Thursday, November 17, 2011

Tidak Berminat

Sudah 3 hari kuliah saya bermula untuk separuh semester lagi dan akan berakhir pada penghujung Disember ini. Wajah anak-anak murid saya yang mengikuti kuliah kelihatan berbagai-bagai ekspresi. Ada yang ceria ada yang takut-takut dan ada juga yang selamba. Tapi majoriti nya tidak berapa ceria malah ada yang tension. Dalam hati saya rasa sangat kasihan. Tetapi dalam satu segi saya tahu mereka tidak bersedia untuk berhadapan dengan saya kerana tidak melakukan tugasan yang saya amanahkan kepada mereka sebelum cuti yang lalu.

Seperti biasa saya akan memberikan kuliah dahulu sebagai mukadimah. Kemudian saya akan meminta setiap orang membawakehadapan menunjukkan kepada saya kerja-kerja kursus yang diarahkan. Dari situ saya akan menilai, memberi komen, kritikan dan biasa nya pelajar kena menerangkan kepada saya apa yang telah mereka hasilkan. Bahagian ini lah yang biasa nya mereka tidak melaksanakan tugasan seperti yang saya arahkan. Setengah nya tidak mencukupi, setengah nya buat sekadar ada dan tidak kurang juga yang dengan selamba memberitahu tidak buat apa-apa dengan alasan tidak faham dan tidak sempat dan tidak dapat sebarang rujukan.

Mengikut pemerhatian saya dari hasil kerja yang dibuat oleh anak-anak murid saya ini mendapati majoriti mereka sebenar nya tidak menanamkan minat yang mendalam terhadap bidang kursus yang diikuti. Mereka mengikuti bidang kursus ini tanpa memberikan minat yang sepenuh nya. Mereka tidak nampak hala tuju masa hadapan. Mereka sentiasa tertanya-tanya apa mereka akan jadi selepas bergraduan nanti.

Memang benar saya sendiri tidak dapat memberikan jaminan pekerjaan kepada mereka setelah tamat mengikuti kursus. Apa yang sering saya tekan kan kepada mereka ialah mereka perlu mencipta pekerjaan yang boleh mendatangkan sumber pendapatan mereka dengan kemahiran serta kreativiti yang telah diajarkan oleh pensyarah. Yang paling penting mereka mesti menanamkan minat yang mendalam terhadap kursus yang diikuti. Mereka perlu jatuh cinta dan bercinta dengan bidang tersebut. Selagi perasaan ini tidak terbentuk maka agak sukar bagi mereka untuk berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi. Hakikat nya selepas kuliah tamat mereka pulang dan tidak kelihatan untuk mendalami bidang yang diikuti malah menambahkan pengalaman dengan mengunjungi rakan-rakan dari jabatan lain pun tidak kelihatan.Tidak seperti zaman saya dahulu dimana saya mengenali rakan-rakan dari jabatan yang lain yang menghasilkan produk yang berbeza-beza.

Saya menunjukkan beberapa sampel skaf yang saya beli dari China dan beberpa majalah berkaitan batik...bila diajukan soalan mereka tidak pernah melihat dan mengetahui kewujudan majalah tersebut....dan mereka melihat design skaf itu dengan pandangan mata yang kosong.. aduh sedih nya wahai anak murid ku pandanglah dengan mata hati dan mata jiwa.....anda akan menemui makna kehidupan. Saya teringatkan anak-anak saya yang sedang menuntut di IPTA cintailah kursus yang sedang anda ikuti....Ia merupakan suatu cabaran buat saya.

Khabar dari Mekah

Lewat petang semalam saya menerima sms dari saudara kita di Mekah Tuan Haji Mohammad Nasir dan Isteri. Mesej nya ringkas. "Skrg pkl 1.30. tngh bersiap, sok pg akn ke jedah. 18.11. jngka 11.30 pg brtlak blik, sana jam 4.30 ptg, smpi jan 1.30 mlm sabtu. No flight SV 5502."
Kepada sesiapa yang menunggu di KLIA itu lah jadual nya. Kalau ada pindaan akan di hubungi lagi.
Masa berlalu begitu pantas rasa nya baru sahaja mereka berangkat ke tanah suci dan nak kembali semula. Apa pun kita doakan moga mereka selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur. Insyaallah saya akan menunggu mereka di KLIA.

Selepas ini giliran kita pula yang belum menunaikan haji. Mulai hari ini tanamkan lah minat dan suburkan lah di dalam hati kita untuk sentiasa menanamkan cita-cita bagi mengunjungi rumah Allah dan menziarahi Rasulullah yang kita cintai. Jika tidak ia seperti anak-anak murid saya yang tidak tahu tujuan masa hadapan. Kabar nya bik Suria kita mendapat giliran perji hj pada tahun 2042 setelah mendaftarkan diri di Tabung Haji. Jenuh nak menunggu....mendaftar lah segera...giliran nya mungkin setelah anda berusia 60 tahun akan datang...

7 comments:

kts said...

assalamualaikum,
ana dah doakan semua adek beradek supaya dapat buat haji dalam masa muda. nuri dan kang mis serta istri ana doakan supaya dapat pegi haji tahun hadapan. sementara masih sehat. doa depan kaabah lagi, bukan sekali; banyak kali.sehat sangat berharga disana. selalu ana terkenang bagaimana arwah mak dulu buat haji, terutama semasa melontar jamrah.
wassalam.

paman nok said...

Alhamdulillah Insyaallah jika di izinkan Allah.
Tak banyak cerita yang kita perolehi ketika mak dan bapak pergi dulu mengenai pengalaman mereka di mekah. Tak macam sekarang ada gambar dan boleh buat video lagi...bila nak tulis pengalaman ko boleh buat panduan kepada yang lain yang belum pergi..

kts said...

hampir setiap hari ana catat pengalaman disana, habis 4 buah buku nota kecil ana gunakan, sehingga teman sebilik mengata setiap malam selepas isya', dah hantar lapuran? usik nya. mizie [nuri tahulah sapa dia nie] pula mengatakan jangan lupa hantar satu lapuran bila balik nanti. ana kata kenalah bayar 10 rial.
cuma ana belum tahu mana nak mula. samaada nak buat satu rumusan keseluruhan atau catatkan diary setiap hari. tapi pastinya, kalau harian pun ana akan censored mana-mana peristiwa yg ana rasa perlu dilakukan begitu.
ana sedang fikir..
makin suspence kan!

paman nok said...

Rumusan terlalu ringkas aku rasa catatan harian lebih exciting dan dapat menarik pembaca mengikuti dari satu siri ke satu siri seterus nya..4 buah buku nota tu banyak kalau ia hanya point penting.. elaborasi..bunga dan gaya bahasa suspence thrill nya wow boleh makan minggu untuk menulis semula...menarik tu cadangan aku boleh mula pengalaman sebelum haji dan pasca haji..selamat kembali menulis.

kts said...

ana pun rasa macam tu gak,
tengah baca balik nota itu, utk refresh semula apa yg terjadi. insyallah akan mula sedikit masa lagi. makin lama makin malas lak nanti.

bella ahmad said...

assalamualaikum en.Danuri... we are proud to be your student.. bukan kami tak berminat.... tapi saya tidak pula menidakkan apa yang en.danuri suarakan... memang ada kebenaranya juga... tanpa en.danuri siapalah kami semua... insyallah... segala teguran dan nasihat.. en.danuri.. akan kami jadikan guide line kami... dalam study... semoga kami.. berjaya menjadi.. graduan cermelang dan berdaya saing di alam kerjaya nanti..amin

en dan said...

Ha hah hha ada juga anak murid aku yang sesat kat blog ini. Alhamdulillah semoga beiau berjaya menemui jalan yang betul ke masa hadapan. Berusaha lah jalan kehidupan ini banyak liku dan lubang, perlu bersabar dan yakin mohon petunjuk Allah kerana dia sahaja yang kita kena mohon untuk tunjukkan jalan yang lurus.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification