Monday, October 31, 2011

Batu Pahat Johor

Sudah lama saya tak memandu jauh. Semalam saya ke majlis perkahwinan saudara sebelah isteri di Batu Pahat Johor. Dari Shah Alam say ke Jenjarum Banting untuk mengambil Kak Leha yang pergi sekali bersama kami. terus melalui Sungai manggis ke KLIA dan masuk ke lebuh raya utara Selatan melalui Nilai. Setelah memandu melaui lebuh raya selama 2 jam kami berhenti di Rehat dan Rawat hentian Pagoh. Di situ telah menunggu Abang Hafidz yang akan bertolak sekali bersama kami.

Setelah menguruskan diri dan berhenti rehat dengan secawan teh serta semangkuk soto kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Kami keluar lebuh raya melalui tol Yong Peng. Tol yang kami kena bayar dari Nilai sebanyak rm 25.60 sen. Dan kami sampai di rumah pengantin sekitar jam 12 tengahari.

Sebenar nya dah hampir 20 tahun lebih kami tidak pergi menziarahi saudara mara sebelah isteri di Batu Pahat. Ia merupakan suatu jangka masa yang lama. Kampung mereka dah banyak berubah. Apa yang sangat ketara perubahan nya ialah dari segi saiz rumah mereka kebanyakkan nya dah jadi gedi. Bukan itu sahaja ia cantik dan mempunyai suasana moden. Rumah yang dahulu tiang dan dinding nya kayu sudah menjadi rumah batu. Tiada lagi rumah bertiang tinggi dan mempunyai tangga serta serambi seperti dahulu. Jalan jalan kampung juga sudah berturap.

Mereka sangat ramah dan mengalu-alukan kedatangan kami dengan begitu mesra dan meriah. Adat sambutan mereka kepada kami masih seperti dahulu. Masing-masing mempelawa kami untuk kerumah mereka. Dengan rasa lapang kami menerima pelawaan mereka. kami berbual santai dan mesra dengan dihidangkan berbagai jenis minuman. panas dan sejuk. nasib baik kami dah makan di rumah pengantin jika tidak pasti kami dijamu dengan nasi disetiap rumah yang kami singgah.

Secara pandangan mata mereka hidup dengan aman dan tenteram. dengan bentuk rumah yang didiami ia menggambarkan kehidupan yang sederhana dan tenang. Ia berbeza ketika kami kunjungi 20 tahun yang lalu. Semak samun dan jalan tanah liat menghubungi satu rumah dengan rumah yang lain. Kini keadaan banyak berubah tapi alhamdulillah layanan mereka masih tetap seperti dulu. Kami bertolak pulang jam 3 petang dan sampai di jenjarum jam 6 30 petang. Insyaallah masih ada sedara mara lagi di negeri johor yang boleh di ziarahi.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification