Monday, November 14, 2011

KEMBALI BERTUGAS

Seminggu saya bercuti.Cuti Rehat. Kebetulan ia nya sama dengan sambutan Eidul Adha. Hari ini saya memasuki pejabat agak lewat kerana menunggu rakan pulang dari Melbourne Australia yang ingin meminjam kereta untuk pulang ke kampung di Lumut Perak bagi menziarahi Ibu nya yang sedang sakit tenat. Pengajian nya di peringkat PhD hampir tamat. ikut kontrak biasiswa nya akan tamat pada bulan Mac tahun depan. Ia mengeluh mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi di sana. Sebotol air mineral water ialah Aus D 3.00 bersamaan Rm 9.00. Bagi menampung kos sara hidup sekeluarga beliau terpaksa membuat kerja sambilan. Dahulu beliiau pernah menghantar kami sekeluarga ke airport di Pengkalan Cepa sebelum subuh untuk pulang kekampung semasa kematian ibu mertua saya.

SPM Bermula

Hari ini peperiksaan SPM bermula dengan kertas Bahasa Melayu. Muhammad Afiq akan menghadapi ujian akademik ini sehingga selesai. Ia merupakan suatu ujian yang bakal ditempuhi oleh semua remaja yang bersekolah. Ujian ini bagi menilai kebolehan pencapaian akademik setiap warga negara yang bersekolah Malang nya ia menjadi suatu kayu pengukur yang standard bagi menentukan masa hadapan remaja kita samaada layak untuk meneruskan pengajian atau memilih kursus yang bersesuaian dengan minat dan kerjaya mereka. Yang kecundang biasa nya akan mencari jalan hidup masing-masing.

Dalam erti kata lain peperiksaan SPM ini sangat penting. Alam pekerjaan pun memerlukan kelulusan minimum di peringkat ini. Saya tidak pasti bagi pekerja-pekerja warga asing yang bekerja di kilang kilang sekitar Shah Alam adakah pihak kilang menentukan aras kelulusan akademik mereka untuk diterima sebagai pekerja.

Apa pun kita doakan agar Muhammad Afiq dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan betul dan tepat. Ingat dan berdoa kepada Allah SWT memohon dipermudahkan, diberi idea dan ingatan yang baik serta diberi kelapangan hati, yakin dalm menjawab soalan dan Insyaallah akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Sebagi ibu bapa kami sentiasa berdoa dan mengharapkan agar beliau dapat menjawab dengan betul dan memperolehi kejayaan cemerlang. Kejayaan itu bukan untuk keluarga tetapi untuk masa hadapan beliau sendiri.Walaupun ia bukan pra syarat untuk penentu kejayaan dalam hidup tetapi jika kita berjaya dengan cemerlang kita akan mempunyai pilihan bidang kerjaya.

Mengunjungi Rakan Lama

Khamis lepas 10 hb Nov saya sempat menziarahi rakan lama di Hulu Langat Selangor. En Juhari Said. Beliau adalah pelukis sepenuh masa yangberkarya dibengkel dan tanah nya sendiri seluas 4 ekar setengah. Bengkel dan kediaman nya terletak agak jauh dipedalaman Hulu Langat jalan masuk nya bersebelahan dengan Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua. Suasana nya sangat damai dan tenteram dengan dikelilingi dusun durian yang sedang berbuah serta kebun limau purut dan sedang mengusahakan tanaman Vanilla yang akan mengeluarkan hasil 2- 3 tahun lagi. Sekilo buah Vanilla di pasaran sekarang ialah RM 50.00 kata beliau.

Sepetang bersama nya banyak perkara yang kami bualkan. Dari kesah lama kami di itm tinggal di hostel seroja hingga isu-isu semasa serta perkembangan diri masing-masing. Menjadi pelukis sepenuh masa dan berjaya merupakan suatu perkara yang sangat jarang di capai oleh pelukis -pelukis di negara kita. Kebanyakkan mereka mempunyai kerjaya tetap samaada sebagai pensyarah atau guru. Beliau dikenali sebagai pelukis Seni Cetak didalam dan luar negara. Pameran beliau sering diadakan di galeri-galeri terkenal seperti di Paris Belanda dan jepun. Hasil karya beliau juga dikumpul oleh orang -orang ternama peminat seni dari seluruh dunia.

Sepanjang perbualan kami saya dapati beliau mempunyai Visi dan Misi yang sangat jelas terhadap apa yang beliau akan capai. Mempunyai keyakinan dan semangat yang sentiasa berkobar-kobar tanpa putus asa. Disiplin diri yang tinggi serta ikhlas adalah antara kunci kejayaan beliau. Mempunyai hubungan yang baik dan ramai diantara artis didalam serta diluar negara. Ini lah resepi yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya seperti kita...maksud saya seperti saya.

Saya perlu mempunyai objektif dan misi yang jelas terhadap apa yang hendak saya capai. Didalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Ia perlu rialistik dan boleh diukur.
Kemudian ia perlu dibuatkan jadual aktiviti iaitu perkara-perkara yang perlu diakukan bagi mencapai objektif kita. Jadual harian ..mingguan..dan bulanan. Kemudian kita perlu berdisiplin untuk mengikuti jadual yang kita rangka bagi menuju objektif yang hendak dicapai. Tapi malang nya kita hanya lakukan sekerat jalan sahaja.....umpama hangat-hangat tahi ayam...betul kata perumpamaan orang tua kita dahulu. Saya perlu mengubah nya....

Sepetang bersama beliau saya pulang dibekalkan beberapa pokok bunga yang eksotik yang tumbuh di laman ladang nya iaitu Halia hutan (Tepus tanah) Helicornia "Sexy pink' dan satu lagi spesis helicornia jugak.. Saya bercadang untuk mengunjungi nya lagi bila ada kesempatan.....

1 comments:

Anonymous said...

afiq...
selamat menjawab soalan SPM...
semoga berjaya...
amin...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification