Assalamualaikum semua Semoga dirahmati ALLAH.
Azam
Tertunaikah azam kita sepanjang tahun lalu. Atau azam kita tinggal dibelakang seperti mana berlalu nya hari hari biasa tanpa sebarang pencapaian. Atau kita langsung lupa apa kah azam yang kita niat kan untuk kita capai sepanjang tahun lepas..
Semalam kita menyambut tahun baru hijrah bagi tahun 1433. Ia dikira sejak penghijrahan nabi muhammad SAW dari kota Mekah ke Kota Madinah dulu dikenali sebagai Yathrib. KTS baru pulang dari mengunjungi kedua-dua kota tersebut. Tentu kenangan nya masih segar diingatan dan kita semua masih menunggu entry catatan travelog beliau disana.
Ketika saya merenung kembali dan mencari catatan azam saya untuk tahun lepas ternyata saya berada didalam katagori yang ketiga..lupa azam yang diniatkan malahan lebih teruk lagi hilang catatan azam yang di tulis didalam buku catatan saya. Jadi rumusan nya saya tidak berjaya mengukur samaada azam saya tercapai atau tidak kerana azam sendiri yang ditulis secara specific telah lupa dan tidak dijumpai. Untuk tahun ini saya akan mencatatkan nya dan meletakkan ditempat yang mudah kelihatan serta boleh dibaca saban hari. Buat pertama kali nya doa akhir tahun dan awal tahun telah dapat saya baca selepas solat maghrib. Semoga ia permulaan tahun yang baik bagi saya. Azam kalian bagaimana.....
Kak Oya
Petang semalam dia datang ke rumah. Keadaan kesihatan nya nampak semakin pulih.Boleh berjalan seperti biasa. Kata nya baru balik dari berurut di Puchong Prima..Dia bertanyakan saya jika ada rumah untuk disewa sekitar shah alam. Beliau dan beberapa orang rakan nya ingin menyewa rumah di sekitar sini kerana akan bertukar kerja di Damansara awal Disember ini. Saya tidak pasti sudah berapa kali beliau bertukar kerja..
Di kala ramai graduan yang tamat pengajian dikatakan menganggur tidak mendapat pekerjaan kak oya nampak nya agak mudah bertukar pekerjaan dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain. Kalau saya perhatikan beliau mempunyai soft skill yang baik seperti berinteraksi dengan orang lain dengan mudah dan confident mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta indipendent. Ciri-ciri ini baik juga untuk beliau menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan. Apa pun kita doakan agar beliau berjaya dengan cemerlang dan mencapai impian yang diidamkan..
Sesiapa yang mempunyai maklumat ada nya rumah untuk di sewa sekitar shah alam boleh lah hubungi beliau. Setakat ini saya tak ada sebarang maklumat lagi.
Monday, November 28, 2011
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 hjrah
9:04 AM
DANURI SAKIJAN
2 comments
2 comments:
semasa menangapi perangai arab, ana dapat merasakan bahawa Rasulullah adalah satu sosok yg paling lembut, paling toleransi, paling berbudi bahasa. menesfitasinya tertera di Madinah. ianya lebih teratur dan berperaturan. Madinah lebih lembut sedangkan Makkah masih banyak ciri-ciri jahiliah. Kasar dan menjengkelkan.
selamat tahun baru
selamat melaksanakan azam baru.
Sebab itulah barangkali para nabi dan rasul dilantik oleh Allah dari kaum Arab.Tidak dari kaum Melayu atau orang putih.
Post a Comment