Thursday, July 26, 2012

Ramadhanku..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Selawat dan salam buat Nabi kecintaan kita Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga baginda. Sebelum jari-jemari terus menaip aksara-aksara di papan kekunci ini, keampunan dipohon kehadrat Allah S.W.T andainya kerana kelemahan diri tertulis di luar keredhaan-Mu..Astagfirullahal'azim... Salam Ramadhan buat ahli keluarga sekalian...Apa khabar? Sudah lama juga saya tidak menulis sebarang entry di sini..yang setia En.Danuri sahajalah yang cuba menghidupkan suasana dalam blog ini. KTS juga sudah tidak aktif lagi..barang kali agak sibuk atau lebih leka menghayati ketibaan Ramadhan..KTS, ku rindu hasil tangan dan buah fikiranmu..tulislah..barang kali tulisan-tulisan bermakna sebegini mampu membenihkan idea, keinsafan malah menambahkan ilmu di dada.Kepada ahli yang lain..tulislah..walau sebaris ayat..manalah tahu apa yang kita tulis itu juga satu dakwah yang diberi ganjaran pahala, paling tidak memberi sokongan.. Masuk malam ini kita berada di malam ke enam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, atas rahmat dan kasih sayang-Nya kita masih ada umur yang menemui Ramadhan. Subhanallah..syukur Alhamdulillah... Apa istimewanya Ramadhan kali ini? Ramadhan memang istimewa..tetapi bagi saya tahun ini bertambah istimewa kerana saya berpeluang berterawih di surau dan berjemaah dengan ahli-ahli qariah Bandar Saujana Putra. Bagi orang lain, peluang ini nampak biasa sahaja..tapi bagi saya..setelah hampir 10 tahun, saya tidak bersolat terawih di surau/masjid tapi tahun ini Allah izinkan. Sebelum ini kalau berkesempatan di rumahlah jawabnya..Mana tidaknya 2 tahun sekali menimang baby..sampai 5 orang anak kini....subhanallah murah rezeki..namun itulah juga dugaan buat saya, iaitu kesibukan mengurus anak-anak. Saya pernah mendengar satu tazkirah..orang yang sentiasa sibuk dengan hal dunia sehingga tidak berkesempatan melakukan ibadah khusus kepada Allah atau sentiasa beralasan ketika diajak untuk beribadah terutamanya solat berjemaah, sebenarnya Allah sedang meyiksa orang itu di dunia sehingga tiada rasa ingin menikmati kelazatan beribadah kepada Allah. Pada mulanya, risau juga kalau-kalau si kecil Ikhwan akan mengganggu atau buat ragam semasa sedang solat, pastinya akan mengganggu jemaah yang sedang solat..tapi Alhamdulillah..Ikhwanlah yang paling baik..langsung tidak menimbulkan kekecohan, sebaliknya dia yang lebih selesa bersama bapanya..hanya baring dan menghisap botol susunya. Selepas beberapa rakaat tsolat terawih bermula, ikhwan akan tidur... Lebih istimewa lagi Adam dan Balqis sudah faham erti berpuasa, sabar dan tidak merengek-rengak minta berbuka puasa. Malah Balqis berazam untuk berpuasa penuh..tidak seperti tahun lepas dia berasa puasa itu satu siksaan malah pernah suatu hari saya memintanya bersabar kerana waktu berbuka hanya tinggal 2 jam, saya minta dia tidur kalau tidak tahan sangat..tetapi dia menunjukkan protes..sampai waktu berbuka, dia langsung tidak menjamah makanan sebaliknya selepas minum dia terus tidur sampai ke pagi..selepas itu saya tidak memaksanya lagi untuk berpuasa pada tahun itu. Tapi pada tahun ini Alhamdulillah..kesedaran itu datang sendiri..tanpa saya memaksanya. Kelihatannya rutin harian agak sibuk..terutama menjelang pagi dan malam....tetapi Alhamdulillah berkesempatan juga membaca AlQuran. Rasanya lebih puas apatah lagi dalam tazkirah selalu disebut AlQuran itu syifa', iaitu penawar bagi jiwa...cuba sedapat-dapatnya satu juzuk sehari..tapi tak tahulah..orang perempuan ni kan Allah beri kelebihan iaitu 'cuti' Apapun manfaatkanlah masa-masa yang ada. Emipun tiap-tiap malam akan balik lambat,bertadarus di surau...Alhamdulillah..meningkatnya usia, ada sedikit perubahan.Memang tidak banyak perubahan itu..tapi biarlah sedikit yang penting perubahan yang lebih baik. Doakan kami sentiasa istiqamah... Abang Danuri dan Kak Ida tentunya perasaan dan hati itu sentiasa berdebar-debar kerana menunggu ketibaan waktu untuk ke Tanah Suci. Tempoh hari di Sekolah ada program ceramah dan simulasi haji menyebabkan saya rasa sangat rindu untuk melihat kaabah. Saya rindu akan perasaan berada di sana iaitu hati yang sentiasa berdebar menanti sesuatu yang tak tahu apa bendanya. Ibaratnya macam nilah..kalau dulu kita pernah bercinta dengan pasangan kita..hati kita berdebar-debar, rindu..mengharap panggilan telefon darinya, ingin bersua muka...begitulah perasaannya..iaitu rindu bermunajat kepada Allah..dan mungkin Ramadhan ini membawa semangat itu..ah, susah nah diungkap..tapi hati seperti gembira menyambut Ramadhan ini. Syukur ya Allah...Pada kesempatan ini juga, kemaafan dipohon atas segala salah silap, andai pernah menyinggung hati dan perasaan sesiapa, andai pernah terlanjur kata, mengata atau mengumpat sama ada secara sengaja mahupun tidak.. Semoga rahmat, keampunan dan menjauhkan diri api neraka yang Allah janjikan dalam Ramadhan...dapat kita rasai..wallahua'lam...

1 comments:

MG said...

Alhamdulillah ada perubahan pada jiwa dan menerbitkan rasa di hati. Segala nya hidayah dari Allah tapi kita kena berusaha dahulu. Solat tidak bermakna kalau hanya beniat sahaja tapi tidak melakukan nya. Niat perlu di iringi dengan perbuatan, untuk melakukan nya perlu ada gerakan fizikal dan emosi. Seringkali kita tewas dengan emosi yang lebih kuat membisikkan rasa malas dan bertangguh serta sikap tak apa dan akhir nya roh kita kekal miskin dan lapar..subhanallah. Semoga suria sekeluarga dan kita semua memperolehi keberkatan dan ditambahkan dengan pengetahuan lagi..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification