7.7.2012
Sampai di Hotel Canberra lebih kurang jam 3.30pm. Sempatlah kami tidur sekejap sebelum keluar untuk mencari periuk nasi & cari makan malam. Lapar sangat dah masa tu. Lebih sejam kami berjalan cari kalau-kalau ade makanan halal tapi memang susah sehinggalah lebih kurang jam 8pm jumpa gak kedai halal (Taj Mahal Indian Restoran). Kami betul-betul belasah nasi beriani & roti naan dia, tapi memang sedap makanannya. Sampai sekarang masih beringat-ingat roti naannya. Comfrim tak sama macam kat sini.
Pastu kami jalan sehingga jumpa E-Mart (macam JJ), dapatlah beli periuk tuk kami masak bekalan kami. Nasi dekat sini senang nak jumpa. Pergi je 7E, beli nasi segera, panaskan dalam mikrowave, dah boleh makan. Senang. Tapi lupa nak bawak balik balik sampel, Malaysia takda lagi rasanya. Itu jelah makanan kami hari-hari.
8.7.2012
Ahad, kami dah kena setup pameran tapi petang so pagi tu kami ingat nk ke E-Mart cari benda lain pulak tapi rupanya kat sana ahad kedai tutup. Memang pelik. Kalau kat Malaysia habislah kena marah dengan orang.
Kami start pasang pameran dalam jam 4pm sampai jam 7pm kat Changwon Excibition Convention Center (CECO) . Kat sini siang lebih panjang, so kul 8pm baru nak gelap (maghrib dalam kul 7.40pm, isyak 9.30pm tapi subuh yang xthn, kul3.30am tp n.baik sampai kul 5.30am). Malam ni, bos nak ajak pergi kedai semalam sebab diaorang rasa pula makanan kat situ. Tak kisahlah sebab bos kata nak bayar.hehe..
3 comments:
THANIAH KERANA BERPELUANG KE LUAR NEGARA..APA CABARAN TERBESAR DAN SUKAR SEMASA DI LUAR NEGARA....
tousey tak de ke kat sane
salam..
Wah bertuahla kau Nahar..muda-muda lagi sudah berpeluang melawat negara orang..walaupun atas urusan kerja, tetapi sempat mempelajari budaya dan suasana di tempat orang..itu namanya rezeki dan peluang yang Allah anugerahkan. Tidak semua orang dapat menikmatinya..Syukur...dan tahniah...
Post a Comment