Thursday, November 24, 2011

Jagalah Kesihatan

Minggu lepas Norasyikin datang ke rumah saya dengan keadaan sakit belakang. Tertunduk-tunduk dia berjalan dengan perlahan dan berhati-hati. Kata nya baru beberapa hari dia mengalami sakit tersebut dan keadaan makin teruk hingga tak mampu berjalan dengan sempurna. Dua tiga klinik dan hospital dia sudah pergi untuk membuat rujukan dan nasihat. Berbagai pandangan telah diberikan oleh doktor mengenai masalah penyakit nya. Akhir nya dia berurut dengan saorang tukang urut di Puchong Prima atas cadangan Pn Syamsiah. Hari Isnin kelihatan keadaan nya bertambah baik.

Menurut ceritanya sudah beberapa kali beliau jatuh ada yang jatuh tangga, ada yang jatuh masuk longkang..dan belioau buat tak tau aje selepas kemalangan yang menimpa. Akibat nya dengan keadaan kerja beliau yang sentiasa duduk mungkin urat-saraf tulang belakang nya menjadi tidak normal.

Saya pun sudah seminggu mengalami sakit ulser lidah. Jawa kata "Lumpangan" bila makan dan terkena masakan pedas aduh sakit dan pedih nya amat terasa. Sudah ke klinik dan biasa lah ubat cream sapu dan kumur-mulut yang dibekalkan. Ia merupakan penyakit yang sangat kecil tapi memberi kesan yang sangat mendalam. Sedikit sebanyak emosi kita terganggu. Mood untuk bercakap dan mengaji menjadi kurang. Perasaan cepat marah lebih mendominasi dari perasaan sabar serta sifat cool yang saya amalkan.. Akibat nya kuliah saya tidak berjalan lancar, pelajar saya ada yang jadi mangsa kemarahan saya. Subhanallah..Astagfirullah...aku memohon keampunan mu ya Allah....ternyata ia menguji kesabaran saya. Dan baru sedikit penyakit yang engkau berikan kepada ku pun sudah hilang pertimbangan saya. Sedangkan lebih banyak rezeki, kemudahan dan anggota lain badan masih berfungsi dengan baik tapi saya tidak mensyukuri nya...ternyata saya masih lagi insan yang sangat lemah iman nya...

Maka, ketika muda dan sihat, fikirlah untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat. Nanti biar ia bersesuaian dengan maksud hadis ini,

Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya

Kak Oya jagalah kesihatan dan teruskan berurut untuk membetulkan urat saraf yang dah lari dari track nya.
Sudah beberpa hari KTS kembali dari Makkah teringin jugak nak ngajak beliau kena Teh Tarik mamak....dan roti canai ...tapi tak pasti samaada beliau sudah hilang rasa keletihan atau belum...Blog ini terasa sunyi tanpa nya.

Masih dikunjungi

Blog ini walaupun makin kurang ditulis (Malah hampir tiada langsung) oleh ahli persatuan kita saya dapati masih dikunjungi juga sekali sekala. Ia dapat diperhatikan dari ruangan shout mix yang disediakan. Ada beberapa komen terbaru disitu. Makna nya masih ada lagi insan-insan lain yang melawat dan membaca blog kita. Saya memahami nya dan berdoa agar ia akan meriah seperti dahulu...

5 comments:

Anonymous said...

paman...
hari2 sy tgk blog nie...cuma xtau nk tulis ape jer...cite2 mengarut byklh...
huhu..

kts said...

assaamualaikum,
masa ana baru sampai mekah mukarromah, ana punya 2 lumpangen. warisan dari madinah.satu ana dapat apabila mengata seseorang.[balasan kontan]. dimakkah ana gunakan bonjella dan bubuh garam [dr. yg syorkan], tapi tak juga baik-baik; tapi ianya taklah terlalu menggangu makan, mungkin makanan kat sana tak berapa pedas spt disini; terutamanya yg disediakan oleh ida. sehinga suatu petang sementara menunggu maghrib, ana mendapat ilham ubat lumpangen ini ada depan kaabah. ana oles jari pada lantai kaabah dan sapukan kat lumpangen itu. yek... lantai itulah yg dipijak-pijak oleh kaki-kaki yg melalui jalan berdebu dari berbagai bangsa dunia dan selalu di cuci dgn detergent yg kuat baunya. tiada keajaiban, selama beberapa hari masih perlu diberi obat; tetapi akhirnya baik.sehingga balik tak kena lagi. ana tak tau samaada ianya obat atau sebaliknya, tapi kalau obat ana percaya Allah tak ingin ana percaya keajaiban telah ana perolehi secara kontan. ana punya banyak kelemahan.
subhanallah.

Anonymous said...

cerita lah lagi pengalaman kat mekah.best gak

danuri sakijan said...

engko mengata apa kat orang sampai kena lumpangan hahaha.. balasan kontan hati ko kena bersih baru dapat balasan keajaiban..aku rasa lah.

kts said...

sebelum pergi pun ana selalu kata,
untuk memasuki tempat yg suci, kita juga perlu bersih dan disucikan. hati dan badani. tetapi kebiasaan kita selalunya menghalang dan melupakan apa yg kita cita-citakan. itulah yg terjadi kepada ana. kita sebenarnya memasuki dunia realiti, walaupun emosi dan perasaan kita memasuki dunia fantasi. reality is reality... if u want to know... go sana laa. baru tau.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification