menghadapi jem di beberpa round about yang agak teruk dan melambatkan saya sampai ke masjid.terutama untuk solat maghrib dan isyak. Akibat nya saya akan tertinggal solat berjemaah bersama imam dan yang lain-lain. Itulah yang kita akan lakukan apabila kita berada di Tanah Suci jika kita lewat kita tidak akan dapat memasuki masjidil haram dan bakal solat dikaki lima kedai sahaja.

Dari satu pandangan sisi saya mula memahami dan  melihat Allah begitu indah menciptakan aturan bulan - bulan mengikut kalender islam dan aktivitinya. Sebagai contoh Bulan Ramadhan bukan hanya sekadar bulan penuh keberkatan namun ia merupakan bulan persediaan awal bagi bakal-bakal haji. Ini lah masa nya bakal-bakal haji melatih diri untuk beristikomah melakukan ibadah sebelum berangkat ke tanah suci. Waktu siang menahan lapar dan dahaga, kepanasan, keletehan, menahan nafsu zahir dan batin, manakala waktu malam diberi peluang dan ruang untuk berlatih menggandakan solat seperti tarawikh, Bertadarus, solat tahajud, qiamullail sebelum sahor..segala nya seperti sudah diatur untuk kemudahan dan panduan umat nya. Bukan kah itu juga yang perlu kita lakukan di Tanah Suci.  Masyaallah....Allohuakbar....

Selama sebulan kita berlatih dan tidak culas bukan kah itu suatu kejayaan besar yang sangat signifikan dan disambung lagi hampir dua bulan berikut nya di tanah suci yang merupakan kemuncak kepada proses ibadah  dimana impian untuk memperolehi Haji yang Mabrur adalah impian semua orang Islam ganjaran nya umpama bayi yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa...Allohuakbar..Ya Allah kami memohon agar jadikan lah kami tetamu mu yang sangat istimewa...

Betul kata Cekgu Suria dalam entry nya yang lalu kami memang sedang mempersiapkan diri terutama latihan memperkuatkan keimanan, kerohanian dan jiwa kami dan bulan Ramadhan Al Mubarak ini adalah waktu yang sangat sesuai sekali. Harum bau kasturi dan setanggi arab  didalam masjid negeri  ketika sujud lebih meruntun hati kami untuk menemui kekasih yang sangat kita cintai, Alloh SWT dan Nabi Besar junjungan kita Nabi Muhammad SAW di Madinah bagi tidak dapat kami bendung. Lebih- lebih lagi kerana ini adalah bakal kunjungan kami yang kedua.Ia umpama bakal pulang kekampung untuk menemui kedua ibu-bapa memohon keampunan sempena Hari Raya..Kampung Iman kita sebagai mana yang pernah di ungkapkan oleh KTS di Janda Baik dahulu...Subhanallah aku memohon keampunan mu..

Jumpa lagi.






Thursday, July 26, 2012

KOREA 2012 Part.3

9.7.2012 - 12.7.2012
Selama 4 hari ini, rutin harian aku  tak banyak bezanya. Bangun pukul 5, solat subuh (dah hujung2 dah..xlarat nk bgn kul 3lbh), panaskan lauk dan nasi, mandi dan siap-siap untuk ke CECO. Dari hotel ke CECO mengambil masa lebih kurang 20 min menaiki shuttle bus yang disediakan oleh pihak penganjur.

Malamnya pula, kami semua akan makan bersama-sama. Pengarah bawa nasi, aku dan rakan sebilik akan masak lauk yang ada. Sebelum makan kami semua akan berjalan dulu di Bandar Changwon cari barang mahupun cuci mata.



Ramadhanku..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Selawat dan salam buat Nabi kecintaan kita Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga baginda. Sebelum jari-jemari terus menaip aksara-aksara di papan kekunci ini, keampunan dipohon kehadrat Allah S.W.T andainya kerana kelemahan diri tertulis di luar keredhaan-Mu..Astagfirullahal'azim... Salam Ramadhan buat ahli keluarga sekalian...Apa khabar? Sudah lama juga saya tidak menulis sebarang entry di sini..yang setia En.Danuri sahajalah yang cuba menghidupkan suasana dalam blog ini. KTS juga sudah tidak aktif lagi..barang kali agak sibuk atau lebih leka menghayati ketibaan Ramadhan..KTS, ku rindu hasil tangan dan buah fikiranmu..tulislah..barang kali tulisan-tulisan bermakna sebegini mampu membenihkan idea, keinsafan malah menambahkan ilmu di dada.Kepada ahli yang lain..tulislah..walau sebaris ayat..manalah tahu apa yang kita tulis itu juga satu dakwah yang diberi ganjaran pahala, paling tidak memberi sokongan.. Masuk malam ini kita berada di malam ke enam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, atas rahmat dan kasih sayang-Nya kita masih ada umur yang menemui Ramadhan. Subhanallah..syukur Alhamdulillah... Apa istimewanya Ramadhan kali ini? Ramadhan memang istimewa..tetapi bagi saya tahun ini bertambah istimewa kerana saya berpeluang berterawih di surau dan berjemaah dengan ahli-ahli qariah Bandar Saujana Putra. Bagi orang lain, peluang ini nampak biasa sahaja..tapi bagi saya..setelah hampir 10 tahun, saya tidak bersolat terawih di surau/masjid tapi tahun ini Allah izinkan. Sebelum ini kalau berkesempatan di rumahlah jawabnya..Mana tidaknya 2 tahun sekali menimang baby..sampai 5 orang anak kini....subhanallah murah rezeki..namun itulah juga dugaan buat saya, iaitu kesibukan mengurus anak-anak. Saya pernah mendengar satu tazkirah..orang yang sentiasa sibuk dengan hal dunia sehingga tidak berkesempatan melakukan ibadah khusus kepada Allah atau sentiasa beralasan ketika diajak untuk beribadah terutamanya solat berjemaah, sebenarnya Allah sedang meyiksa orang itu di dunia sehingga tiada rasa ingin menikmati kelazatan beribadah kepada Allah. Pada mulanya, risau juga kalau-kalau si kecil Ikhwan akan mengganggu atau buat ragam semasa sedang solat, pastinya akan mengganggu jemaah yang sedang solat..tapi Alhamdulillah..Ikhwanlah yang paling baik..langsung tidak menimbulkan kekecohan, sebaliknya dia yang lebih selesa bersama bapanya..hanya baring dan menghisap botol susunya. Selepas beberapa rakaat tsolat terawih bermula, ikhwan akan tidur... Lebih istimewa lagi Adam dan Balqis sudah faham erti berpuasa, sabar dan tidak merengek-rengak minta berbuka puasa. Malah Balqis berazam untuk berpuasa penuh..tidak seperti tahun lepas dia berasa puasa itu satu siksaan malah pernah suatu hari saya memintanya bersabar kerana waktu berbuka hanya tinggal 2 jam, saya minta dia tidur kalau tidak tahan sangat..tetapi dia menunjukkan protes..sampai waktu berbuka, dia langsung tidak menjamah makanan sebaliknya selepas minum dia terus tidur sampai ke pagi..selepas itu saya tidak memaksanya lagi untuk berpuasa pada tahun itu. Tapi pada tahun ini Alhamdulillah..kesedaran itu datang sendiri..tanpa saya memaksanya. Kelihatannya rutin harian agak sibuk..terutama menjelang pagi dan malam....tetapi Alhamdulillah berkesempatan juga membaca AlQuran. Rasanya lebih puas apatah lagi dalam tazkirah selalu disebut AlQuran itu syifa', iaitu penawar bagi jiwa...cuba sedapat-dapatnya satu juzuk sehari..tapi tak tahulah..orang perempuan ni kan Allah beri kelebihan iaitu 'cuti' Apapun manfaatkanlah masa-masa yang ada. Emipun tiap-tiap malam akan balik lambat,bertadarus di surau...Alhamdulillah..meningkatnya usia, ada sedikit perubahan.Memang tidak banyak perubahan itu..tapi biarlah sedikit yang penting perubahan yang lebih baik. Doakan kami sentiasa istiqamah... Abang Danuri dan Kak Ida tentunya perasaan dan hati itu sentiasa berdebar-debar kerana menunggu ketibaan waktu untuk ke Tanah Suci. Tempoh hari di Sekolah ada program ceramah dan simulasi haji menyebabkan saya rasa sangat rindu untuk melihat kaabah. Saya rindu akan perasaan berada di sana iaitu hati yang sentiasa berdebar menanti sesuatu yang tak tahu apa bendanya. Ibaratnya macam nilah..kalau dulu kita pernah bercinta dengan pasangan kita..hati kita berdebar-debar, rindu..mengharap panggilan telefon darinya, ingin bersua muka...begitulah perasaannya..iaitu rindu bermunajat kepada Allah..dan mungkin Ramadhan ini membawa semangat itu..ah, susah nah diungkap..tapi hati seperti gembira menyambut Ramadhan ini. Syukur ya Allah...Pada kesempatan ini juga, kemaafan dipohon atas segala salah silap, andai pernah menyinggung hati dan perasaan sesiapa, andai pernah terlanjur kata, mengata atau mengumpat sama ada secara sengaja mahupun tidak.. Semoga rahmat, keampunan dan menjauhkan diri api neraka yang Allah janjikan dalam Ramadhan...dapat kita rasai..wallahua'lam...

Tuesday, July 24, 2012

KOREA 2012 Part.2

7.7.2012
Sampai di Hotel Canberra lebih kurang jam 3.30pm. Sempatlah kami tidur sekejap sebelum keluar untuk mencari periuk nasi & cari makan malam. Lapar sangat dah masa tu. Lebih sejam kami berjalan cari kalau-kalau ade makanan halal tapi memang susah sehinggalah lebih kurang jam 8pm jumpa gak kedai halal (Taj Mahal Indian Restoran). Kami betul-betul belasah nasi beriani & roti naan dia, tapi memang sedap makanannya. Sampai sekarang masih beringat-ingat roti naannya. Comfrim tak sama macam kat sini.


Pastu kami jalan sehingga jumpa E-Mart (macam JJ), dapatlah beli periuk tuk kami masak bekalan kami. Nasi dekat sini senang nak jumpa. Pergi je 7E, beli nasi segera, panaskan dalam mikrowave, dah boleh makan. Senang. Tapi lupa nak bawak balik balik sampel, Malaysia takda lagi rasanya. Itu jelah makanan kami hari-hari.

8.7.2012
Ahad, kami dah kena setup pameran tapi petang so pagi tu kami ingat nk ke E-Mart cari benda lain pulak tapi rupanya kat sana ahad kedai tutup. Memang pelik. Kalau kat Malaysia habislah kena marah dengan orang.




Kami start pasang pameran dalam jam 4pm sampai jam 7pm kat Changwon Excibition Convention Center (CECO) . Kat sini siang lebih panjang, so kul 8pm baru nak gelap (maghrib dalam kul 7.40pm, isyak  9.30pm tapi subuh yang xthn, kul3.30am tp n.baik sampai kul 5.30am). Malam ni, bos nak ajak pergi kedai semalam sebab diaorang rasa pula makanan kat situ. Tak kisahlah sebab bos kata nak bayar.hehe..



Monday, July 23, 2012

KOREA 2012 Part.1

Selepas ke Xiamen, China untuk menghadiri Forum World Water Week pada 2010, aku tidak pernah termimpi akan dihantar ke luar negara lagi oleh pejabat aku atas apa jua urusan sekalipun.

Awal tahun lalu, aku diberitahu akan dihantar ke Changwon, Korea untuk mengendalikan pameran antarabangsa (EAS Congress 2012 Changwon City, Korea) yang kali pertama disertai oleh pejabat (kata senior pejabatlah..xtaulah betul ke x) aku pada Bulan Julai.

Pejabat aku tidak pernah tidak menyertai kongress yang diadakan setiap 3 tahun sekali ini tetapi tidak pernah sertai pameran yang dianjurkan. So, sepanjang 1/2 tahun ini, aku sibuk menyiapkan bahan-bahan baru untuk dibawa ke pamaren tersebut. Kalaupun aku tak ke sana, aku tetap kena siapkan bahan-bahan tersebut kerana kerja-kerja tersebut terletak di bawah bahagian aku. Seramai 4 orang akan bersama-sama aku (pengarah dan bos kecik join kongress, aku & my friends handle pameran).


Aku bertolak dari KLIA pada 6/7/12 untuk menaiki flight MH jam 11.30pm dan akan sampai di Incheon, Seoul pada 7/7/12 jam 7.10am waktu tempatan (sejam awal dari Malaysia). dari Incheaon, kami berempat menaiki bus limosin ke Gimpo Airport untuk menaiki flight ke Gimhae, Busan pada jam 11.30am. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit. Di Busan,kami menunggu bas selama sejam lebih untuk ke Changwon yang mengambil masa sejam juga untuk sampai ke hotel.

Friday, July 20, 2012

CATATAN DIPENGHUJUNG SYAABAN 1433 H

Assalamualaikum semoga semua di rahmati ALLAH SWT.
Sudah hampir 3 minggu blog ini kesepian  lantaran tiada entry baru. Masing masing sebok dengan urusan masing-masing. Saya pun begitu juga agak sebok di penghujung semester dengan proses pemarkahan pelajar-pelajar dibawah tanggungan saya. Ini bermakna tugas hakiki selama 14 minggu menyampaikan kuliah sudah sampai ke penghujung nya.

Sepanjang minggu ini saya berkesempatan berada di Institut Kemahiran Belia Jitra Kedah bagi menyampaikan ilmu kemahiran yang ada untuk dikongsi bersama tenaga pengajar mereka. Sudah beberapa kali saya kesana atas undangan mereka menyampaikan beberapa ilmu kemahiran berasaskan komputer dan design. Alhamdulillah ia telah berjaya disampaikan dan diterima dengan mudah oleh para peserta. menurut pemerhatian saya institusi ini semakin berkembang dengan pasarana yang semakin lengkap dan moden. Pelatih nya juga semakin ramai dan kelihatan beberapa orang bukan dari keturunan Melayu juga berada disana diambil untuk menjalani latihan terutama dalam bidang batik. Ia suatu perkembangan yang sehat dan menjadi cabaran kepada belia-belia bangsa kita.

Menurut tenaga pengajar disana prestasi belia bukan melayu ini jauh lebih baik serta rajin dibandingkan dengan belia Melayu. Institusi ini menawarkan kemahiran dalam berbagai bidang seperti jahitan, penyelenggaraan Automobil, Seni pembuatan batik dan pelbagai lagi. Peserta terdiri dari belia-belia lepasan SPM dengan syarat setakat lulus sahaja ditanggung sepenuh nya oleh kerajaan dari segi tempat tinggal, makan minum, uniform malah di beri elaun bulanan pula. Mereka hanya perlu menghadirkan diri dan mengikuti kursus selama hampir 2 tahun untuk dianugerahkan sijil kemahiran Malaysia. Walaubagaimanapun mengikut pemerhatian dan perbualan saya kepada pelatih pelatih tersebut mereka masih tidak nampak jalan kejayaan dan peluang kerjaya dimasa hadapan mereka. Kesimpulan yang boleh saya rumuskan kita boleh memberikan mereka segala kemudahan dan perbelanjaan namun menjadikan mereka insan yang berdikari, berjiwa besar, bersemangat tinggi dan berwawasan menuntut suatu kaedah dan pendekatan yang sangat jitu yang perlu dimainkan oleh semua pehak terutama industri, motivator dan mereka yang berkuasa. Jika tidak latihan mereka hanya tamat dipenghujung tempoh dan kekal seperti tak punya apa-apa. Alangkah rugi nya.....

Pagi tadi saya saya dan isteri sempat mengelilingi tasik Shah Alam. Ia merupakan latihan berjalan kaki sebagai persediaan kami ke Tanah Suci nanti Insyaallah. Menunaikan Ibadah haji menuntut kecergasan fizikal dan mental sepenuh nya. begitulah yang diberitahu oleh ustaz semasa ceramah haji dijalankan. Ia memang benar kerana kita akan melaksanakan ibadah dengan kudrat fizikal sepenuh nya seperti tawaf, sai, melontar jamrah dan berulang alik ke Masjidil Haram dari rumah penginapan ditambah dengan bersesak-sesak dengan umat yang ramai. Alhamdulillah kami berjalan mengelilingi tasik Shah Alam sepenuh nya dari tasik kecil Raja Lumu di tepi masjid dan tasik Besar di hadapan Kompkeks PKNS tanpa menghadapi masaalah. Kami memohon agar Allah kekalkan kesihatan kami,  fizikal dan mental dalam melakasanakan ibadah tersebut disana tanpa sebarang masalah.Semoga Allah memudahkan kami melaksanakan nya ...Allah Robbi Yassir Wala Tuasir..

Hari ini adalah hari terakhir bagi bulan Syaaban 1433 Hjrah. Ini bermakna esok kita sebagai umat Islam akan berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan Al mubarak, bulan penuh keberkatan yang ditunggu setiap tahun. Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berpuasa ketika cuti semester. Makna nya saya mempunyai waktu yang cukup lapang untuk melaksanakan pelbagai ibadah hiliran selain dari berpuasa sahaja dan tidak tergesa-gesa untuk ke pejabat. Marilah kita sama-sama berazam untuk berpuasa tidak pada peringkat biasa tetapi meningkatkan kualiti puasa kita kepada puasa khusus - al khusus. Marilah kita bertarawikh cukup sebulan dan menggandakan amalan kita sebanyak mungkin bagi meraih keuntungan yang berganda di akhirat kelak. Akhir nya dikesempatan ini saya memohon keampunan kepada semua ahli persatuan dan pembaca sempena ketibaan Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba beberapa jam sahaja lagi..

Jupa lagi.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification