Assalamualaikum semoga semua di rahmati ALLAH SWT.
Sudah hampir 3 minggu blog ini kesepian lantaran tiada entry baru. Masing masing sebok dengan urusan masing-masing. Saya pun begitu juga agak sebok di penghujung semester dengan proses pemarkahan pelajar-pelajar dibawah tanggungan saya. Ini bermakna tugas hakiki selama 14 minggu menyampaikan kuliah sudah sampai ke penghujung nya.
Sepanjang minggu ini saya berkesempatan berada di Institut Kemahiran Belia Jitra Kedah bagi menyampaikan ilmu kemahiran yang ada untuk dikongsi bersama tenaga pengajar mereka. Sudah beberapa kali saya kesana atas undangan mereka menyampaikan beberapa ilmu kemahiran berasaskan komputer dan design. Alhamdulillah ia telah berjaya disampaikan dan diterima dengan mudah oleh para peserta. menurut pemerhatian saya institusi ini semakin berkembang dengan pasarana yang semakin lengkap dan moden. Pelatih nya juga semakin ramai dan kelihatan beberapa orang bukan dari keturunan Melayu juga berada disana diambil untuk menjalani latihan terutama dalam bidang batik. Ia suatu perkembangan yang sehat dan menjadi cabaran kepada belia-belia bangsa kita.
Menurut tenaga pengajar disana prestasi belia bukan melayu ini jauh lebih baik serta rajin dibandingkan dengan belia Melayu. Institusi ini menawarkan kemahiran dalam berbagai bidang seperti jahitan, penyelenggaraan Automobil, Seni pembuatan batik dan pelbagai lagi. Peserta terdiri dari belia-belia lepasan SPM dengan syarat setakat lulus sahaja ditanggung sepenuh nya oleh kerajaan dari segi tempat tinggal, makan minum, uniform malah di beri elaun bulanan pula. Mereka hanya perlu menghadirkan diri dan mengikuti kursus selama hampir 2 tahun untuk dianugerahkan sijil kemahiran Malaysia. Walaubagaimanapun mengikut pemerhatian dan perbualan saya kepada pelatih pelatih tersebut mereka masih tidak nampak jalan kejayaan dan peluang kerjaya dimasa hadapan mereka. Kesimpulan yang boleh saya rumuskan kita boleh memberikan mereka segala kemudahan dan perbelanjaan namun menjadikan mereka insan yang berdikari, berjiwa besar, bersemangat tinggi dan berwawasan menuntut suatu kaedah dan pendekatan yang sangat jitu yang perlu dimainkan oleh semua pehak terutama industri, motivator dan mereka yang berkuasa. Jika tidak latihan mereka hanya tamat dipenghujung tempoh dan kekal seperti tak punya apa-apa. Alangkah rugi nya.....
Pagi tadi saya saya dan isteri sempat mengelilingi tasik Shah Alam. Ia merupakan latihan berjalan kaki sebagai persediaan kami ke Tanah Suci nanti Insyaallah. Menunaikan Ibadah haji menuntut kecergasan fizikal dan mental sepenuh nya. begitulah yang diberitahu oleh ustaz semasa ceramah haji dijalankan. Ia memang benar kerana kita akan melaksanakan ibadah dengan kudrat fizikal sepenuh nya seperti tawaf, sai, melontar jamrah dan berulang alik ke Masjidil Haram dari rumah penginapan ditambah dengan bersesak-sesak dengan umat yang ramai. Alhamdulillah kami berjalan mengelilingi tasik Shah Alam sepenuh nya dari tasik kecil Raja Lumu di tepi masjid dan tasik Besar di hadapan Kompkeks PKNS tanpa menghadapi masaalah. Kami memohon agar Allah kekalkan kesihatan kami, fizikal dan mental dalam melakasanakan ibadah tersebut disana tanpa sebarang masalah.Semoga Allah memudahkan kami melaksanakan nya ...Allah Robbi Yassir Wala Tuasir..
Hari ini adalah hari terakhir bagi bulan Syaaban 1433 Hjrah. Ini bermakna esok kita sebagai umat Islam akan berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan Al mubarak, bulan penuh keberkatan yang ditunggu setiap tahun. Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berpuasa ketika cuti semester. Makna nya saya mempunyai waktu yang cukup lapang untuk melaksanakan pelbagai ibadah hiliran selain dari berpuasa sahaja dan tidak tergesa-gesa untuk ke pejabat. Marilah kita sama-sama berazam untuk berpuasa tidak pada peringkat biasa tetapi meningkatkan kualiti puasa kita kepada puasa khusus - al khusus. Marilah kita bertarawikh cukup sebulan dan menggandakan amalan kita sebanyak mungkin bagi meraih keuntungan yang berganda di akhirat kelak. Akhir nya dikesempatan ini saya memohon keampunan kepada semua ahli persatuan dan pembaca sempena ketibaan Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba beberapa jam sahaja lagi..
Jupa lagi.
Friday, July 20, 2012
CATATAN DIPENGHUJUNG SYAABAN 1433 H
5:58 PM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment