Friday, July 27, 2012

IKTIKAF DI MASJID - IA SUASANA YANG MENDAMAIKAN

Assalamualaikum semoga kita semua dirahmati Allah.
Alhamdulillah kita telah memasuki hari ke 6 Ramadhan. Ini bermakna tempoh yang sangat istimewa yang Allah anugerahkan kepada kita semua semakin pendek dan ia akan berakhir menjelang Syawal.
Segala kebaikan serta ibadah yang kita lakukan ketika ini kerana Allah semata-mata akan dibalas berlipat kali ganda ganjaran nya. Rebut lah dan kumpulkan  ganjaran nya sebanyak mungkin, Ia bakal menjadi bekalan dan kekayaan kita di akhirat kelak. 

Selepas zohor saya menerima panggilan dari KTS kata nya hendak ke Masjid Shah Alam. Saya sudah usai solat zohor dan sedang menunggu giliran drive true bayaran bil di pejabat pos. Insyaallah saya akan kesana selepas selesai urusan. Jam 3 30 saya menemui beliau sedang bertadarus didalam masjid.
Saya joint sekali alhamdulillah dapat saya selesaikan bacaan 2 surah sementara menuggu solat Asar.
Selalu nya pun sepanjang bulan Ramadhan kali ini saya bersolat berjemaah hampir setiap waktu di Masjid Negeri kecuali maghrib.

Catatan diatas ditulis sementara menunggu waktu berbuka petang semalam. Ia terhenti lantaran waktu berbuka sudah hampir. Kami sekeluarga hanya berbuka nasi dan beberapa ketul kuih keria buatan sendiri disamping kurma dan air limau. Alhamdulillah sehingga kehari ini kami belum lagi mengunjungi mana-mana bazar ramadhan yang banyak disekitar kejiranan kami. Setiap tahun memang begitulah...segala nya disiapkan sendiri....ia lebih berkesan.

Jumaat.

Subuh tadi  saya berjemaah seperti biasa di Masjid Negeri. Alhamdulillah setakat Ramadhan ini saya masih gagah untuk kesana bersolat berjemaah. Ramai juga rakan yang agak "surprise" bila saya menyatakan kemana saya solat isyak dan subuh. Saya tidak merasa apa-apa yang mengejutkan atas tindakan saya.Bagi saya itu biasa dan mudah sahaja start kereta jalan -tak sampai 5 minit (ketika subuh) sudah boleh sampai ke masjid. Sebenar nya hati dan keinginan yang tinggi yang menggerakkan kita, manakala Allah ..yang  memberikan hidayah nya..harap-harap ia kekal begitu untuk selamanya.....Subhanallah..

Sebenar nya saya mempunyai banyak pilihan untuk bersolat berjemaah, Surau belakang rumah atau masjid masjid lain yang juga tidak jauh dari rumah kediaman saya. Namun ada alasan tersendiri mengapa saya memilih masjid negeri yang agak jauh dan perlu menyeberangi lebuhraya. Secara tidak langsung ia merupakan suatu latihan kerohanian dan motivasi untuk diri saya sebelum berangkat ke Tanah suci. Kabar nya tempat tinggal jemaah haji kelak ditempatkan agak jauh dari Masjidil Haram. Oleh itu saya mengambil pendekatan untuk membiasakan diri dengan berlatih dan menguatkan semangat emosi dan melawan rasa malas yanga ada dalam diri dengan berkunjung ke masjid negeri untuk menunaikan solat berjemaah terutama untuk waktu subuh.

Saya perlu berlatih untuk datang awal. Sekarang pun jika saya lewat bertolak dari rumah, saya akan menghadapi jem di beberpa round about yang agak teruk dan melambatkan saya sampai ke masjid.terutama untuk solat maghrib dan isyak. Akibat nya saya akan tertinggal solat berjemaah bersama imam dan yang lain-lain. Itulah yang kita akan lakukan apabila kita berada di Tanah Suci jika kita lewat kita tidak akan dapat memasuki masjidil haram dan bakal solat dikaki lima kedai sahaja.

Dari satu pandangan sisi saya mula memahami dan  melihat Allah begitu indah menciptakan aturan bulan - bulan mengikut kalender islam dan aktivitinya. Sebagai contoh Bulan Ramadhan bukan hanya sekadar bulan penuh keberkatan namun ia merupakan bulan persediaan awal bagi bakal-bakal haji. Ini lah masa nya bakal-bakal haji melatih diri untuk beristikomah melakukan ibadah sebelum berangkat ke tanah suci. Waktu siang menahan lapar dan dahaga, kepanasan, keletehan, menahan nafsu zahir dan batin, manakala waktu malam diberi peluang dan ruang untuk berlatih menggandakan solat seperti tarawikh, Bertadarus, solat tahajud, qiamullail sebelum sahor..segala nya seperti sudah diatur untuk kemudahan dan panduan umat nya. Bukan kah itu juga yang perlu kita lakukan di Tanah Suci.  Masyaallah....Allohuakbar....

Selama sebulan kita berlatih dan tidak culas bukan kah itu suatu kejayaan besar yang sangat signifikan dan disambung lagi hampir dua bulan berikut nya di tanah suci yang merupakan kemuncak kepada proses ibadah  dimana impian untuk memperolehi Haji yang Mabrur adalah impian semua orang Islam ganjaran nya umpama bayi yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa...Allohuakbar..Ya Allah kami memohon agar jadikan lah kami tetamu mu yang sangat istimewa...

Betul kata Cekgu Suria dalam entry nya yang lalu kami memang sedang mempersiapkan diri terutama latihan memperkuatkan keimanan, kerohanian dan jiwa kami dan bulan Ramadhan Al Mubarak ini adalah waktu yang sangat sesuai sekali. Harum bau kasturi dan setanggi arab  didalam masjid negeri  ketika sujud lebih meruntun hati kami untuk menemui kekasih yang sangat kita cintai, Alloh SWT dan Nabi Besar junjungan kita Nabi Muhammad SAW di Madinah bagi tidak dapat kami bendung. Lebih- lebih lagi kerana ini adalah bakal kunjungan kami yang kedua.Ia umpama bakal pulang kekampung untuk menemui kedua ibu-bapa memohon keampunan sempena Hari Raya..Kampung Iman kita sebagai mana yang pernah di ungkapkan oleh KTS di Janda Baik dahulu...Subhanallah aku memohon keampunan mu..

Jumpa lagi.






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification